Tuesday, December 12, 2017

Pakej Perkahwinan Bajet 2018

Kami di Asnita Beauty Creation sedia maklum bahawa tidak semua orang berkemampuan atau sanggup membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran dengan mengundang sejumlah besar tetamu. Sememangnya terdapat golongan yang hanya membuat majlis perkahwinan secara ala kadar dan mengundang tetamu dari kalangan keluarga atau kenalan yang terapat sahaja.

Justeru, kami juga ada menawarkan pakej yang mana tidak membabitkan jumlah undangan tetamu yang TIDAK melebihi 1,000 pax. Pakej ini meliputi Perkhidmatan Katering & Perkhidmatan Dekorasi Pelamin (Pelamin Dalam Dewan/Kanopi).


Silalah hubungi talian HOTLINE kami 014-263 8781 / 011-1036 4227 / 011-1039 4227 untuk urusan lanjut dan membuat temujanji.

Friday, December 1, 2017

Perkhidmatan Sewa Sarung Kerusi Banquet & Plastik

Kami di Asnita Beauty Creation & Izreka Wedding Planner turut ada menawarkan Pakej-Pakej berasingan Sewa Peralatan seperti Sewa Sarung Kerusi, Alas Meja, Skirting Meja, Red Carpet dan sebagainya.


Sesuai dengan perkembangan dan pertambahan aset kami dari masa ke semasa, maka kami mampu menawarkan segala peralatan tersebut dengan kos yang rendah dari yang ditawarkan di pasaran. Antara kelengkapan/peralatan yang kami ada sewakan ialah:

1) Sewa Kerusi Banquet/Plastik : RM2.00/pc 
2) Sewa Ribbon Kerusi : RM0.50/pc
3) Sewa Alas Meja Bulat : RM8.00/pc
4) Sewa Alas Meja Top Layer : RM5.00/pc
5) Sewa Skirting Meja : RM25.00/pc  (18 kaki)
6) Sewa Red Carpet : RM70.00/pc (25 meter)
7) Dekorasi Meja Makan Beradab : RM150.00

Harga-harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk Kos Pengangkutan (Pergi & Balik) dan Kos Pemasangan (Install & Dismantle).


Setiap tempahan akan dikenakan bayaran Security Deposit sebanyak RM300 yang akan dipulangkan semula apabila semua items yang disewa dipulangkan kepada kami. Setiap kerosakan/kehilangan items akan dikenakan penalti dan ditolak dari Security Deposit tersebut. Harga yang dinyatakan hanya sah untuk tempahan sarung kerusi melebihi 300 pcs dalam satu resit.


Hubungi kami (Whatsapp) di talian 014-263 8781 / 011-1036 4227 / 011-1039 4227 untuk urusan lanjut.

Wednesday, November 29, 2017

Promosi Pelamin Dewan Murah PERCUMA Busana Pengantin Tempah Baru


Untuk tahun 2018 ini juga kami di Asnita Beauty Creations & Izreka Wedding Planner ada membuat satu Promosi khusus untuk para pelanggan yang menempah Dekorasi Pelamin Dewan dari kami. Setiap tempahan Dekorasi Pelamin akan kami tawarkan secara PERCUMA Tempahan Baju Baru sepasang Busana Pengantin untuk Lelaki & Perempuan. Pakej ini ditawarkan dengan harga hanya serendah RM2,999 sahaja.


Justeru dengan harga hanya RM2,999 pelanggan yang menempah dekorasi pelamin dari kami akan memperolehi :

1. Perkhidmatan Dekorasi Pelamin Dewan
2. Sepasang Baju Sanding (Tempahan Baru) dan
3. 1 sessi Makeup Sanding

Untuk mendapatkan Tawaran Murah dan Menarik dari kami ini, sila pastikan anda membuat tempahan (Booking Lock Date) sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN sebelum majlis berlangsung. Ini bagi memastikan pihak kami dapat membuat persiapan mencari material yang diinginkan dan menyiapkan Busana Pengantin tersebut mengikut jadual.



