Pengenalan

Asnita Beauty Creations merupakan "Jenama Perkhidmatan" yang kami perkenalkan sewaktu kami mula-mula serius menceburi bidang penyedia perkhidmatan perkahwinan sejak tahun 2007. Sewaktu itu kami hanya merupakan tenaga penggerak di belakang tabir menyokong vendor-vendor yang lebih besar seperti Delima Catering & Event Sdn Bhd yang berpusat di Pusat Perniagaan Sri Rampai, Wangsa Maju. Kami juga hanya menumpukan kepada skop bidang yang kecil iaitu Dekorasi Pelamin & Solekan Pengantin sahaja.

Namun berbekalkan sedikit pengalaman sebagai tenaga penggerak di belakang tabir menguruskan event-event yang besar, kami mula mengorak langkah dengan mendaftar perniagaan kami dengan nama IZREKA WEDDING PLANNER (No. Pendaftaran Syarikat: 002224519-U). Seperti juga mana-mana perniagaan yang baru mula hendak mengatur langkah, kami memusatkan aktiviti perniagaan kami bermula hanya dari premis Home Boutique kami yang terletak di Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Syarikat yang diterajui oleh sepasang suami-isteri iaitu En. Zulfikar Ali Bin Abd Samad sebagai Pengurus Bahagian Pengurusan & Pengaturcaraan Majlis dan Pn. Asnita Binti Manshor selaku Pengurus Bahagian Butik & Andaman. Perniagaan ini seterusnya disokong oleh team vendor penyedia perkhidmatan yang sudah kerap kali bergandingan bersama iaitu seperti Uncle H Entertainment, Sri Angsana Catering, Bustami CanopySinggahsana Caterer dan lain-lain lagi.

Kolaborasi dengan syarikat-syarikat vendor tersebut dilakukan secara 'win-win situations' iaitu bermaksud kami hanya berperanan sebagai Pengurus atau Pengaturcara Majlis dengan mencadangkan vendor-vendor yang kami fikirkan terbaik untuk merealisasikan impian perkahwinan pelanggan kami.

Seterusnya perniagaan kami maju setapak lagi apabila pihak Singgahsana Caterer yang diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Chef Sabri & Pn Rubiah telah bersepakat untuk berkolaborasi secara tetap dengan kami. Dengan lain perkataan mereka adalah panel tetap penyedia perkhidmatan masakan untuk Izreka Wedding Planner. Bermaksud mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengendalikan Bahagian Produksi Dapur sementara pihak kami pula menumpukan pada bahagian pemasaran, kualiti perkhidmatan, dekorasi dan bahagian 'front line services'.

Namun yang demikian, kami tetap memberi kelonggaran untuk para pelanggan kami memilih rakan vendor katering kami yang lain yang mana mereka rasakan lebih sesuai dengan selera mereka.


Sebarang Pertanyaan atau Malumat Lanjut boleh hubungi kami di talian:

014-263 8781 
(Zul)
019-339 4227 
(Asnita Manshor)

E-mail:  
asnitamy@yahoo.com
atau
 izreka@ymail.com

Atau anda boleh datang menemui kami menerusi temujanji di showroom kami yang terletak di:

IZREKA WEDDING PLANNER
G-14, Block D Serindit, Jalan Meranti 6, Taman Impian Ehsan,
43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan.

CARA MEMBUAT TEMPAHAN PERKHIDMATAN:

Sila isikan borang yang disediakan dan tunggu jawapan rasmi dari kami. Atau anda boleh sms kan perkhidmatan yang anda perlukan dari kami beserta tarikh majlis.

Jangan buat sebarang pembayaran atau deposit selagi belum menerima pengesahan jawapan dari kami.

Selepas menerima jawapan persetujuan menawarkan khidmat kami, barulah anda boleh membuat
bayaran deposit (locked date) sebanyak 25% dari harga keseluruhan dan baki 50% bayaran perlu dijelaskan 30 hari sebelum majlis berlangsung. Bayaran penuh pula perlu dibuat seminggu sebelum majlis. No. Akaun Bank akan diberi semasa proses rundingan tersebut. Atau seelok-eloknya
datang menemui kami di butik untuk urusan pembayaran.

Perhatian: 
Persetujuan menggunakan perkhidmatan daripada kami juga bermaksud anda bersetuju kami merakamkan gambar-gambar anda untuk disiarkan dalam blog ini bagi tujuan pemasaran. 
Walaubagaimanapun sebagai menghormati pelanggan yang beragama Islam, kami akan memastikan tiada gambar2 anda yang tidak menutup aurat (sekiranya ada, seperti ketika tidak bertudung semasa proses make-up) tidak disiarkan kecuali dengan keizinan anda.

Pembatalan Urusniaga:
Sekiranya berlaku sebarang pembatalan urusniaga, wang deposit anda tidak akan dipulangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...