Tuesday, February 8, 2011

Kolaborisasi 3 Vendor Penyedia Khidmat Perkahwinan

Permulaan 2011 ini diharapkan dapat membawa sinar yang lebih gemilang buat Asnita Beauty Creation. Sebagai permulaan untuk melangkah lebih jauh dalam industri ini, kami di Asnita Beauty Creation telah berganding bahu dan bekerjasama dengan dua lagi vendor Penyedia Khidmat Perkahwinan yang telah lama bertapak dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Gandingan mantap antara kami dan dua lagi vendor ini iaitu "Delima Catering & Event Sdn Bhd" dan "The Wanted Photography" (Official Photographer untuk Majalah Tepak Sireh) diharap dapat menawarkan Pakej yang bersesuaian dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

 Final Discussion mengenai Pakej yang ditawarkan ini berlangsung di Showroom kami yang terletak di Rampai Business Park (Megan Niaga Rampai). Kelihatan dari kiri Kids (dari The Wanted Photography), Asnita Manshor (dari Asnita Beauty Creation) dan Pn. Che' Rohani (Pengarah Urusan Delima Catering & Event Sdn Bhd)

Sebagai permulaan, kami menawarkan PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN dari serendah RM19,900 yang meliputi khidmat katering untuk 1,000 pax, Solekan Make-Up Artist, Pelamin lengkap dengan Arch & Red Carpet, Busana Pengantin, Kanopi lengkap scallop dan kerusi meja, Hiasan Meja Pengantin, Hidangan Lauk Pengantin, PA System beserta Deejay, Kompang, Kelengkapan Katering beserta Pramusaji beruniform, Khidmat Photographer (Nikah, Sanding & Outdoor).

Pilihan Pelamin untuk Pakej ini... Basic designnya begini, tetapi ianya banyak bergantung kepada ruang yang ada di rumah anda.. jika boleh muat 3 panel, maka 3 panel lah kami gunakan.

Untuk info lebih lanjut tentang Pakej ini mahupun pakej-pakej yang lain, anda dialu-alukan ke Butik atau Showroom kami yang terletak di:

No. 19-1, Jalan Rampai Niaga 3, 
Rampai Business Park,
53300 KUALA LUMPUR.
(Sederet dengan Restoran Ali Maju)
Sila hubungi talian 019-326 4227 untuk temujanji.

Contoh-contoh hasil kerja kreatif "The Wanted Photography"


Contoh-contoh hasil kerja "Delima Catering & Event Sdn Bhd" :


Anda juga boleh melihat lebih banyak gambar-gambar event yang pernah dijayakan oleh Delima Catering & Event Sdn Bhd ini di laman web mereka www.delimacatering.com

Sementara, untuk contoh-contoh hasil kerja MUA (Make-Up Artist) boleh dilihat di FanPage Facebook kami di www.facebook.com/asnita beauty creation

Wednesday, January 19, 2011

Kahwinlah Wanita Beragama!

FIRMAN Allah bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Nur: 32).

Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia.

Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: "Wahai sekalian pemuda, barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri.

Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah bersabda lagi maksudnya: "Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Allah berfirman maksudnya: "Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."

Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah.

Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar.

An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: "Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya."

Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya.

Allah berfirman: "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya." (Surah An-Nisa: 130)

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
* Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Asnita Beauty Creation Services

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...