Promosi ini hanya sah untuk Majlis Perkahwinan yang dibuat di sekitar Lembah Klang sahaja (KL & Selangor). Bayaran Deposit yang dikenakan adalah sebanyak RM1,500 dan baki bayaran penuh perlu dijelaskan 1 Minggu sebelum majlis.


 Anda boleh datang ke Home Boutique kami yang terletak di Cheras Selatan berhampiran 1 Amerin Mall. Sila hubungi 014-263 8781 / 011-1036 4227 / 011-1039 4227 untuk membuat temujanji. Butik kami dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari-hari yang kami ada terlibat dalam membuat persiapan untuk Event dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda call dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang.






Promosi Harga Istimewa Murah Majlis Perkahwinan Tahun 2018

Bersempena dengan kehadiran Tahun Baru 2018, kami di Asnita Beauty Creation atau dikenali juga dengan nama syarikat kami yang didaftarkan dengan SSM sebagai IZREKA WEDDING PLANNER ingin memperkenalkan Pakej-Pakej Majlis Perkahwinan dengan harga yang rendah dan berbaloi.



Menyedari hakikat bahawa kos sara hidup yang semakin membebankan lebih-lebih lagi di ibukota Kuala Lumpur ini, kami mengambil penekanan agar biarlah perjalanan majlis sesebuah perkahwinan itu dapat dijayakan dengan bajet yang mengikut kemampuan semasa majoriti masyarakat di negara ini.

Antara Pakej Promosi Harga Murah Perkahwinan yang kami tawarkan untuk tahun 2018
Bagaimana mewah sekalipun kehidupan seseorang itu, pastinya dalam keadaan ekonomi semasa negara yang sangat mencabar sesiapapun perlu berusaha untuk melakukan langkah-langkah penjimatan yang bijak. Justeru sepanjang penglibatan kami dalam 'wedding industry' hampir 5 tahun yang lalu, kami mendapati setiap golongan tidak kira samada di peringkat atasan, pertengahan mahupun yang kurang berada aspek penjimatan dan mengelak dari berlakunya pembaziran sangat-sangat dititikberatkan.


Memahami hakikat tersebut, kami terpanggil untuk mempromosikan Pakej-Pakej Perkahwinan yang tidak akan membebankan anda di kemudian hari dengan belenggu tanggungan hutang-piutang yang berpanjangan..

Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami (whatsapp) di talian: 014-263 8781 / 011-1036 4227 / 011-1039 4227 / 016-761 6170 untuk temujanji.

Monday, October 26, 2015

Kami sebagai Wedding Planner Perkahwinan Sam Bunkface

Lama sungguh tak update blog ni. Sibuk kemain hanya sempat update mana yang sempat di facebook page sahaja. Kepada anda yang mengikuti perkembangan kami di Facebook Page Izreka Wedding Planner atau Asnita Beauty Creations pastinya sudah sedia maklum bahawa kami adalah Wedding Planner bagi Majlis Perkahwinan Sam Bunkface dan pasangannya kenalan kami Aida Azira Hussin.


Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Sam & Aida telah berlangsung pada hari yang sama di Dewan Sapura @ The Mines pada 25 April 2015 yang lalu. Antara perkara pertama dan utama yang pasangan ini minta kami usahakan ialah mencari 'venue' atau dewan yang sesuai untuk melangsungkan kedua-dua upacara pernikahan & persandingan mereka. Ini memandangkan pada ketika mereka bertemu dengan kami, pihak media massa sudahpun dimaklumkan akan ura-ura mereka akan diijabkabulkan dalam masa terdekat. Cuma tarikhnya belum dapat mereka umumkan kerana masih belum menemui 'venue' yang sesuai dan 'available'.

Walaupun telah ada beberapa pihak yang menawarkan kepada mereka untuk menaja venue/dewan tetapi terpaksa mereka tolak atas faktor 'Terms & Conditions' yang kurang sesuai. Justeru, kami telah membawa mereka ke beberapa venue/dewan yang kami fikirkan sesuai dan menepati bajet mereka. Antaranya ialah Dewan di Glenmarie Golf & Country Resort di Shah Alam. Kali pertama mereka di bawa ke tempat itu, hati & perasaan mereka sudah tertawan dan sudah terbayangkan akan keindahan majlis perkahwinan di venue yang hebat itu.

