Monday, March 14, 2011

Setting Majlis Perkahwinan Eza & Rizal

Cuti Penggal Pertama Persekolahan sudah bermula dan seperti kebiasaannya pada waktu sebeginilah juga ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga. Maka akan sibuklah jadinya pengusaha-pengusaha yang menawarkan khidmat perkahwinan seperti pihak katering, butik pengantin, photographer, deejay, kanopy dan sebagainya. Sudah tentu kami di Delima Catering & Wedding Planner turut menerima tempiasnya.

Selamat Pengantin Baru Diucapkan Buat Kedua Mempelai
Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 yang lalu kami di Asnita Beauty Creation telah turun padang bersama-sama krew-krew Delima Catering & Wedding Planner membuat persiapan-persiapan terakhir untuk menjayakan Majlis Perkahwinan Eza & Rizal yang bakal berlangsung keesokan harinya di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.

Pemandangan Indah di Malam Hari - Sangat Sesuai Untuk Outdoor Shooting
 Inilah kali pertama kami sampai ke Monterez Golf & Country Club... dan sememangnya tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi Majlis Perkahwinan dengan latar belakang pemandangannya yang cantik dan mempesonakan, kemudahan 'parking' yang banyak.. selain kerjasama padu dan akrab yang diberikan oleh pihak pengurusan dan petugas-petugas di Monterez Club. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Sentuhan Pelamin oleh Rin's Suzana. Red Carpet Sponsored by Delima Catering

Eza & Rizal sebenarnya melangsungkan perkahwinan mereka 3 bulan selepas Majlis Merisik disempurnakan oleh pihak lelaki di mana pada majlis tersebut kedua-duanya terus diikat dengan ikatan pertunangan.  Sebaik selesai majlis pertunangan mereka, kedua-dua pasangan ini terus mengambil keputusan untuk melangsungkan Perkahwinan dalam jangka masa terdekat dan bulan Mac dipilih sebagai tarikh rasmi Perkahwinan  mereka. Dan dalam jangkamasa yang singkat mereka berdua telah membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan majlis ini.. Menurut mereka, perkara pertama yang mereka uruskan ialah Baju & Pelamin yang mana mereka telah memilih Butik Pengantin Rins Suzana. 

Pasangan Pengantin tak sabar-sabar mahu merakamkan gambar2 mereka
Kami menerima kerjasama sepenuhnya dari staff2 Monterez Club

Hinggalah di saat-saat akhir mereka bagaikan hilang arah  untuk mencari pengusaha katering yang boleh  meyempurnakan tugas tersebut. Pada masa majlis yang sudah hampir berlangsung, tidak ramai pihak katerer yang dapat membantu mereka.. Masing-masing dah 'fully booked'.. Akhinya mereka diperkenalkan kepada kami oleh pihak pengurusan Monterez Club. Selepas pertemuan diatur, rupa-rupanya kami saling kenal mengenali antara satu sama lain. Rizal pernah berurusan dengan kami dalam urusan perniagaan yang lain dan dia sendiri tidak menjangkakan yang kami juga memiliki perniagaan katering & wedding planner. Ah! tak mengapalah Rizal, tak payah tepuk2 dahi tu nak compare2 harga lagi.. Yang penting kita sama-sama usahakan agar Majlis ini berlangsung dengan teratur dan sempurna..
Main Table Setting
Buffet Table Setting
Rizal berbincang sesuatu dengan Che' Rohani & Asnita Manshor
VIP Table Setting

Gift Table ni kami bagi free..

