Thursday, August 7, 2014

Mimi & Jett Wedding Reception at Monterez Golf & Country Club

31 Mei 2014 yang lalu telah menyaksikan team Izreka Wedding Planner berjaya mengendalikan Majlis Perkahwinan usahawan online Mimy Beauty Shop iaitu Cik Mimi dan pasangannya Jett. Mimi mengambil Pakej Lengkap Perkahwinan A-Z dari kami dan menempah persalinan nikah & sanding yang direka khusus untuk mereka.


Alhamdulillah Majlis Persandingan yang diadakan di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam ini berlangsung sepertimana yang kami rancangkan. Dewan dan lobi Monterez Golf Club di bahagian tingkat atas dan bawah ini mampu menampung sekitar kurang lebih 350 orang tetamu dalam satu masa.


Mimi yang merupakan seorang usahawan online hanya mengenali kami menerusi internet. Beliau kelihatan begitu anggun mengenakan busana pengantin yang ditempah khas untuk perkahwinannya ini.


Majlis Perkahwinan mereka yang unik ini telah mempertemukan dua budaya dan bangsa dalam satu majlis. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga berdarah campuran Baba & Nyonya di sebelah ibunya yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah di Bandar Baru Sri Petaling. Manakalanya bapanya pula merupakan seorang pegawai atasan di salah sebuah jabatan kerajaan.


Pasangan mempelai memilih tema warna perkahwinan Gold & Peach bagi menghidupkan susana majlis perkahwinan mereka. Justeru, pihak kami memilih penggunaan warna-warna yang selamat untuk dekorasi pelamin mereka bagi disesuaikan dengan warna-warna keemasan yang menghiasi keseluruhan meja dan kerusi tetamu.


Pihak kami turut menyediakan dekorasi Candy Buffet Station yang diminta oleh kedua mempelai. Pihak keluarga pengantin turut membuat pesanan tambahan 2 ekor kambing golek bagi menjamu dan meraikan tetamu-tetamu mereka.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga kedua belah pihak pengantin Lelaki & Perempuan atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Kami juga mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan Monterez Golf & Country Club yang banyak memberikan kerjasama dan kelonggaran waktu dalam membantu kami membuat persiapan yang secukupnya.



Friday, May 23, 2014

Pakej Lengkap Istimewa Majlis Perkahwinan 2014




Buat julung-julung kalinya, kami menawarkan Pakej Lengkap Istimewa Perkahwinan untuk majlis sepanjang 2014. Pakej ini kami perkenalkan kerana sering menerima permintaan atau pertanyaan dari 'Potential Customer' yang memerlukan Katering untuk majlis perkahwinan yang dibuat secara kecil-kecilan atau sederhana.

Kebanyakan syarikat katering besar yang beroperasi di sekitar Lembah Klang, jarang yang mahu menerima tempahan katering untuk jumlah tetamu di bawah 800 pax. Ini disebabkan kos operasi untuk menyediakan makanan sebanyak 500 pax adalah tidak banyak berbeza dengan kos penyediaan makanan untuk 1,000 pax. Masa operasi yang sama, penat yang sama, kos pengangkutan yang sama. Cumanya bahan mentah sahaja yang kurang.

Menyedari hal itu ditambah dengan keprihatinan kami dengan permintaan pasaran. Justeru, kami dengan ini memperkenalkan Pakej Lengkap Istimewa ini. Walaubagaimanapun, buat permulaan Pakej Lengkap Istimewa ini hanya kami tawarkan untuk 10 orang Pelanggan Pertama yang membuat tempahan bagi Majlis Perkahwinan yang dibuat sepanjang tahun 2014. Namun, jika permintaan yang diterima menggalakkan, kami akan meneruskan Tawaran Istimewa ini untuk tempoh yang lebih panjang.

Hubungi kami di talian: 014-263 8781 (Zulfikar) atau 019-339 4227 (Asnita) untuk urusan tempahan dan sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Untuk lain-lain Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan anda boleh lihat DI SINI.


