Pagi Ahad 22 Februari yang lalu aku bersama-sama dengan rakan MUA, Anne Anieyra dari Anne Anieyra Touch telah mengadakan sessi outing Make-Up for Photoshoot  kat Taman Permainan Layang-Layang (Tmn Metropolitan), Kepong. Ianya berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 ptg. Anne telah mengundang 2 'talent' iaitu Norhayati Ismail dan Hazlin. Sementara rakan photographer yang diundang terpaksa membatalkannya di saat-saat akhir. Rancangan terpaksa diteruskan juga dengan bantuan 'my hubby' yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi. 
  | 
| HAZLIN - talent yang aku mekap kan pada hari tersebut | 
   |  | 
| Kerja-kerja make-up bermula |  |  |  |  |  |  |  |  |  |  |  |  
 |  
 |  
 | 
  | 
| Hazlin sebenarnya baru sampai dari Taiping.. lawa kan? | 
  | 
| Hazlin juga memiliki blog yang menarik untuk diikuti | 
Ketika aku dan Anne sedang sibuk menyiapkan solekan kedua-dua talent ini. My hubby dengan selambanya telah menyapa dan mempelawa 3 orang photographer yang sedang buat outing di situ pada pagi itu untuk shoot talent yang kami mekap kan. Mereka merupakan guru-guru yang mengajar di sekolah yang sama yang juga sama-sama meminati bidang fotografi. Mereka adalah En. Hazar El-Dien, Pn. Rozita dan En. Irzan klo x silap...Pelawaan itu diterima dengan baik.. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang akan kisahnya.. hehehe
  | 
| Inilah photog2 yang diundang tanpa dirancang..  | 
  | 
| Hazlin - selepas di mekap kan | 
  | 
| Hazlin (Rachel Corrie) & seorang lagi talent (Norhayati Ismail) yang di mekap kan oleh Anne | 
  | 
| Gaya yang menawan... | 
  | 
| Kedua-duanya berbakat dan sangat senang bekerjasama | 
Banyak lagi gambar-gambar boleh dilihat di facebook 
Asnita Beauty Creation dan juga di fb 
Hazar El-Dien... Kepada semua yang terlibat, diucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.. Tak sangka perkenalan singkat dengan Hazar dan rakan-rakan telah memeriahkan lagi 'outing' kami pada hari itu. 
Semoga berjumpa lagi! 
 
sgt2 bes akak..
ReplyDelete