Friday, January 20, 2012

Tutorial Make-Up Smokey Eyes untuk artikel terbitan dalam Portal OhBulan


Baru-baru ini kami ditawarkan oleh Ketua Editor Portal Hiburan Popular tanahair "OhBulan" iaitu saudara Riz dan El untuk memuatkan artikel Tutorial Make-Up dalam segmen Trendsetter mereka. Sehubungan itu satu sessi photo shoot diaturkan dengan saudara Adhadi Mohd selaku pemilik studio dan beberapa Talent (Model) yang diundang.

Talent: Suhaila Abu Bakar
Talent: Shinie Shariff
Saudara Riz & El meminta kami berkongsi rahsia teknik make-up smokey eyes untuk tatapan pengunjung laman portal hiburan mereka itu. Talent Shine Sharif & Suhaila Abu Bakar telah terpilih untuk menjayakan usahama tersebut. Kami turut mengundang rakan artis Karl Shafek yang sememangnya sudah lama ingin mengikuti aktiviti-aktiviti photo shoot sebegini sebagai ruang untuk beliau menambah portfolio dalam kerjaya seninya.

Karl Shafek bersama Shinie Shariff
Anda boleh melihat artikel tutorial mekap ini  dalam segmen Trendsetter OhBulan yang sudahpun diterbitkan. Harap perkongsian tutorial make-up teknik smokey eyes ini dapat membantu anda dalam membentuk penampilan yang lebih bergaya. Insya'Allah di masa akan datang, kami juga akan cuba berkongsi beberapa lagi tips mekap dan kecantikan di dalam blog ini pula.



Photo Credit to: Adhadi Mohd & RekaPICTURES

Wednesday, January 4, 2012

Adhadi Mohd Photography Outing at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Saudara Adhadi Mohd bersama dewa fotografer En. Sallehudin Ahmad
Memang mengujakan.. Memang menyeronokkan.. fotografi outing yang dianjurkan oleh saudara Adhadi Mohd yang terkenal dengan program Bengkel DSLR Percuma. Kali ini Japanese Garden di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang menjadi lokasi photo shoot. Tuhan sahaja yang tahu betapa 'adventerousnya' kami semua fotografer, talents dan MUA.. Sebenarnya hanya saya seorang sahaja MUA (Make-Up Artist) yang terlibat. Untuk sampai ke Japanese Garden, kami perlu mendaki Bukit yang boleh tahan juga tingginya.. Boleh hilang jugalah lemak-lemak di badan ni.. hehehe

Antara photographer2 yang terlibat dalam Outing Photography ini
Ramai juga rakan-rakan photographer yang hadir.. kebanyakannya datang dengan membawa bersama family. Kami berkumpul dan memulakan perjalanan dengan berkonvoi bermula dari kawasan rehat Genting Sempah.

Qys Iryn, Dyba Salwana & Anne Ayu - 3 Talents yang mengambil bahagian
Dalam Outing Photography anjuran Adhadi Mohd ini terdapat 3 orang talents yang berbakat dan memiliki paras rupa yang comel molek yang mengambil bahagian. Mereka adalah Qys Iryn, Dyba Salwana (Natasha Adriana) dan Anne Ayu. Ketiga-tiganya dimekapkan oleh saya sendiri. Namun atas faktor masa yang suntuk, hanya seorang talent (Anne Ayu) yang benar-benar saya berikan sentuhan secara teliti. Dua orang lagi talents terpaksa disiapkan 'asal siap'.. hehehe.. maklumlah photog2 tu semua bukan larat dan sabar nak tunggu seorang MUA nak menyiapkan 3 orang talents.. Dahlah kena daki bukit tinggi2..pas tu nak kena tunggu sessi mekap lak berjam2... 









Kami di Asnita Beauty Creations mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan terutamanya kepada saudara Adhadi Mohd sendiri, juga kepada rakan-rakan photographer yang sangat memberikan kerjasama dan tak lupa kepada talents yang berbakat. Kepada peminat-peminat dunia fotografi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk Adhadi Mohd ini bolehlah mendapatkannya di kedai online Adhadi Mohd.

Credit to: RekaPICTURES

Perkahwinan Solehah di Sungai Tekali, Hulu Langat

11 Disember 2011, kami di Asnita Beauty Creation berpeluang menjejak kaki buat pertama kali ke daearah Sungai Tekali, Hulu Langat. Pengantin perempuannya bernama Solehah dan pasangannya bernama Wafi. Nama secantik si empunya wajah.. Betul tak? Hehehe

Wajah Solehah sebelum di make-up kan
Penggunaan warna di bahagian mata disesuaikan dengan busana yang bakal dipakai
Solehah memilih busana pengantin warna hijau pucuk pisang untuk digayakan di majlis persandingannya pada hari itu. Make-up yang di tatariaskan di wajahnya pun disesuaikan dengan warna tema tersebut.

Belum siap lagi... final touching plak
Umurnya baru jer 20 tahun dah jadi isteri orang.. Baguslah kan..

Kami di Asnita Beauty Creation mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada SOLEHAH & WAFI dan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...