Pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 sekali lagi satu majlis perkahwinan kami kendalikan di Monterez Golf Club, Shah Alam. Kali ini untuk pasangan Rin & Wan. Kerja-kerja setting mula dijalankan pada petang hari Jumaat lagi. Kedua pasangan mempelai ini memilih untuk menggunakan bunga-bunga segar (fresh flower) sebagai hiasan pada Meja Hidangan, Pelamin, Walkway dan warna biru turqoise dipilih sebagai warna tema perkahwinan mereka.
Majlis Perkahwinan Rin & Wan ini menggunakan dewan yang terletak di tingkat atas Monterez Golf Club. Di tingkat atas ini merupakan dewan yang berhawa dingin dan mempunyai pemandangan (view) padang golf yang cantik untuk santapan mata para tetamu.
Sewa dewan di tingkat atas Monterez Golf Club ini sebenarnya berbeza dengan sewa di tingkat bawah. Untuk pengunaan dewan di tingkat atas sewa sebanyak RM1,800 dikenakan termasuk kerusi, meja & pentas. sementara di tingkat bawah kadar sewanya sekitar RM1,500.
Hiasan Main Table yang terletak di luar dewan di tingkat atas yang menyajikan pemandangan yang mempesonakan dan udara segar sepoi-sepoi bahasa.. cewah!
Setelah selesai membuat setting meja tetamu dan hiasan meja utama, kini tiba masanya untuk menyiapkan rekabentuk dan hiasan pelamin yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kami di Asnita Beauty Creation untuk menyiapkannya.
Akhirnya, sekitar jam 3 pagi semua kerja-kerja setting hiasan, meja, dewan, pelamin dan sebagainya berjaya diselesaikan.. Yer lah bila ambil peranan sebagai wedding planner ni, sudah tentu kami mengambil alih peranan sebagai tuan rumah bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan majlis dapat dianjurkan dengan sempurna dan lancar. Memang penat gilerrr.. Kalau perkhidmatan sebegini dengan harga below RM20k pun orang kata mahal jugak.. tak tahulah nak kata apa lagi.. baik tak payah buat kenduri kahwin.. nikah..salam tok imam dah balik tidur... hehehe.. jangan marah..
|
Majlis Selesai Sudaaa... |
Tapi itulah hakikatnya sekarang, masyarakat sekarang di luar sana hanya kira kos perbelanjaan yang dikeluarkan.. Kos perkhidmatan kami yang bekerja menyiap dan menyempurnakan majlis tersebut bagai diabaikan begitu sahaja.. Klo bab masak..depa dok kira barang-barang nak masak jerr.. abis.. gaji tukang masak..tak payah bayar... Pinggan Mangkuk kami dapat free? Hurrmm.. susahnya nak meniaga di zaman sekarang ni... Semua hanya ambil jalan mudah.. Nak Sedap.. Nak Cantik.. Nak Happenings tapi Nak Murah... Tapi ini sekadar luahan hati penulis sahaja. Tidak ada kena-mengena dengan pasangan Rin & Wan ini.. hanya sekadar meluahkan apa yang sedang berleluasa berlaku sekarang..
|
Sessi Outdoor Shooting Bermula |
Bab-bab nak cantik nak murah ni memang takkan abis kalau nak diperdebatkan... hehehe.. Oklah.. kat entry ini kami tak dapat memaparkan gambar-gambar sekitar persandingan Rin & Wan kerana pada hari berlangsungnya majlis.. kami hanya dapat meluangkan masa sampai ke Monterez Club pada jam 4 ptg. Insya'Allah akan dikongsikan setelah kami menerima cd gambar2 dari rakan niaga yang bertugas pada hari tersebut.
Untuk makluman, pada majlis perkahwinan Rin & Win ini kami tidak terlibat dalam menyediakan perkhidmatan Andaman & Photographer kerana kedua-dua perkhidmatan tersebut telah terlebih dahulu mereka perolehi sebelum bertemu kami. So, no komenlah.. cuma aku sedikit terkilan dgn sessi outdoor photography mereka.. dgn pemandangan padang golf yang cantik dan saujana mata memandang ini, hanya 15 minit masa mereka luangkan untuk shoot di atas padang... Err takpelah aku pun bukan arif sangat pesal photography ni.. Tapi dengan melihat arahan2 pose mrk kepada pengantin aku dah dapat agak apa hasilnya nanti.. Wallahualam!