Namun, beberapa hari kemudian pihak kami telah membawa usul dan menyarankan agar majlis perkahwinan mereka diadakan di venue yang lebih dekat dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur. ~~~Tunggu sambungannya ya..hehehe kan dah busy bebeno teman ni ~~

Sunday, December 7, 2014

Promosi Pakej Perkahwinan 2015

Kami sudah mula membuka tempahan untuk Pakej Perkahwinan Tahun 2015. Dapatkan diskaun sebanyak 10% jika anda membuat tempahan sebelum 31 Disember 2014.


Pakej Perkahwinan ini datang lengkap dengan Pelamin, Make-up dan Busana Pengantin Lelaki & Perempuan beserta aksessori pengantin seperti, bunga tangan, payung, alas kaki & tangan, kasut perempuan, veil dan tudung. 


Tiada sebarang kos tersembunyi jika membuat tempahan dengan kami. Semua kos aksessori dan kos pengangkutan (kawasan Lembah Klang) termasuk dalam Pakej ini. Malah Pelamin didatangkan lengkap dengan Arch (Pintu Gerbang), 6 Walkway & Red Carpet.


Bayaran deposit (lock date) sebanyak RM300 diperlukan bagi mendapatkan pakej-pakej yang dimaksudkan (deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan atas apa juga alasan). Anda juga dikehendaki membayar baki 50% bayaran dari jumlah keseluruhan 1 bulan (30 hari) sebelum majlis berlangsung. Sementara bayaran keseluruhan perlu dijelaskan selewat-lewatnya sehari sebelum majlis berlangsung atau ketika kami datang memasang dan menyiapkan dekorasi pelamin anda.


Sementara bagi Pakej yang melibatkan tempahan baru Busana Pengantin, deposit sebanyak RM800 diperlukan semasa membuat tempahan (lock date). Dan tempahan Busana Pengantin yang baru ini perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis (60 hari) atau ssebaik-baiknya 3 bulan (90 hari) sebelum majlis berlangsung.


Hubungi kami (Tel/SMS/Whatsapp/WeChat) di talian 014-263 8781 atau 019-339 4227 untuk temujanji hadir ke butik kami di No. 14, Tingkat Bawah, Block D Serindit, Jalan Meranti, Taman Impian Ehsan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Atau boleh juga membuat temujanji untuk perbincangan awal di lokasi yang anda tentukan.

Sunday, November 30, 2014

Katerer untuk program realiti baru TV3 "AKU IP"



AKU IP atau "Aku Ikon Patriotik" merupakan sebuah rancangan semi-realiti TV terbaru terbitan TV3 yang bersiaran pada setiap hari Jumaat & Sabtu, jam 6 petang bermula 7 November 2014. 



Program yang mendapat kerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) ini memaparkan aktiviti-aktiviti peserta yang diuji dengan aktiviti lasak dan kebudayaan disamping dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.



Menerusi salah satu episod yang diadakan di Plaza Tugu Negara sekitar bulan Ogos 2014 yang lalu, kami di Izreka Caterer & Wedding Planner telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan katerer & perkhidmatan kanopi untuk semua krew penerbitan dan peserta yang terlibat. 



Malah kami juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan untuk tetamu-tetamu VVIP yang terdiri antaranya En. Azhar Borhan, General Manager, Business Development Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan Farisha Pawanteh, Chief Operating Officer di Primeworks Studios Sdn Bhd.



Kami memilih warna-warna bendera kebangsaan iaitu Biru, Merah, Kuning & Putih sebagai dekorasi pada kanopi bagi menyesuaikan dengan konsep atau tema program TV ini.




Sunday, September 28, 2014

Official Caterer untuk program Muzik Muzik 29 Khas Raya

Sebaik berakhirnya cuti raya tempohari, kami diundang sekali lagi oleh pihak Media Prima kali ini tawaran diperolehi dari krew produksi Muzik Muzik 29. Mereka meminta kami menyediakan menu makanan untuk semua krew produksi termasuk selebriti jemputan iaitu Mawi, Hazama, Alyah dan Rem.


