Showing posts with label Izreka Wedding Planner. Show all posts
Showing posts with label Izreka Wedding Planner. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Majlis Perkahwinan Masita & Farid

Syukur ke hadrat Illahi sekali lagi kami diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anakanda kepada pakcik Abd Hamid & makcik Murni di Dewan Pangsapuri Subang Suria, Seksyen U5, Shah Alam pada 26 Januari 2013 yang lalu. Ini merupakan majlis perkahwinan anakanda mereka yang kali ketiga kami bertindak sebagai Wedding Planner (Perancang dan Pengurus Majlis Perkahwinan). Kali ini merupakan majlis Perkahwinan puteri mereka yang ke-2 iaitu Nur Masita dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Farid.


Berbeza dengan majlis yang kami uruskan sebelum ini yang mana kami berkolaborasi dengan Delima Catering & Event Sdn Bhd.. tetapi kali ini, atas persetujuan pihak keluarga pengantin sendiri, mereka bersetuju untuk mendapatkan khidmat katering dari team kami sendiri iaitu Izreka Wedding Planner. Segala perancangan awal dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara perlukan penumpuan dan pemerhatian yang rapi. Dengan bajet yang agak sederhana iaitu sekitar RM17k++ kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk majlis ini.

Kerja-kerja menaikkan khemah dibuat 2 hari sebelum majlis berlangsung.
5 buah Arabian Canopy disediakan untuk majlis ini
Oleh kerana Dewan Serbaguna di Pangsapuri Subang Suria ini kecil sahaja dan hanya mampu memuatkan 1 set Meja Makan Beradap, 4 set VIP Table dan Pelamin, justeru penambahan 5 biji kanopi Arabian diperlukan untuk menampung 1,000 orang jumlah tetamu.

Dekorasi dalam Dewan
Meja Makan Beradap kami letakkan di bahagian belakang dalam dewan bersetentangan dengan Pelamin
Team Izreka Wedding Planner sudah mula sibuk dan berkampung di Dewan Serbaguna Pangsapuri Subang Suria sejak 2 hari sebelum majlis berlangsung. Ini kerana majlis akad nikah akan diadakan sehari lebih awal dari tarikh majlis.

Suasana majlis di peringkat awal iaitu sekitar jam 11.30 pagi
Sebuah khemah tambahan untuk kerja-kerja penyediaan katering turut kami letakkan di bahagian belakang dewan untuk menambahlancarkan lagi perjalanan majlis. Seramai 8 orang petugas bahagian dapur ditugaskan di dalam khemah tersebut.

Inilah Tukang Masak kami di Izreka Wedding Planner.. Beliau baru sahaja berhenti berkhidmat dengan "Kampung Pengantin" penghujung Disember 2012 yang lalu.
Chef Sabri dan isterinya sekali lagi ditugaskan untuk menguruskan bahagian katering dan dapur. Pengalaman mereka dalam bidang Food & Beverage sangat diperlukan untuk memastikan kelancaran bahagian dapur. Chef Sabri dan kami pernah sama-sama bekerja part time dengan Delima Catering dan beberapa syarikat katering yang lain. Sementara isteri Chef Sabri merupakan bekas Ketua Tukang Masak di Kampung Pengantin, Setapak.

Baru pukul 11.00 pagi tetapi Buffet Station kami sudah mula 'diserang'...hehe
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan lauk-pauk semuanya cukup untuk menampung keperluan tetamu yang hadir pada hari itu. Majlis Perkahwinan yang sangat berseri dengan pemilihan warna tema "Apple Green" itu juga telah dihadiri dengan jumlah tetamu yang melebihi jangkaan. Ini mungkin dengan bantuan dan keberkatan yang Allah SWT kurniakan kepada keluarga mempelai dengan menganugerahkan cuaca yang cerah dan elok sepanjang majlis berlangsung.

Terdapat 2 set Buffet Station kami sediakan di bawah khemah
Arch, Meja Door Gift, Bunting dan Khemah Utama
Dekorasi Meja Kek
Kek Pengantin 3 Tingkat turut kami tawarkan secara PERCUMA dalam Pakej
Setting Meja Makan Beradap
10 orang khidmat Pramusaji beruniform turut disediakan
Setting Meja VIP
Kesemua tetamu di Meja Pengantin dan Meja VIP mendapat layanan dari Pramusaji berpengalaman
Pelamin Persandingan untuk Mempelai direka khusus oleh Asnita Beauty Creations

Monday, April 23, 2012

Video Pakej Lengkap Perkahwinan Izreka Wedding Planner

Kami di Asnita Beauty Creation dan Izreka Wedding Planner baru sahaja menyiapkan sebuah video yang mana membabitkan kami sebagai teraju utama (wedding planner) satu majlis perkahwinan salah seorang pelanggan kami yang berlangsung pada sekitar Mac 2012 yang lalu. Majlis tersebut merupakan majlis pernikahan & perkahwinan Mohd Azhan Bin Roslan & Dahlia Binti Sani yang telah selamat diijabkabulkan di rumah pengantin lelaki di Denai Alam, Shah Alam dan disusuli dengan majlis kenduri perkahwinan mereka di Monterez Golf & Country Club pada kesokan harinya.

