Showing posts with label Karl Shafek. Show all posts
Showing posts with label Karl Shafek. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Majlis Resepsi Aina & Alif (Media Prima)

Ketika seluruh negara sibuk menyambut kehadiran ulangtahun hari kemerdekaan negara yang ke-57, team Izreka Wedding Planner pula sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan untuk dua orang staff Media Prima di Dewan Komuniti TTDI pada 30 Ogos 2014 yang lalu. Pasangan mempelai Alif & Aina merupakan antara 'hot couples' di Media Prima sejak sekian lama. Kami mengenali merekapun agak lama juga iaitu ketika sama-sama bekerja membuat program HipTV untuk saluran TV9. Waktu itu Asnita Manshor merupakan official makeup artist untuk program HipTV yang dihoskan oleh Karl Shafek.

Selamat Pengantin Baru Alif & Aina
 Dari semasa ke semasa, kami sering bekerjasama dengan mereka menerusi beberapa program terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd yang mana kami terlibat menyediakan katering untuk seluruh krew penerbitan program-program yang terlibat. Antaranya program Bilik 7, Projek Metro dan lain-lain lagi.

Ramai rakan-rakan sekerja hadir memeriahkan majlis perkahwinan mereka
 Untuk Majlis Perkahwinan mereka ini, pihak Izreka Wedding Planner dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan katering untuk 1,000 orang tetamu jemputan mereka. Selain itu pihak kami juga diberikan tanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan dan dekorasi kerusi & meja di dalam dewan komuniti TTDI tersebut. Kami memilih padanan warna hijau tua dan hijau muda untuk menaikkan seri dan suasana majlis.



Manakala dekorasi pelamin dan photobooth pula dipertanggungjawabkan kepada butik pelamin terkenal Rins Suzana untuk menatariaskannya. Busana Pengantin perempuan ditempah khas sendiri oleh mereka manakala busana pengantin lelaki juga dari butik Rins Suzana.

 Antara rakan-rakan sekerja di Media Prima yang kelihatan hadir di majlis perkahwinan mereka ialah big boss mereka sendiri iaitu Pengurus Besar Produksi Hiburan Primeworks Studios, En Kamarul Zamli Ramly dan Senior Produser di Primeworks Studios, En. Zafran Aziz.


Alif Kamaruddin pernah menerbitkan program 'Detik 12 Malam' selain pernah menjadi tenaga produksi beberapa program terbitan TV7, TV9 dan TV3. Sementara Aina atau lebih dikenali sebagai Baby di kalangan teman sekerja pula adalah Assistant Produser di Primeworks Studios Sdn Bhd.



Sebanyak 40 buah Meja untuk tetamu kami sediakan siap dihias dengan top layer mengikut warna tema dan bunga pada setiap meja. Meja Makan Beradab turut kami hias bagi menyerikan lagi suasana majlis.



 Dewan Komuniti TTDI yang mengandungi 3 courts badminton ini sangat luas dan selesa untuk memuatkan jumlah tetamu yang besar dalam satu-satu masa. Malah dewan ini turut dilengkapi dengan kemudahan aircond dan hampir kesemua finishing seperti dinding, lantai dan pentas berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.


Sesuai dengan kedudukan dewan ini yang terletak dalam kawasan kediaman elite. Segala kemudahan dewan adalah yang terbaik dan optimum. Malah person incharge yang menjaga dewan juga sangat memberikan kerjasama dan sporting.






Monday, March 14, 2011

Make-Up Karl Shafek untuk Program HIP TV (Episod 11 & 12)

Pagi Sabtu 12 Mac kami bergegas ke Sri Pentas untuk make-up Program TV9 - Hip TV Episod 11 & 12. Rakaman kali ini berlangsung tanpa kehadiran penerbitnya Engku Azmin yang sedang berada di Pulau Pinang atas urusan keluarga... (perkahwinan adik).. hurmmm abangnya bila lagi? Hehehe..Jom kita layan gelagat-gelagat krew produksi semasa ketiadaan boss mereka... 



Aida mempromosikan produk terbarunya..ekeke
Pantang ada 'break'.. Hafidz mesti x lepas peluang men games..
Aida pulak asyik ber TWITTER...
Ok Guys.. really enjoy working with u'olls.. Jangan marah yer dengan sketsa-sketsa ni.. Gurau-gurau jerr.. Jumpa lagiiii...

Wednesday, February 23, 2011

Make-Up for Hip TV (Episode 9)

Dua hari lepas bigg boss De NShima Make-Up Team (Shima) call akak soh cover mekap untuk rancangan Hip TV ni.. Hehehe ingatkan Shima nak bagi peluang kat orang lain lak.. Dahlah last 2 weeks Engku Azmin (penerbit Hip TV) direct call akak soh buat make-up.. hehehe jangan buat pasal ya Min.. Kang x pasal-pasal Shima naik angin ngan akak.. 
Hip TV - Episod 9 Tarikh tayangan Khamis, 3 Mac 2011 9.30 malam di TV9
Rakaman yang sepatutnya dimulakan pada pukul 8.00 malam terpaksa terpaksa dimulakan lewat sket kerana Karl Shafek (Host Hip TV) baru je turun flight from Singapore dan sedang dalam perjalanan ke Sri Pentas. Hebat sungguh pengacara kita sorang ni.. dengar-dengar keesokannya Karl dah nak kena terbang ke Langkawi pula untuk sambung penggambaran program '3 Hari 2 Malam'.. Masyukk..Masyukk..

 
Ni baju sponsor yang akan dipakai Karl Shafek untuk rakaman Episod 10
Malam tu, kami buat rakaman untuk 2 episod sekaligus iaitu Episod 9 dan Episod 10.. Yer la dah pengacaranya busy... Hehehe..

Yang sebelah kanan tu lah kasut baru Karl Shafek... 100 SGD katanya.. 


Sunday, February 13, 2011

Mekap Rancangan HIP TV untuk TV9

Gambar-gambar sekitar rakaman untuk Episod 7 & 8 yang bakal disiarkan pada 17 Februari & 24 Februari 2011. Rancangan HIP TV dihostkan oleh Karl Shafek dan penerbitnya Engku Azmin.

Sedang make-up kan Karl Shafek (pengacara HIP TV)

Bergambar bersama krew produksi Hip TV



Krew Produksi yang sempoiiii..
Karl Shafek - Hos Hip TV
Engku Azmin - Penerbit Hip TV 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...