Selain menyediakan juadah bertemakan juadah raya, pihak kami turut diminta menyediakan props yang berkaitan iaitu peralatan seperti pinggan mangkuk dan gelas untuk menggambarkan suasana raya atau rumah terbuka untuk program itu.


Rancangan Muzik-Muzik 29 dihoskan oleh AG Hot FM dan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Sabtu jam 5 petang.

 

Official Caterer untuk Program TV Khas Anugerah Syawal 2014

Izreka Wedding Planner juga turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama terlibat dengan program tv khas sempena raya terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd untuk Media Prima. Antara program tv yang membabitkan kami sebagai katerer rasmi ialah Sketsa Raya dan Diva Raya.


Rakaman program SKETSA RAYA bermula 23 June 2014 sehingga 25 Jun 2014 bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sementara program DIVA RAYA dibuat pada 27 Jun 2014 di lokasi yang sama.

Krew Produksi & Selebriti menjamu selera hidangan yang kami sediakan

 Pihak kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah Makan Tengahari, Hi-Tea (Minum Petang) dan Makan Malam untuk semua krew produksi dan artis-artis yang terlibat.

Penerbit rancangan Nina Soraya kelihatan sedang mengambil makanan bersama-sama Sherry Al-Hadad, Nad Zainal & Zulin Aziz
Antara barisan selebriti yang terlibat dalam rancangan Sketsa Raya ialah kesemua finalist Bintang Mencari Bintang, Nad Zainal, Harun Salim Bachik, Zulin Aziz & Sherry Al-Hadad. 


Sementara rancangan Diva Raya menampilkan Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz sebagai pengacara dan turut diundang beberapa selebriti terkenal sebagai artis jemputan iaitu Ieda Moin dan Arjalee.


Pihak kami berbesar hati diundang oleh pihak Media Prima untuk menjadi katerer rasmi program-program khas Seindah Ramadhan Anugerah Syawal ini. Insha'Allah jika diberikan kesempatan, kami akan meneruskan lagi tanggungjawab seperti ini dengan lapang dada. Terima kasih kami ucapkan kepada krew produksi Sketsa Raya & Diva Raya atas kepercayaan ini. 

Ini merupakan kali ke-dua kami berkerjasama dengan krew produksi ini menjayakan program yang mereka terbitkan. Kali pertama ialah program realiti tv Projek Metro beberapa bulan sebelumnya.

Tuesday, September 16, 2014

Promosi Dekorasi Pelamin Harga Kasih Sayang



Alhamdulillah dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kami dengan ini menawarkan harga kasih sayang kepada pengunjung-pengunjung blog kami. Tawaran perkhidmatan dekorasi pelamin dengan harga kasih sayang ini kami offer untuk majlis perkahwinan yang berlangsung sepanjang September hingga Disember 2014 SAHAJA.


Pelamin Tirai Backdrop ini biasanya kami charge kepada para pelanggan kami dengan harga standard RM2,800 tetapi untuk Promosi Luar Biasa Penghujung Tahun.. kami menawarkannya dengan harga HANYA RM1,300 SAHAJA.

Anda hanya perlu membayar Booking Lock Date sebanyak RM500 sahaja (deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan) dan BAKI BAYARAN perlu dijelaskan ketika kerja-kerja pemasangan selesai dijalankan.

Pelamin Tirai Backdrop ini bersaiz selebar maksima 20 kaki dan setinggi 10 kaki dilengkapi dengan:
- Lampu Spot Light & Lampu LED (lighting effect)
- 10 Pasu Bunga beserta Flower Stand
- Kerusi Pengantin (Pilihan 1 unit Kerusi 2 seater ATAU 2 unit Kerusi 1 seater)
- Platform & Karpet
- Alas Kaki, Alas Tangan & Kipas
- Alat Merenjis
- Lain-lain props yang bersesuaian
- Kos Pengangkutan (seluruh Lembah Klang SAHAJA)

Hubungi kami (WeChat/Whatsapp/SMS) ke talian 014-263 8781 untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan. TAWARAN ini kami hanya HADKAN KEPADA 1 PELANGGAN untuk 1 PELAMIN dalam 1 FUNCTION. Bermaksud kami hanya ambil tempahan memasang pelamin ini hanya untuk 1 Pelanggan dalam sehari ~ "First Come First Serve"

