Ini adalah antara 2 pilihan Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan yang agak popular yang pernah kami tawarkan yang menjadi pilihan para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan kami. Sebenarnya Pakej-pakej ini tidak banyak berbeza dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh para pengusaha katering atau Wedding Planner di luar sana. Kalau anda bakal Raja Sehari yang gemar membuat tinjauan dan perbandingan harga dan mengkaji dengan teliti, pastinya dapat melihat di mana MURAHnya mereka dan di mana MAHALnya kami atau di mana MAHALnya kami dan dimana MURAHnya mereka. Pakej Lengkap ni mana-mana pun sama je lebih kurang sebenarnya. Sorong sana sikit - Mahal sikit jadinya... Tarik sini sikit - Murahlah sikit jadinya
Pakej Perkahwinan All in One ~ Pesona Cinta |
Apa yang menariknya tentang Pakej Pesona Cinta ini?
Kalau dah nama Pakej Lengkap tu bermaksud, kamilah yang bertanggungjawab menyelaras dan menyediakan semua kelengkapan dan keperluan Majlis Perkahwinan anda dari A hingga Z. Dari kelengkapan kerusi/meja, sarung kerusi, dekorasi pelamin, dekorasi dewan, khidmat fotografer, busana pengantin, menu katering dan sebagainya semua kami yang uruskan.
Yang bezanya tentang kami ialah kami bukan sahaja menyelaraskan semuanya dari beberapa bulan sebelum majlis tetapi kami juga yang menyelaraskannya sepanjang majlis berlangsung. Kami hanya ambil 1 majlis untuk 1 hari. Kami hanya fokus 1 pelanggan dalam 1 masa. Kami bukan jenis yang dapat job then terus passing / sub sana sini lepas tu goyang kaki ambil komisyen.
Satu lagi yang membezakan kami ialah, keupayaan kami menyediakan semua kelengkapan Pelamin dan keperluan dekorasi Majlis Perkahwinan anda tanpa perlu membabitkan pihak ketiga. Ini adalah kerana kami memiliki kesemua kelengkapan tersebut tanpa perlu menyewa dari pihak ketiga.
Malah Chef / Tukang Masak yang kami pilih juga adalah dari kalangan yang telah kami kenalpasti kehebatan citarasa dan aroma masakannya. Tapi itu kita boleh cerita kemudian. Dah rasa baru boleh komen kan.
Pakej Lengkap Mahligai Kasih ni apa pula?
Sebenarnya kami lebih selesa memberikan pelanggan-pelanggan kami memilih sendiri perkhidmatan yang mereka perlukan. Sebenarnya Pakej Pesona Cinta tadi lebih kepada 1 Day Event iaitu Majlis Nikah, Sanding dibuat dalam hari yang sama. Sementara Pakej Mahligai Kasih ini pula merupakan 2 Day Event iaitu majlis Nikah dan Sanding dibuat pada hari yang berbeza. Dan kami tambah pula beberapa kelengkapan atau perkhidmatan tambahan. Kalau anda fikirkan tak memerlukan mana-mana perkhidmatan itu, maka kami boleh reduce kan harganya. Thats why dari awal lagi tadi kami dah bagitau Pakej Lengkap ni yang benonya sama je ambil kat mana-mana pun. Tolak ni sket, murahlah jadinya. Tambah ni sket, mahal le jadinya.
Tapi yang penting dalam sesuatu majlis perkahwinan pastinya tentang Menu Katering & Dekorasinya. Makanan mesti nak sedap, kalau murah tapi tak sedap pun masalah juga. So, kami tawarkan masakan yang sedap dengan harga yang very reasonable.
Dekorasi pula kalau nak cantik meletop sangat-sangatpun rasa membazir pula. Tapi kalau mampu apa salahnya, untuk keselesaan tetamu anda juga. Kang diorang dok makan sedap-sedap tapi dok rasa macam makan kat warung kat Chow Kit jer, kesian gak kan. Kita bagilah dewan atau kanopi tu sentuhan dekorasi sket. Cumanya kami taklah present dekorasi yang asal siap. Not recommended lah kan. Kami pun nak jaga bisnes kami. Kang kalo ada tetamu-tetamu yang puji masakan sedap, dekor cantik.. Sapa yang kembang pungkoq...kami lah kan... Cer cari kat youtube testimoni para pelanggan kami. Search Zul Izreka. Tu yang puji lelebih tu bukan pasaipa...dapat diskaun banyak ler tu kot...kanz!

No comments:
Post a Comment