Thursday, June 13, 2013

Pakej Lengkap Perkahwinan untuk pasangan Enadz & Fuaad

Majlis Perkahwinan antara Enadz & Fuaad ini telah berlangsung pada 19 Mei 2013 di Dewan Tasik Ampang Hilir, Ampang. Pihak kami di Izreka Wedding Planner telah diberi kepercayaan oleh Kamera Atok Event selaku official wedding planner majlis perkahwinan mereka untuk menguruskan keseluruhan perjalanan majlis.

Kerja-kerja dekorasi dewan dimulakan dengan menghias scallop di sekeliling dewan mengikut warna tema perkahwinan iaitu Gold & White
Kerja-kerja dekorasi dewan telah kami mulakan seawal sehari sebelum majlis berlangsung. Pihak keluarga pengantin telah meminta agar dewan tersebut dihias dengan scallop baik di luar mahupun di dalam dewan. Tema Warna Perkahwinan Gold & White dipilih oleh mereka untuk menceriakan majlis perkahwinan ini.

Sejumlah 50 meja bulat telah digunakan untuk menampung 2,000 orang tetamu pada majlis ini
Majlis Perkahwinan Enadz & Fuaad agak mencabar keupayaan dan kecekapan kami dengan kehadiran lebih dari 2,000 orang tetamu. Dan Alhamdulillah pihak kami di Izreka Wedding Planner akhirnya berjaya membuktikan bahawa kami mampu menguruskan perjalanan majlis sebesar ini.

Kemeriahan majlis
Tetamu yang dihadir di waktu puncak
Seramai 15 orang pramusaji dan 10 orang krew dapur kami gunakan untuk mengendalikan majlis sebesar ini. Sementara menu utama hidangan untuk tetamu kami sajikan dengan menu dari resepi istimewa kami di Izreka Wedding Planner iaitu Nasi Minyak Terengganu beserta pelengkap hidangannya Ayam Masak Merah, Gulai Kawah Terengganu, Dalca, Acar Buah dll.

Pelamin konsep ala-ala FAIRYTALES gitu

Dekorasi Meja Makan Pengantin
Pelamin yang berkonsepkan 'fairytales'
Dekorasi Meja Makan VIP
Dekorasi Buffet Station Table
Meja Makan Beradap

Friday, March 15, 2013

Majlis Perkahwinan pasangan Khairul & Dr. Radhiah dan Alia & Azim

Pada 2 Februari 2013 yang lalu bertempat di Seafood Restaurant, Taman Botani, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara Mohd Khairul & Dr. Wan Radhiah dan Alia & Azim. Khairul & Alia merupakan anak kepada pasangan Tuan Haji Mohamad Nazor & Hjh Maimunah yang berasal dari negeri Sarawak.

Seafood Restaurant, Taman Botani, Putrajaya
Kami di Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations diberikan tanggungjawab untuk menguruskan majlis perkahwinan ini dengan kerjasama pihak pentadbiran Seafood Restaurant, Taman Botani dan juga berkolaborasi dengan Encik Latip dari Mukah Collections. Pihak kami lebih dipertanggungjawabkan kepada rekaan dan hiasan bahagian dalaman Restoran yang mana ditempatkan Pelamin untuk bersanding. Kami juga diberikan tanggungjawab untuk menyedia dan mengaturkan persembahan Gamelan & Kompang bagi memeriahkan lagi majlis.

Pelamin gaya tradisional ala Sarawakatau Melanau sedang disiapkan
Meskipun Majlis Perkahwinan ini membabitkan dua pasangan pengantin, tetapi mengikut adat dan budaya Melanau, kedua-dua pasangan ini tidak boleh bersanding secara serentak. Oleh itu ketibaan dan persandingan kedua-dua pasangan pengantin dilakukan secara dua peringkat dengan didahului dengan pasangan abangnya iaitu Khairul dan Dr. Radhiah dan kemudian barulah sampai giliran pasangan Alia & Azim.

Persembahan Kumpulan Gamelan yang menyerikan majlis
Seafood Restaurant di Taman Botani, Putrajaya ini mampu menampung 300-500 jemputan dalam satu masa. Dengan jemputan mereka yang hanya berjumlah sekitar 300 orang, lokasi ini memang sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan yang bergaya santai dan meriangkan.

Kumpulan Gamelan yang mahir memainkan sebarang lagu tanpa menggunakan 'note'
Kedua-dua pasangan pengantin ini telah ditatariaskan oleh Asnita Manshor. Sementara Busana Pengantin pula adalah dari koleksi En. Latip (Mukah Collections) yang didatangkan khas dari Sarawak. En. Latip juga membantu kami mendapatkan props-props yang bertemakan Gaya Melanau seperti 'Trendak' yang seakan-akan tudung saji rupanya.

Pelamin yang berkonsepkan gaya tradisional Melanau Sarawak
Pelamin decor sentuhan Asnita Beauty Creations & Mukah Collections
Pihak kami juga membantu pentadbiran Seafood Restaurant dalam mengatur-urus perjalanan majlis dari mula hingga akhir. Ini kerana pentadbiran Seafood Restaurant, Taman Botani yang terdiri dari bangsa India & Cina agak tidak begitu arif dengan budaya dan adat perkahwinan tradisional Melayu Sarawak.

Pasangan Khairul & Dr. Wan Radhiah dikelilingi gadis-gadis pembawa hantaran
Pasangan Azim & Alia diapit oleh kedua ibubapa Alia
Pada hakikatnya kami juga begitu dangkal dan tidak begitu arif dengan budaya dan adat perkahwinan tradisional Melayu Sarawak. Tetapi hasil kegigihan mendapatkan seberapa banyak maklumat dari kawan-kawan, medium internet dan juga dari pihak keluarga pengantin sendiri membuatkan kami yakin mampu menguruskannya.