Video ini merupakan idea kreatif yang dihasilkan oleh 2 orang anak muda yang berbakat besar dari Luna Productions iaitu saudara Rudy & Norhafidz yang juga merupakan antara rakan vendor yang berkolaborasi dengan kami dalam menawarkan khidmat videografi perkahwinan.



Penerbitan video ini bertujuan untuk memperlihatkan dengan lebih jelas kepada bakal-bakal pengantin di luar sana tentang keupayaan dan kemampuan kami dalam merancang kelancaran sesebuah majlis perkahwinan hasil pengalaman dan pembabitan kami selama hampir 3 tahun dalam bidang Andaman & Butik Perkahwinan dan 5 tahun dalam bidang F&B (Food & Beverages).

Inilah salah satu Pakej Lengkap Perkahwinan yang ada kami tawarkan untuk anda bakal-bakal Raja Sehari di luar sana. Dengan anggaran kos sekitar kurang lebih RM20 ribu anda boleh perolehi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

2 ekor Kambing Bakar (hidangan malam Majlis Nikah)
2 x Make-Up (Nikah & Sanding)
Sepasang Baju Persandingan Lelaki & Perempuan
Khidmat Fotografi untuk Majlis Nikah, Sanding & Outdoor
Sajian Katering untuk 1,500 orang tetamu
10 orang Pramusaji
3 Buffet Station siap kelengkapan & hiasan
2 VIP Table setting siap kelengkapan & hiasan
Meja Hadiah & Meja Potong Kek siap berhias
Setting 35 Kerusi & Meja 
(Table Cloth, Top Layer Table Cloth, Sarung Kerusi + Riben & Hiasan Bunga Segar Setiap Meja)
Sajian Makanan Pengantin (10-12 Pax) beserta setting meja dengan kelengkapan & hiasan bunga segar
Kek 3 Tingkat
Dekorasi Sudut Bergambar di atas pentas (Tiada Pelamin)
Arch, Red Carpet & Walkway

Dalam majlis mereka ini, tiada disediakan Pelamin untuk tujuan bersanding atas permintaan kedua mempelai dan keluarga mereka sendiri. Sekadar makluman, bapa pengantin lelaki merupakan jurunikah bagi kawasan Petaling dan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Namun kami tetap memberikan satu ruang yang di dekorasi khas khusus untuk mereka merakamkan gambar dengan kenalan dan saudara-mara di atas pentas. Semuanya dari Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creation.. Hubungi kami di talian 014-263 8781 (Zul) dan 019-339 4227 (As) untuk maklumat lebih lanjut.

Sunday, April 8, 2012

Izreka Wedding Planner & RekaPICTURES Penaja Rasmi Program TV BILIK 7

Agak lama kami tidak update blog ini kerana kami agak sibuk dengan pelbagai urusan dan program yang bukan sahaja membabitkan Asnita Beauty Creation tetapi juga yang melibatkan 2 lagi jenama perniagaan kami iaitu Izreka Wedding Planner dan RekaPICTURES.

Sidang Akhbar Majlis Pelancaran BILIK 7 di Penthouse Sri Pentas, Bandar Utama
Bagi anda yang belum mengetahui tentang perkembangan terkini kami, sukacita kami ingin maklumkan bahawa ketika ini kami sedang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja rakaman sebuah program TV terbaru terbitan NTV7 ~ Your Feel Good Channel yang dikenali sebagai BILIK 7. Rancangan ini telah mula bersiaran sejak 5 April 2012 yang lalu iaitu pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran NTV7.

Engku Azmin Engku Zaini - Produser Bilik 7
Menerusi syarikat induk kami Izreka Wedding Planner (Izreka Caterer & Event Planner) kami merupakan Official Caterer kepada rancangan tersebut sementara RekaPICTURES pula adalah Official Photographer. Rancangan sebanyak 13 episod ini mengenengahkan barisan artis atau selebriti yang kerap dilanda pelbagai gossip atau kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Lisdawati, Abby Abadi, Raja Azmi, Melia Aimelia, Natasha Hudson dan ramai lagi.

Azwan Ali merupakan selebriti jemputan pertama Bilik 7
Rancangan yang di host kan oleh Richie Rachman ini bakal merungkai rahsia peribadi artis-artis tersebut. Ianya juga memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan atau memberi maklumbalas yang lebih ekslusif untuk peminat-peminat terhadap isu-isu kontroversi yang dilemparkan kepada mereka.

Zarina Anjoulie yang hot dengan gambar-gambar panasnya
Lisdawati
Gambar Melia Aimelia yang panas dengan isu Video Bogelnya.
Gambit Saifullah
Ketika artikel ini ditulis (9 April 2012) baru satu episod sahaja telah disiarkan iaitu pada minggu lepas yang memaparkan kontroversi selebriti propa tanahair..siapa lagi kalau bukan Azwan Ali.. Namun kami bawakan kepada anda secara ekslusif gambar-gambar behind the scene rakaman BILIK 7 dari episod pertama hingga episod 13 hanya di RekaPICTURES selaku Official Photographer untuk Bilik 7. Sila like satu lagi fb page kami di RekaPICTURES untuk melihat gambar-gambar tersebut dan jangan lupa juga untuk LIKE fb kami Izreka Wedding Planner.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...