Agak lama kami tidak update blog ini kerana kami agak sibuk dengan pelbagai urusan dan program yang bukan sahaja membabitkan Asnita Beauty Creation tetapi juga yang melibatkan 2 lagi jenama perniagaan kami iaitu
Izreka Wedding Planner dan
RekaPICTURES.
 |
| Sidang Akhbar Majlis Pelancaran BILIK 7 di Penthouse Sri Pentas, Bandar Utama |
Bagi anda yang belum mengetahui tentang perkembangan terkini kami, sukacita kami ingin maklumkan bahawa ketika ini kami sedang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja rakaman sebuah program TV terbaru terbitan NTV7 ~ Your Feel Good Channel yang dikenali sebagai BILIK 7. Rancangan ini telah mula bersiaran sejak 5 April 2012 yang lalu iaitu pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran NTV7.
 |
| Engku Azmin Engku Zaini - Produser Bilik 7 |
Menerusi syarikat induk kami Izreka Wedding Planner (Izreka Caterer & Event Planner) kami merupakan Official Caterer kepada rancangan tersebut sementara RekaPICTURES pula adalah Official Photographer. Rancangan sebanyak 13 episod ini mengenengahkan barisan artis atau selebriti yang kerap dilanda pelbagai gossip atau kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Lisdawati, Abby Abadi, Raja Azmi, Melia Aimelia, Natasha Hudson dan ramai lagi.
 |
| Azwan Ali merupakan selebriti jemputan pertama Bilik 7 |
Rancangan yang di host kan oleh Richie Rachman ini bakal merungkai rahsia peribadi artis-artis tersebut. Ianya juga memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan atau memberi maklumbalas yang lebih ekslusif untuk peminat-peminat terhadap isu-isu kontroversi yang dilemparkan kepada mereka.
 |
| Zarina Anjoulie yang hot dengan gambar-gambar panasnya |
 |
| Lisdawati |
 |
| Gambar Melia Aimelia yang panas dengan isu Video Bogelnya. |
 |
| Gambit Saifullah |
Ketika artikel ini ditulis (9 April 2012) baru satu episod sahaja telah disiarkan iaitu pada minggu lepas yang memaparkan kontroversi
selebriti propa tanahair..siapa lagi kalau bukan
Azwan Ali.. Namun kami bawakan kepada anda secara ekslusif gambar-gambar
behind the scene rakaman
BILIK 7 dari episod pertama hingga episod 13 hanya di
RekaPICTURES selaku
Official Photographer untuk Bilik 7. Sila like satu lagi fb page kami di
RekaPICTURES untuk melihat gambar-gambar tersebut dan jangan lupa juga untuk LIKE fb kami
Izreka Wedding Planner.