Wednesday, November 28, 2012

Majlis Perkahwinan Azizoor Rahman & Meherunisha



Pada 23 & 25 November 2012 yang baru berlalu, kami di Asnita Beauty Creation telah berpeluang mengendalikan Majlis Pertunangan & Persandingan Azizoor Rahman dari Pandan Jaya dengan pasangannya Meherunisha Sheikh Dawood dari Chennai India. Ini merupakan pengalaman pertama kami menguruskan majlis perkahwinan yang membabitkan pasangan dari kaum India Muslim (Mamak).

Sentuhan make-up untuk majlis Malam Berinai

Perasaan yang amat teruja untuk menatarias wajah pengantin perempuan yang original datang dari Chennai, India ini. Subhanallah! Memang sungguh indah ciptaan Allah ke atas makhluk ini.Dah biasa mentarias kulit yang berwarna sawo matang, kali ini cabaran untuk menatarias kulit wajah yang agak sedikit kegelapan.


Keterujaan yang begitu membara juga buat kami untuk mendekorasi Mini Pelamin Pertunangan dan Pelamin Persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Perkasa, Masjid Imam As-Shafie, Taman Maluri. Ianya lebih kepada cabaran untuk memperhias dekorasi pelamin perkahwinan mereka dalam jangkamasa yang begitu singkat memandangkan pada hari tersebut terdapat 2 majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan masjid tersebut.

Mini Pelamin yang dipasang di dalam rumah pengantin di Pandan Jaya


Kami turut membuat dekorasi hiasan tangga untuk Majlis Pertunangan mereka

Majlis Perkahwinan pelanggan kami, Meherunisha & Azizoor Rahman berlangsung pada sebelah malam. Justeru, kami hanya memiliki jangkawaktu kurang dari 2 jam sahaja untuk melakukan tugas-tugas memasang dan mendekorasi pelamin di dalam dewan tersebut. Alhamdulillah! Dengan pengalaman yang ada kami akhirnya berjaya menyiapkannya dalam waktu yang ditetapkan.

Ketinggian Pentas dalam Dewan Perkasa ini tidak sampai pun 8 kaki
Pengapit Pengantin Perempuan turut mendapat sentuhan make-up dari kami
Makeup Pertunangan untuk Meherunisha
Semua ahli keluarga (perempuan) turut menerima sentuhan dari Asnita Beauty Creation

Tuesday, October 23, 2012

Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan Izreka Wedding Planner

Seperti yang pernah kami uar-uarkan di dalam facebook Izreka Wedding Planner atau facebook Asnita Beauty Creation, PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN adalah salah satu fokus utama kami dalam memberikan perkhidmatan dengan harga yang lebih berdaya saing dan menjimatkan.


Menerusi syarikat induk kami Izreka Wedding Planner, kami menawarkan keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan iaitu dari perkhidmatan solekan, busana pengantin, pelamin, fotografi, videografi, kanopi, katering, p.a. sistem, deejay dan sebagainya.

Samada Majlis Perkahwinan anda dibuat di rumah (kanopi) atau di dalam Dewan, pihak kami tidak bermasalah untuk memastikan keseluruhan perjalanan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar dan tersusun.

Izreka Wedding Planner memiliki team wedding planner kami sendiri yang masing-masing merupakan freelance dalam bidang masing-masing seperti Chef (tukang masak), Make-up artist, Fotografer, Pramusaji dan sebagainya.

Kesemua anggota team wedding planner kami masing-masing memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang masing-masing dan khidmat tenaga kami sering digunakan oleh syarikat-syarikat katering lain.

Dengan lain perkataan, kami sering menjadi tenaga belakang tabir di sebalik event yang syarikat-syarikat katering lain uruskan.

 Justeru, tidak hairanlah jika kami juga mampu menyediakan Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan dengan harga yang berdaya saing malahan antara yang terendah dalam pasaran.

Pakej-Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan kami bermula dengan harga serendah RM15k ++ dan kami juga boleh berikan sebutharga mengikut keupayaan dan bajet anda.

Untuk maklumat lanjut atau urusan mendapatkan sebutharga Pakej-Pakej Lengkap Perkahwinan dari kami, anda boleh berhubung terus dengan Pengurus Izreka Wedding Planner iaitu En. Zulfikar di talian 014-263 8781 atau Pn. Asnita di talian 019-339 4227. Atau hantarkan pertanyaan anda menerusi borang tempahan sebuthargaga yang berada di ruang bahagian atas blog ini. E-mail kami di: izreka@ymail.com atau asnitamy@yahoo.com

Wednesday, October 17, 2012

Pakej Promosi Pertunangan 3 + 1

Lama sungguh tak update apa-apa info dalam blog ni dek kerana kesibukan dengan rutin jadual tugasan seharian dan kesibukan menguruskan event-event pelanggan. Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk melakukannya.  Kami ada berita baik untuk anda di luar sana yang bakal bergelar Raja Sehari atau ingin melangsungkan perkahwinan atau pertunangan. Antara Promosi yang sudah kami uar-uarkan baik di facebook atau di laman sosial yang lain ialah:

PAKEJ PROMOSI PERTUNANGAN


YUP! Dengan harga HANYA RM1,000 anda akan dapat 3 jenis perkhidmatan iaitu 1 Dekorasi Mini Pelamin + 1 sessi Make-Up + Khidmat Fotografi (Shoot & Burn) cover sepanjang majlis berlangsung. Ini merupakan satu usaha dari kami di Asnita Beauty Creation dan RekaPICTURES untuk memberikan nilai tambah dalam perkhidmatan kami.

Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji bertemu kami di premis perniagaan kami yang terletak berhampiran dengan Jusco Cheras Selatan.

Tel@WhatsApp@BBM: 014-263 8781
Tel@SMS: 019-339 4227
E-mail: asnitamy@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...