Sunday, April 8, 2012

Izreka Wedding Planner & RekaPICTURES Penaja Rasmi Program TV BILIK 7

Agak lama kami tidak update blog ini kerana kami agak sibuk dengan pelbagai urusan dan program yang bukan sahaja membabitkan Asnita Beauty Creation tetapi juga yang melibatkan 2 lagi jenama perniagaan kami iaitu Izreka Wedding Planner dan RekaPICTURES.

Sidang Akhbar Majlis Pelancaran BILIK 7 di Penthouse Sri Pentas, Bandar Utama
Bagi anda yang belum mengetahui tentang perkembangan terkini kami, sukacita kami ingin maklumkan bahawa ketika ini kami sedang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja rakaman sebuah program TV terbaru terbitan NTV7 ~ Your Feel Good Channel yang dikenali sebagai BILIK 7. Rancangan ini telah mula bersiaran sejak 5 April 2012 yang lalu iaitu pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran NTV7.

Engku Azmin Engku Zaini - Produser Bilik 7
Menerusi syarikat induk kami Izreka Wedding Planner (Izreka Caterer & Event Planner) kami merupakan Official Caterer kepada rancangan tersebut sementara RekaPICTURES pula adalah Official Photographer. Rancangan sebanyak 13 episod ini mengenengahkan barisan artis atau selebriti yang kerap dilanda pelbagai gossip atau kontroversi antaranya Azwan Ali, Zarina Anjoulie, Lisdawati, Abby Abadi, Raja Azmi, Melia Aimelia, Natasha Hudson dan ramai lagi.

Azwan Ali merupakan selebriti jemputan pertama Bilik 7
Rancangan yang di host kan oleh Richie Rachman ini bakal merungkai rahsia peribadi artis-artis tersebut. Ianya juga memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan atau memberi maklumbalas yang lebih ekslusif untuk peminat-peminat terhadap isu-isu kontroversi yang dilemparkan kepada mereka.

Zarina Anjoulie yang hot dengan gambar-gambar panasnya
Lisdawati
Gambar Melia Aimelia yang panas dengan isu Video Bogelnya.
Gambit Saifullah
Ketika artikel ini ditulis (9 April 2012) baru satu episod sahaja telah disiarkan iaitu pada minggu lepas yang memaparkan kontroversi selebriti propa tanahair..siapa lagi kalau bukan Azwan Ali.. Namun kami bawakan kepada anda secara ekslusif gambar-gambar behind the scene rakaman BILIK 7 dari episod pertama hingga episod 13 hanya di RekaPICTURES selaku Official Photographer untuk Bilik 7. Sila like satu lagi fb page kami di RekaPICTURES untuk melihat gambar-gambar tersebut dan jangan lupa juga untuk LIKE fb kami Izreka Wedding Planner.


Tuesday, January 31, 2012

HipTV recording at Hatta Dolmat Coutures

Penghujung tahun 2011 yang lalu kami di Asnita Beauty Creations selaku penaja solekan program HipTV untuk siaran TV9 telah berkesempatan untuk menjayakan rakaman HipTV Special di butik Hatta Dolmat Coutures (HDC) di Seksyen 7 Shah Alam.


Tetamu jemputannya ialah Cik Meen, Ketua Editor Majalah Media Hiburan yang membicarakan topik Top 5 Perkahwinan Selebriti yang paling menyerlah sepanjang tahun 2011. Antara selebriti yang begitu hangat diperkatakan perkahwinannya dan meletops pada tahun 2011 ialah perkahwinan Memey & Norman dan perkahwinan Tomok. Boleh dikatakan hampir kesemua baju pengantin yang termasuk dalam senarai Top 5 majlis perkahwinan selebriti 2011 ini mendapat sentuhan rekaan dari pereka fesyen yang terkenal iaitu saudara Hatta Dolmat.


Walaubagaimanapun pada hari rakaman tersebut dijalankan saudara Hatta Dolmat tidak dapat bersama kerana beliau sedang sibuk menguruskan perkahwinan seorang lagi selebriti yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut iaitu Perkahwinan artis jelita Faezah Elai di Pulau Pinang. 

Cik Meen (kiri) Ketua Editor Media Hiburan bersama Host HipTV, Karl Shafek

Friday, January 20, 2012

Tutorial Make-Up Smokey Eyes untuk artikel terbitan dalam Portal OhBulan


Baru-baru ini kami ditawarkan oleh Ketua Editor Portal Hiburan Popular tanahair "OhBulan" iaitu saudara Riz dan El untuk memuatkan artikel Tutorial Make-Up dalam segmen Trendsetter mereka. Sehubungan itu satu sessi photo shoot diaturkan dengan saudara Adhadi Mohd selaku pemilik studio dan beberapa Talent (Model) yang diundang.

Talent: Suhaila Abu Bakar
Talent: Shinie Shariff
Saudara Riz & El meminta kami berkongsi rahsia teknik make-up smokey eyes untuk tatapan pengunjung laman portal hiburan mereka itu. Talent Shine Sharif & Suhaila Abu Bakar telah terpilih untuk menjayakan usahama tersebut. Kami turut mengundang rakan artis Karl Shafek yang sememangnya sudah lama ingin mengikuti aktiviti-aktiviti photo shoot sebegini sebagai ruang untuk beliau menambah portfolio dalam kerjaya seninya.

Karl Shafek bersama Shinie Shariff
Anda boleh melihat artikel tutorial mekap ini  dalam segmen Trendsetter OhBulan yang sudahpun diterbitkan. Harap perkongsian tutorial make-up teknik smokey eyes ini dapat membantu anda dalam membentuk penampilan yang lebih bergaya. Insya'Allah di masa akan datang, kami juga akan cuba berkongsi beberapa lagi tips mekap dan kecantikan di dalam blog ini pula.



Photo Credit to: Adhadi Mohd & RekaPICTURES
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...