Sunday, April 3, 2011

Make-Up Sponsor for 'Maharaja Lawak' with De NShima Make-up Team

Minggu pertama konsert Maharaja Lawak baru sahaja disiarkan di Astro Warna secara LIVE pada hari Jumaat, 1hb April 2011 yang lalu. Disini kami ingin berkongsikan gambar-gambar Maharaja Lawak - 'Behind the Scene' ketika kerja-kerja make-up para peserta dilakukan.

Inilah barisan Make-up Artist yang terlibat pada hari tersebut
Terdapat 2 kumpulan MUA (Make-up Artist) yang terlibat dalam kerja-kerja menyolek para peserta Maharaja Lawak iaitu dari De NShima Make-up Team dan dari D Famiza Bridal & Salon Academy (Seremban). Namun pada hari tersebut pengasas De NShima Make-up Team, Pn. Nazhatul Shima tidak dapat turut serta kerana mempunyai tugasan yang lebih besar iaitu menjadi Wedding Planner untuk majlis perkahwinan anak Menteri Besar Pahang. De NShima Make-Up Team pada hari tersebut hanya diwakili 3 orang MUA iaitu kak As sendiri, Anne Anieyra dan Amy. Jadi 'bersilat' juga lah kitaorang pada hari itu.. hehe

Bersama Nabil
Ahmad Idham - Juri Tetap Maharaja Lawak
Make-up Zizan
Zizan
Kumpulan Jambu
Apa ke nama mamat ni ntah.. lupa lerr pulok.. Balas kot?
Ni pun ceq x hengat namanya.. maafkan ceq nooo..
Aaa.. amek ko.. kena bungkus gitu

Shuib - SEPAH
Make-up Man Raja Lawak
Moga Berjaya ya Bang Man!
Make-up R2
Macho nampak!
OK! Jumpa lagi di minggu-minggu yang berikutnya... Errr.. next week rasanya tak payah lah kami tukang2 make-up ni datang awal kot.. Artis2 pun paling awal sampai pukul 6 ptg.. Kesian kat Kak Ila dah ler jauh datangnya dari Seremban... Pukul 2 dia dah terpacak kat FINAS tu... Klo masak dodol pun dah bleh masak dah.. ekekeke.. Sorri yer..gurau-gurau jerr..

Maharaja Lawak - Program Terbaru Astro Warna

Program Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro Warna (saluran 132) memulakan konsert pertama secara LIVE pada 1 April 2011 yang lalu. Program ini akan ditayang pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam. Berikut adalah senarai peserta yang akan bertanding untuk merebut hadiah sebanyak RM300,000 sekaligus dinobatkan sebagai Raja kepada segala Raja Lawak 
 
PENGACARA

AC Mizal

SENARAI PESERTA


Johan & Zizan (Jozan)
Jambu

Nabil

Kumpulan XN3

Kumpulan Sepah

Jihan

Amir
Wai

Alex
Man
Balas
R2

HADIAH
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000

Sistem Undian
50% Juri
50% SMS

JURI TETAP

Mamat Khalid

Ahmad Idham

Apek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...