Thursday, January 10, 2013

Kelas Make-Up Naza Sentuhan Derina

Pada awal Disember 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk menyertai Kelas Make-Up anjuran kak Naza (Shaliz Derina Nazrin) atau lebih dikenali dengan nama Naza Sentuhan Derina. Beliau antara Group Leader dalam kumpulan make-up artis yang dikenali sebagai Derina Artitic Team.


Setelah sekian lama tidak masuk mana-mana kelas make-up.. kekadang jauh di sudut hati akan timbul sedikit keraguan samada kemahiran atau skill yang telah sedia ada pada diri kita ini masih releven atau tidak dengan trend dan citarasa semasa. Justeru, selain membuat research menerusi youtube dan google tentang teknik-teknik solekan terkini..langkah selanjutnya ialah mencari guru @ sifu yang boleh memberikan ilmu secara face to face serta mampu berkongsi skill dan teknik-teknik yang berlainan dari yang kita amalkan.

Kak Naza memberi peluang aku menggunakan teknik solekan air brush
Dalam kelas make-up kak Naza kali ini, beliau bukan sahaja memberikan tunjuk ajar tentang gaya solekan pengantin yang menggunakan kaedah biasa penggunaaan alat solek jenama MAC atau Kryolan..malah beliau turut memberikan sedikit penerangan atau pengenalan tentang HD Makeup atau Air Brush Makeup yang mana semakin popular dan diperlukan dalam bidang broadcasting.


Salah satu contoh penggunaan Air Brush Make-Up atau HD Make-Up yang begitu ketara dapat kita saksikan ialah pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) yang baru berlangsung. Rata-rata finalist AJL27 mengenakan make-up HD untuk disesuaikan dengan rakaman yang turut menggunakan kaedah HD juga (High Definitions). Dan kumpulan Derina Artistic Team juga terlibat dalam menatarias wajah-wajah finalist AJL27 dimana mereka telah menaja solekan Azlan & The Typewriter menggunakan kaedah HD Makeup.

Ini adalah Sijil ke-4 saya dalam dunia Dandanan & Solekan
 Untuk makluman, Kak Naza bukanlah sifu pertama saya dalam bidang mekap ni... Ini adalah kali ke-4 saya menyertai kursus Make-Up. Namun yang menarik tentang kak Naza ialah beliau memiliki lebih 100 keping Sijil Kelas Solekan yang pernah disertainya untuk memantapkan skill solekan beliau. Terbaik kan! Terasa masih jauh lagi perjalanan saya dalam bidang ini.


Next time..In Sha Allah! Akan cuba melengkapkan diri ini dengan ilmu Air Brush Make-Up @ HD Make-Up... Kena kumpul duit banyak-banyak dulu lah gitu.. ini kerana selain course nya yang mahal, barang2 perlatan dan make-upnya pun ribu-riban juga you!

Tuesday, December 18, 2012

Majlis Perkahwinan Shahril & Abby

Design Kad Perkahwinan Shahril & Rabilyatul Salwa yang kami reka khas untuk mereka.
Kami di Asnita Beauty Creations & Izreka Wedding Planner terpanggil untuk berkongsi rasa keterujaan kami apabila diberikan kepercayaan untuk menguruskan Majlis Perkahwinan pemilik empayar perniagaan Herba Cinta Sdn Bhd iaitu En. Shahril dengan isterinya Pn. Rabilyatul Salwa (Abby). Kami hanya dipanggil untuk bertemu dan berunding tentang semua hal yang berkaitan dengan pakej perkahwinan mereka ketika sepuluh hari sebelum majlis berlangsung.

Memikirkan bahawa En. Shahril merupakan kenalan dan pelanggan tetap kami dan sering membuat tempahan rekabentuk kotak dan mencetak kotak2 packaging produk keluaran syarikat mereka dengan syarikat kami di Izreka Resources, maka kami bersedia untuk menyahut dan menggalas tanggungjawab tersebut. Dengan masa yang diberikan hanya tinggal 10 hari sebelum majlis berlangsung kami bertungkus-lumus menyediakan persediaan awal seperti merekabentuk kad perkahwinan, merekabentuk kotak door gift (custom made) dan seterusnya mencetaknya sehingga siap.

Kotak Door Gift juga kami design kan khas
 En. Shahril menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menguruskan majlis perkahwinannya kepada kami dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Mereka memilih tema warna majlis berwarna Pink & Purple dan dengan bajet majlis perkahwinan sekitar RM18,000 kami cuba melakukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan beliau.

