Showing posts with label Busana Rekaan Hatta Dolmat Couture. Show all posts
Showing posts with label Busana Rekaan Hatta Dolmat Couture. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

HipTV recording at Hatta Dolmat Coutures

Penghujung tahun 2011 yang lalu kami di Asnita Beauty Creations selaku penaja solekan program HipTV untuk siaran TV9 telah berkesempatan untuk menjayakan rakaman HipTV Special di butik Hatta Dolmat Coutures (HDC) di Seksyen 7 Shah Alam.


Tetamu jemputannya ialah Cik Meen, Ketua Editor Majalah Media Hiburan yang membicarakan topik Top 5 Perkahwinan Selebriti yang paling menyerlah sepanjang tahun 2011. Antara selebriti yang begitu hangat diperkatakan perkahwinannya dan meletops pada tahun 2011 ialah perkahwinan Memey & Norman dan perkahwinan Tomok. Boleh dikatakan hampir kesemua baju pengantin yang termasuk dalam senarai Top 5 majlis perkahwinan selebriti 2011 ini mendapat sentuhan rekaan dari pereka fesyen yang terkenal iaitu saudara Hatta Dolmat.


Walaubagaimanapun pada hari rakaman tersebut dijalankan saudara Hatta Dolmat tidak dapat bersama kerana beliau sedang sibuk menguruskan perkahwinan seorang lagi selebriti yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut iaitu Perkahwinan artis jelita Faezah Elai di Pulau Pinang. 

Cik Meen (kiri) Ketua Editor Media Hiburan bersama Host HipTV, Karl Shafek

Saturday, February 26, 2011

Rekaan Busana Pengantin Sarrah Raissuddin oleh Hatta Dolmat

Mata ini tepesona seketika melihat gambar-gambar baju yang dipakai oleh penyanyi kecil molek Siti Sarrah Raissuddin di hari pernikahannya dengan Shuib (Sepah). Persalinan Siti Sarah pada majlis cukup bermakna itu telah direka oleh pereka tersohor, Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture. Untuk persalinan pertama, Hatta Dolmat telah memilih warna ‘salmon peach,’ sebagai warna asas dengan dempakan perincian jalinan jemeki Kristal dan butiran mutiara untuk busana pernikahan yang masih mengekalkan elemen tradisional kurung dengan garapan kontemporari bagi menyerlahkan lagi seri pasangan mempelai ini. Busana ini dilengkapi dengan ‘veil’ panjang dan sepasang sepatu dari rona yang sama, karya Hatta Dolmat.

Gambar-gambar diambil dari Blog Hatta Dolmat Couture
Ini pula antara gambar-gambar dari Blog Budiey.com
Pada majlis tersebut Sarrah telah mengenakan dua persalinan rekaan Hatta Dolmat. Bagi persalinan kedua pula, Hatta Dolmat telah menyediakan sepasang lagi busana bertemakan Inggeris berwarna pastel perang muda juga dan sentuhan kemewahan batu jemeki dan mutiara yang melatari setiap bahagian busana itu. 

Petikan artikel & gambar dari blog Budiey.com
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan artis ini yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Februari 2011 dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...