Baru-baru ini kami ditawarkan oleh Ketua Editor Portal Hiburan Popular tanahair "OhBulan" iaitu saudara Riz dan El untuk memuatkan artikel Tutorial Make-Up dalam segmen Trendsetter mereka. Sehubungan itu satu sessi photo shoot diaturkan dengan saudara Adhadi Mohd selaku pemilik studio dan beberapa Talent (Model) yang diundang.
Talent: Shinie Shariff |
Saudara Riz & El meminta kami berkongsi rahsia teknik make-up smokey eyes untuk tatapan pengunjung laman portal hiburan mereka itu. Talent Shine Sharif & Suhaila Abu Bakar telah terpilih untuk menjayakan usahama tersebut. Kami turut mengundang rakan artis Karl Shafek yang sememangnya sudah lama ingin mengikuti aktiviti-aktiviti photo shoot sebegini sebagai ruang untuk beliau menambah portfolio dalam kerjaya seninya.
Karl Shafek bersama Shinie Shariff |
Anda boleh melihat artikel tutorial mekap ini dalam segmen Trendsetter OhBulan yang sudahpun diterbitkan. Harap perkongsian tutorial make-up teknik smokey eyes ini dapat membantu anda dalam membentuk penampilan yang lebih bergaya. Insya'Allah di masa akan datang, kami juga akan cuba berkongsi beberapa lagi tips mekap dan kecantikan di dalam blog ini pula.
Photo Credit to: Adhadi Mohd & RekaPICTURES