Thursday, November 21, 2013

Pakej untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Pada Aidilfitri yang lepas team Izreka Wedding Planner telah mendapat tempahan untuk menguruskan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah Doktor Mohd Salleh di Saujana Villa, Kajang. Dr. Salleh merupakan kenalan sekolah rendah kepada En. Zulfikar iaitu Pengurus Besar Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations. Dr. Salleh kini bertugas di KPMJ Kajang sebagai Pakar Bius.

Kediaman Dr. Salleh Samad di Saujana Villa, Kajang
Untuk majlis ini, tuan rumah Dr. Salleh dan isteri telah menyerahkan bulat-bulat kepada kami untuk menguruskan dari A-Z. Ini termasuklah dari segi menu katering, kanopi, susun atur kerusi/meja, hiasan decor dan sebagainya.


Dengan tetamu seramai 400 orang, kami telah sediakan 3 kanopi untuk menampung jumlah tersebut. Sementara antara menu yang kami hidangkan ialah Lemang, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Himpit, Sate, Kambing Bakar, Kuih-Muih, Mee Kari & Nasi Goreng.


Kami turut menyediakan seramai 3 orang Pramusaji untuk membantu kelancaran majlis. Sementara En. Zul & Chef Sabri (Ketua Tukang Masak) turut hadir sebagai Penyelaras Majlis.

Alhamdulillah majoriti tetamu kebanyakkannya sangat berpuas hati dengan keenakan rasa makanan kami. Dan yang paling penting semua menu yang dihidangkan adalah cukup untuk menampung jumlah tetamu pihak tuan rumah.





Sunday, September 8, 2013

Pakej Lengkap Perkahwinan untuk Taufiq & Shima

Tahun 2013 ini kami di Izreka Wedding Planner meraikan perayaan Aidilfitri dengan masa yang agak singkat. Percutian Aidilfitri kami terpaksa dipendekkan bagi merealisasikan Majlis Perkahwinan pasangan pengantin Taufiq & Shima yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 pada 10 Syawal 1434H yg lalu atau bersamaan pada 17 Ogos 2013.

Pasangan Taufiq & Shima mengenakan wardrobe pengantin dari koleksi Asnita Beauty Creations
Ini merupakan majlis perkahwinan 2 dalam 1 atau dengan lebih tepat merupakan gabungan majlis untuk kedua-dua belah pihak keluarga pengantin Lelaki & Perempuan. Justeru, jumlah tetamu jemputan juga agak ramai iaitu kurang lebih 1,500 pax.

2 Meja Hadiah @ Doorgift kami sediakan untuk kedua-dua belah pihak keluarga di pintu masuk Dewan
Kami di Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations begitu berbesar hati atas kepercayaan yang telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak keluarga pengantin Lelaki & Perempuan bagi menguruskan Majlis Perkahwinan ini. Kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak keluarga pengantin juga sangat kami hargai dan kagumi.


Pasangan Taufiq & Shima memilih tema warna perkahwinan Biru & Purple bagi mewarnai majlis bersejarah mereka. Oleh kerana Dewan Toh Puan Mahani @ Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 ini tidak berhawa dingin. Justeru, kami telah menambah 6 unit Kipas Industri (Industrial Fan) bagi keselesaan para tetamu.

4 Meja VIP disediakan untuk tetamu VIP kedua2 belah pihak keluarga.
Suasana Majlis Perkahwinan mereka agak meriah dengan kehadiran tetamu dari awal hingga ke akhir majlis. Ini mungkin disebabkan dengan faktor musim perayaan Aidilfitri yang baru seminggu diraikan. Dengan kemeriahan jamuan majlis rumah terbuka di sana-sini, ditambah dengan wargakota yang sudahpun kembali semula dari bercuti raya di kampung.

Meja Makan Beradap mengandungi 8 kerusi banquet & 2 kerusi pengantin
Hingga ke saat-saat akhir majlis sekitar pukul 4 petang, kelihatan tetamu masih rancak menghadiri majlis ini hingga memaksa kami melanjutkan masa hingga ke pukul 4.30 petang bagi memberi ruang dan peluang kepada keluarga pengantin meraikan tetamu mereka.

Hidangan Lauk Pengantin yang turut diserikan dengan Desserts
Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan Taufiq & Shima ialah tetamu istimewa mereka iaitu Datin Nina Juren yang hadir bersama suami dan anak-anak.

Datin Nina Juren turut hadir bersama suami dan anak-anak
Malah ibubapa kepada Datin Nina Juren juga turut hadir iaitu Datuk Haniff Taib & Datin Julie Haniff. Keluarga Datin Nina Juren merupakan kenalan baik kepada keluarga sebelah pihak pengantin perempuan.

Datuk Haniff Taib & Datin Julie Haniff - ibubapa kepada Datin Nina Juren
Kami di Izreka Wedding Planner mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk mengelolakan majlis ini dari peringkat awal perancangan hinggalah ke penyudahan majlis.

Hidangan Meja Buffet diserikan dengan penggunaan Bell Chauffing Dish untuk kelihatan lebih ekslusif.
Gabungan Warna yang kami persembahkan untuk mewarnai majlis perkahwinan ini

Saturday, July 13, 2013

Majlis Resepsi Linda & Hisham - Kajang

Majlis Perkahwinan Linda dan Hisham berlangsung pada 25 Mei 2013 di Taman Kantan Permai, Kajang. Pihak kami di Izreka Wedding Planner dan Asnita Beauty Creations hanya bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas mendekorasi pelamin & kanopi, pakej andaman serta perkhidmatan fotografi. Sementara hidangan makanan atau lauk-pauk telah diusahakan secara gotong-royong oleh penduduk taman tersebut.


Pasangan Pengantin dan keluarga pihak perempuan telah memilih warna tema perkahwinan Pink & Purple sebagai penyeri majlis perkahwinan ini. Walaupun dengan kehadiran tetamu jemputan seramai kurang lebih 600 orang sahaja, namun majlis perkahwinan ini mampu menjadi meriah dengan susunatur acara majlis yang dirancang khas seperti acara cabutan nombor bertuah untuk petugas-petugas, sessi karaoke dan berbalas pantun dan suasana memasak secara bergotong royong itu sendiri yang merancakkan suasana dengan senda gurauan mereka.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...