Kami bukan setakat setting Meja dan kerusi sahaja, malah apa sahaja ruang dan tempat yang kami rasa perlu dihias akan kami hias pada hari tersebut.. Pengantin tak minta pun kami bagi.. Add-Onn Value Added Service ler tuu.. Hehehe.. pas ni Rizal kena belanja kami karaoke lak lah yer... Nak Bunga Tangan Fresh Flower pun kami bagi.. Nak Red Carpet pun kami bagi.. Benda-benda tu semua memang kami ada.. kekadang kalau kami rasa perlu buat amal jariah.. kami bagilah apa yang kami mampu.. Tapi nak tengok orang gak.. Klo dapat customer yang cerewet gilerr..berlagak ngalahkan menteri... hang mintak red carpet pun kami bagi tapi ada extra chargelah.. hehehe biasalah adat orang berniaga... Kalau orang tak berkira dengan kita, kita pun tak berkira dengan orang...

Tuesday, March 8, 2011

Cara menambahkan follower LIKEs pada fanpage atau Twitter anda

Entry kali ini aku nak kongsikan kat u'olls cara untuk menambahkan bilangan follower pada akaun Twitter u'olls.. ataupun nak menambahkan bilangan LIKE click pada fan page facebook u'olls. Caranya mudah sahaja iaitu dengan hanya mendaftar di link yang aku berikan ini: http://twiends.com/?i=asnita



Percuma jer sistem ni... caranya pun agak mudah untuk diikuti... selepas register..u'olls boleh list kan fb fan page u'olls dan twitter account u'olls kat situ.. setelah di 'approve' kan.. u'olls boleh mula start kumpul credit point... Credit point inilah yang u'olls perlukan untuk offer sesiapa sahaja yang like fan page atau yang follow Twitter akaun u'olls.. Klo credit u'olls dah banyak (lets say riban2 lah yer).. boleh lah u'olls offer 10-20 credit pada sesiapa yang like atau follow u'olls...


Bagaimana pula nak dapatkan CREDIT tu? Senang kacang juga.. u'olls hanya perlu FOLLOW twitter atau LIKE fan page ahli--ahli yang dah register kat TWIENDS tu.. Ada di antara mereka yang offer sampai 10 Credit jika u'olls Like fan page mereka.. Kalau u'olls nak credit banyak, u'olls likes lah fan page atau Twitter Akaun  yang sebegini..

Satu lagi cara untuk mendapatkan CREDIT secara percuma ialah menerusi program Referral.. Setiap orang yang mendaftar di TWIENDS menerusi link yang u'olls berikan, pihak TWIENDS akan memberikan 25 Credit kat akaun Twiends u'olls.. So, bila credit u'olls dah banyak, boleh lah u'olls offer 10 atau 20 credit kat sesiapa yang LIKEs fan page u'olls atau yang follow Twitter akaun u'olls.. Ok.. semoga berjaya.. jangan lupa REGISTER kat link yang saya i bagi tadi tu yerr... Hehehe.. tolong-menolong sesama kita... 

Belum ramai lagi warga Malaysia yang register kat Twiends ni... Saya pun baru lagi mencubanya... tetapi alhamdulillah ada peningkatan.. Twitter akaun yang saya baru register semalam pun dah ada follower... padahal kengkawan pun tak diberitahu lagi. Cara ini juga dapat membantu sedikit sebanyak menarik trafik ke website atau blog u'olls... Semoga Berjaya!

Sunday, March 6, 2011

(Gambar) Perkahwinan Anak Perempuan Datuk Jalaludin Hassan

Gambar-gambar ini diperolehi dari 'thread' sebuah forum yang terkenal iaitu CARIGOLD. Namun tak banyak info yang diperolehi dari saudara KOZU yang juga merupakan kenalan kepada bapa pengantin lelaki (besan Datuk Jalaludin Hassan). Menurut saudara Kozu, beliau dan bapa pengantin lelaki mengajar di sekolah yang sama. Kita layan sahajalah gambar-gambar sekitar perkahwinan anak selebriti atau pelakon yang hebat ini..

Pasangan pengantin dengan langkah bergaya
Tahniah buat kedua-dua mempelai
Awat Datuk Jalal serius sangat tu...
Pelamin 1 panel yang simple tetapi menarik
Baju Pengantin berwarna Silver Grey yang semakin mendapat sambutan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...