Tuesday, April 22, 2014

Cara Menentukan Jumlah Tetamu Majlis Perkahwinan Anda

Kami terpanggil untuk membicarakan hal ini kerana ianya adalah perkara paling-paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika makanan di pesan menggunakan perkhidmatan katering. Malah selama kami menjalankan perniagaan yang membabitkan Pakej Lengkap Perkahwinan yang turut merangkumi penyediaan makanan untuk tetamu, telah dua hingga tiga kes makanan tidak cukup telah kami tempuhi. Apabila perkara sebegini terjadi, bukan tuan rumah yang akan dipersalahkan sebaliknya pihak katering yang akan dituduh sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab menyediakan makanan seperti jumlah yang telah dipesan. Ini pastinya akan membuatkan reputasi sesebuah syarikat katering akan jatuh dan tercalar teruk.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan yang kami temui baik yang mengambil perkhidmatan kami atau hanya datang bertemu untuk menanyakan harga pakej, rata-rata mereka sebenarnya tidak berpengalaman membuat majlis perkahwinan. Kalau adapun yang pernah berpengalaman membuat majlis perkahwinan tetapi masih tidak begitu arif atau membuat formula pengiraan sendiri sekaligus menidakkan formula pengiraan yang telah digunapakai oleh majoriti penyedia perkhidmatan katering sejak sekian lama.

Lebih memburukkan keadaan, mereka lebih cenderung untuk menggunapakai nasihat-nasihat dari kawan-kawan, jiran tetangga atau saudara-mara. Tambah membahayakan apabila mereka menggunakan formula 'agak-agak' atau 'rasa-rasa'. Sebagai contoh: "Agak-agak abanglah kan.. tak ramai jemputan kitaorang yang nak datang nanti..maklumlah kami buat kat rumah je..bukan kat dewan..bukan kat hotel" atau begini pun ada bunyinya "Akak rasa-rasakan lah Zul kan...kawan-kawan akak kan.. dan kawan-kawan suami akak nanti kan.. semua datang berdua je Zul..takdenya diorang nak bawak anak-anak.. kanz?".

Jadilah kan... kalau makanan tak cukup nanti..saya jugalah kan nak berlari ke kedai mamak beli makanan. Saya jugalah nanti tanggung malu tetamu-tetamu abang dan akak tuduh saya katering kaki kencing... Adess..x boleh kak... sia-sia je saya decor pelamin cantik bertingkek-tingkek... sia-sia je saya hias meja kanopi bagai selubung ngan kain sepuluh kaler langit... kalau makanan tak cukup...orang dah tak pandang dah segala decor yang merelit bagai nak rak tu.. Jadi saya bentangkan lagi buat kali ke sepuluh ratusnya formula sebenar buat tatapan akak dan abang (dengan harapan agar selepas abes majlis nanti..kenanglah daku dalam tangisan ceria atau tangisan hibamu)


INGAT! Ini semata-mata pengiraan menerusi JUMLAH KAD JEMPUTAN yang diedarkan. Tidak termasuk:
1) Jemputan Mulut
2) Jemputan menerusi Facebook
3) Jemputan menerusi group Whatsapp

ADA LAGI FAKTOR-FAKTOR yang penting mempengaruhi kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan anda seperti:-

1) Pengaruh Ibubapa / Pengaruh Anda terhadap masyarakat (Populariti di kalangan masyarakat setempat)
2) Ketokohan Ibubapa / Ketokohan Anda (Ada pegang jawatan tinggi di jabatan/kementerian, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan/persatuan)
3) Majlis Perkahwinan kali yang pertama atau anak yang terakhir dibuat (Peratus ketidakhadiran sangat rendah)
4) Venue Majlis diadakan (Kalau hotel atau kelab - peratusan hadir tinggi)
4) Musim (musim cuti sekolah, musim hujan, musim raya)

Semoga perkongsian info ini dapat dijadikan panduan yang sebaik-baiknya buat anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...