Monday, September 8, 2014

Testimoni Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas berlangsung pada 6 September 2014 di dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam. Kesemua urusan majlis perkahwinan mereka ini telah diserahkan bulat-bulat oleh ibubapa mereka iaitu En. Nasruddin & Pn. Saadiah kepada kami 3 bulan sebelum majlis berlangsung. Ini adalah pertama kali pasangan En. Nasruddin & Pn. Saadiah mengadakan majlis kenduri perkahwinan walaupun Shabil adalah merupakan anak ke-4 mereka. Kiranya langkah bendul lah ni.

Tema Warna Majlis menggabungkan 2 warna iaitu Peach & Pink
Kami menerima kerjasama yang baik dari penyelia dewan iaitu En. Zul yang memberi kami kelonggaran seawal pagi Jumaat 5 September untuk memulakan kerja-kerja setup kerusi meja, dekorasi dewan dan dekorasi pelamin. Dewan MBSA Glenmarie ini mempunyai keluasan sebesar 3 gelanggang badminton. Kadar sewanya juga agak berpatutan iaitu di bawah RM500 untuk majlis perkahwinan. Namun begitu dewan ini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin mahupun kipas dinding. Pentas untuk pelamin memiliki kelebaran yang standard dengan mana-mana dewan yang lain tetapi ruang dari dinding ke hujung tebing pentas agak sempit. Ini akan memberikan sedikit cabaran kepada tugasan fotografer untuk mendapatkan angle-angle yang menarik.

Setting Meja VIP, Meja Kek & Meja Makan Beradab
Justeru kami menghadkan penggunaan props pada dekorasi pelamin dan lebih banyak menumpukan pada penggunaan kain & bunga bagi memberikan impak yang menarik pada pelamin selain untuk mengelakkan ruang pentas menjadi terlalu sesak.

Setiap meja kami lengkapkan dengan deco bunga dalam balang kaca kecil
Sepertimana pada setiap Pakej Lengkap Perkahwinan yang kami tawarkan kepada pelanggan, dekorasi dewan amat kami titikberatkan. Ia mampu menaikkan seri majlis dan membuatkan tetamu berasa selesa dan merasakan seolah-olah mereka sedang berada di dalam sebuah grand ballroom hotel. Inilah yang dikatakan Pakej Lengkap yang sederhana bajetnya tetapi diberikan sentuhan gaya ekslusif.

Dewan yang kusam berubah wajah dengan warna-warna ceria
Tuan rumah En. Nasruddin & Pn. Saadiah turut membuat tempahan 3 ekor kambing golek dari kami bagi menjamu tetamu-tetamu mereka seramai kurang lebih 1,000 jemputan.

Dekorasi Meja Buffet
Sentuhan kreatif pada hidangan lauk pengantin
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran selebriti kenalan tuan rumah iaitu MIOR bintang realiti TV Kilauan Emas. Mior dengan sukarela menghiburkan para jemputan dengan mendendangkan beberapa buah lagu bagi menyerikan suasana majlis.

Mior berpadu suara dengan deejay bertugas
Selain Mior, turut kelihatan seorang lagi bintang realiti TV terkenal yang hadir iaitu Fify Azmi (Gadis Melayu2) yang merupakan jiran dan kawan sepermainan kepada anak-anak tuan rumah.

Fify Azmi hadir bersama ibunya
Alhamdulillah, majlis yang kami rancang dan aturkan dari awal hingga akhir ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala penat lelah hilang begitu sahaja apabila menerima penghargaan dari tuan rumah dan tetamu-tetamu yang hadir.

4 VIP Table disediakan untuk meraikan pihak keluarga pengantin perempuan
Sehari selepas majlis En. Nasruddin & Pn Saadiah telah datang ke kediaman kami untuk menyampaikan sendiri penghargaan terima kasih mereka. Malah kami sendiri rasa amat bersyukur ke hadrat Allah malah sangat berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kepercayaan untuk menguruskan majlis ini. En. nasruddin merupakan antara pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kami yang mengenali kami hanya menerusi google search dan internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...