Lokasi Majlis Perkahwinan ialah di Dewan Serbaguna Flat Sri Sabah, Cheras
 Majlis Perkahwinan mereka berlangsung di Dewan Serbaguna Blok 66 Flat Sri Sabah, Cheras Kuala Lumpur pada hari Ahad, 30 September 2012 yang lalu. Kerja-kerja memasang kanopi di luar dewan kami mulakan 2 hari lebih awal.


Setting di bawah kanopi yang terletak di luar dewan
Sementara setting & dekorasi meja di dalam dewan dan di bawah kanopi kami lakukan seawal jam 9 pagi pada hari majlis.

4 Setting & Dekorasi Meja VIP menggunakan Dome


Di dalam Pakej Perkahwinan mereka ini, kami sediakan 2 Buffet Station di bawah kanopi dan 1 Teh Tarik Station. Sementara di dalam dewan pula kami setting kan Meja Makan Beradap di hadapan Pelamin dan 4 setting Meja VIP yang menggunakan Dome.




Dekorasi Walkway laluan Pengantin
Hiasan bunga segar menghiasai Meja Utama (Meja Makan Beradap)

Pasangan pengantin mengenakan busana dari koleksi peribadi mereka sendiri

Pelamin Frame Trend Terkini kami pilih untuk persandingan mempelai
Fondant Cake juga kami ilhamkan khas untuk Majlis Perkahwinan Mereka
Kemudahan PA Sistem dan Perkhidmatan Deejay yang kami sediakan
Abby mendapat sentuhan make-up dari Asnita Manshor untuk majlis akad nikah & sanding

Monday, December 17, 2012

Promosi Pakej Dekorasi Pelamin Dewan 2013

Kami di Asnita Beauty Creation menyambut kehadiran Tahun 2013 ini dengan menawarkan sebuah Pakej Perkahwinan Istimewa khusus untuk 10 pasangan Brides to Be yang membuat tempahan paling awal (1st come 1st serve). Untuk Promosi Istimewa ini, kami menawarkan Pakej Lengkap Dekorasi Pelamin Dewan dengan harga hanya RM2,800 sahaja (without any hidden charge) iaitu kadar harga yang biasanya kami akan beri hanya untuk pelanggan-pelanggan yang mendapatkan Pakej Lengkap Perkahwinan A-Z dari kami.. Kadar yang paling rendah yang biasa kami kenakan untuk khidmat dekorasi pelamin untuk majlis dalam dewan ialah dari RM3,800 iaitu harga yang biasa kami kenakan untuk pelanggan-pelanggan yang mengambil Pakej secara berasingan.

Para Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Dekorasi Pelamin Dewan dengan kadar harga yang istimewa ini bolehlah hubungi kami di talian 014-263 8781 (WhatsApp @ BBM @ LINE) dan berurusan dengan Pengurus Publisiti & Pemasaran kami iaitu En. Zul.


Buat masa ini kami memiliki koleksi Pelamin trend terkini untuk kegunaan majlis dalam dewan seperti Pelamin Frame yang diperbuat dari getah eva dan kami juga turut memiliki koleksi pelamin panel kayu. Dari semasa ke semasa, pihak kami juga sedang sibuk menyiapkan rekaan-rekaan terkini Pelamin bagi menampung keperluan musim perkahwinan 2013. Terpulang kepada citarasa anda untuk memilih mana yang bersesuaian dengan citarasa anda.


Walaubagaimanapun, promosi ini hanya ditawarkan kepada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan di dewan-dewan yang terletak sekitar Lembah Klang sahaja.


Untuk tujuan tempahan, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM300 (lock date) sebagai komitmeen fees anda untuk mendapatkan perkhidmatan dari kami. Wang deposit ini tidak akan dipulangkan sekiranya anda ingin membatalkan tempahan atas apa juga alasan. Tempahan perlu dilakukan seelok-eloknya 2 atau 3 bulan sebelum majlis berlangsung.


Ingat tau... hanya 10 tempahan terawal sahaja... yang penting hubungi dahulu kami untuk memastikan samada tawaran ini masih ada atau tidak. Hubungi no telefon: 014-263 8781 (ZUL) atau anda boleh membuat temujanji bertemu kami di Home Boutiqe kami yang terletak berhampiran dengan The Mines Shopping Fair dan Jusco Cheras Selatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...