Sessi Outdoor Fotografi
Sebaik bersanding, Dr. Wan Radhiah & Khairul terus beramah mesra dengan tetamu
Berbeza dengan budaya perkahwinan tradisional Melayu, adat perkahwinan Melayu Melanau langsung tidak membabitkan majlis menepung tawar atau merenjis. Malah majlis makan beradap juga tidak dipraktikkan dalam budaya mereka. Justeru kemeriahan Majlis Perkahwinan mereka lebih tertumpu kepada 'kemesraan' pihak tuan rumah serta pengantin dengan semua tetamu yang hadir.

Doorgift untuk tetamu
Persembahan Silat menyambut kehadiran pasangan pengantin
Pasangan Pengantin di arak menuju ke Pelamin
Tetamu dipersilakan menikmati segala juadah sebaik selesai kedua-dua pasangan bersanding
Dr. Wan Radhiah sedang ditatarias untuk sessi Outdoor Fotografi
Dikesempatan ini, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada keluarga pengantin, pihak pengurusan Seafood Restaurant, En. Latip dari Mukah Collections, Kumpulan Gamelan dari Klang yang dipimpin oleh Cikgu Rodzi dan semua tenaga kerja dari Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan ini.

Kami kongsikan sedikit suasana kemeriahan majlis yang diiringi oleh persembahan Gamelan seperti yang kami rakamkan ketika majlis.

Monday, February 4, 2013

Majlis Perkahwinan Masita & Farid

Syukur ke hadrat Illahi sekali lagi kami diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anakanda kepada pakcik Abd Hamid & makcik Murni di Dewan Pangsapuri Subang Suria, Seksyen U5, Shah Alam pada 26 Januari 2013 yang lalu. Ini merupakan majlis perkahwinan anakanda mereka yang kali ketiga kami bertindak sebagai Wedding Planner (Perancang dan Pengurus Majlis Perkahwinan). Kali ini merupakan majlis Perkahwinan puteri mereka yang ke-2 iaitu Nur Masita dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Farid.


Berbeza dengan majlis yang kami uruskan sebelum ini yang mana kami berkolaborasi dengan Delima Catering & Event Sdn Bhd.. tetapi kali ini, atas persetujuan pihak keluarga pengantin sendiri, mereka bersetuju untuk mendapatkan khidmat katering dari team kami sendiri iaitu Izreka Wedding Planner. Segala perancangan awal dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara perlukan penumpuan dan pemerhatian yang rapi. Dengan bajet yang agak sederhana iaitu sekitar RM17k++ kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk majlis ini.

Kerja-kerja menaikkan khemah dibuat 2 hari sebelum majlis berlangsung.
5 buah Arabian Canopy disediakan untuk majlis ini
Oleh kerana Dewan Serbaguna di Pangsapuri Subang Suria ini kecil sahaja dan hanya mampu memuatkan 1 set Meja Makan Beradap, 4 set VIP Table dan Pelamin, justeru penambahan 5 biji kanopi Arabian diperlukan untuk menampung 1,000 orang jumlah tetamu.

Dekorasi dalam Dewan
Meja Makan Beradap kami letakkan di bahagian belakang dalam dewan bersetentangan dengan Pelamin
Team Izreka Wedding Planner sudah mula sibuk dan berkampung di Dewan Serbaguna Pangsapuri Subang Suria sejak 2 hari sebelum majlis berlangsung. Ini kerana majlis akad nikah akan diadakan sehari lebih awal dari tarikh majlis.

Suasana majlis di peringkat awal iaitu sekitar jam 11.30 pagi
Sebuah khemah tambahan untuk kerja-kerja penyediaan katering turut kami letakkan di bahagian belakang dewan untuk menambahlancarkan lagi perjalanan majlis. Seramai 8 orang petugas bahagian dapur ditugaskan di dalam khemah tersebut.

Inilah Tukang Masak kami di Izreka Wedding Planner.. Beliau baru sahaja berhenti berkhidmat dengan "Kampung Pengantin" penghujung Disember 2012 yang lalu.
Chef Sabri dan isterinya sekali lagi ditugaskan untuk menguruskan bahagian katering dan dapur. Pengalaman mereka dalam bidang Food & Beverage sangat diperlukan untuk memastikan kelancaran bahagian dapur. Chef Sabri dan kami pernah sama-sama bekerja part time dengan Delima Catering dan beberapa syarikat katering yang lain. Sementara isteri Chef Sabri merupakan bekas Ketua Tukang Masak di Kampung Pengantin, Setapak.

Baru pukul 11.00 pagi tetapi Buffet Station kami sudah mula 'diserang'...hehe
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan lauk-pauk semuanya cukup untuk menampung keperluan tetamu yang hadir pada hari itu. Majlis Perkahwinan yang sangat berseri dengan pemilihan warna tema "Apple Green" itu juga telah dihadiri dengan jumlah tetamu yang melebihi jangkaan. Ini mungkin dengan bantuan dan keberkatan yang Allah SWT kurniakan kepada keluarga mempelai dengan menganugerahkan cuaca yang cerah dan elok sepanjang majlis berlangsung.

Terdapat 2 set Buffet Station kami sediakan di bawah khemah
Arch, Meja Door Gift, Bunting dan Khemah Utama
Dekorasi Meja Kek
Kek Pengantin 3 Tingkat turut kami tawarkan secara PERCUMA dalam Pakej
Setting Meja Makan Beradap
10 orang khidmat Pramusaji beruniform turut disediakan
Setting Meja VIP
Kesemua tetamu di Meja Pengantin dan Meja VIP mendapat layanan dari Pramusaji berpengalaman
Pelamin Persandingan untuk Mempelai direka khusus oleh Asnita Beauty Creations

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...