Monday, March 28, 2011

Moon HotFM & Nita (Malaysian Idol) bikin Surprised on Karl Shafek Birthday

Rakaman Hip TV Episod ke-13 telah berjaya disempurnakan pada hari isnin, 28 Mac yang lalu di Sri Pentas.  Dari peringkat awal, suasana di aras 1, Sri Pentas, lokasi biasa rakaman Hip TV dijalankan segala-galanya berlangsung dalam suasana seperti kebiasaannya. Karl Shafek dari awal lagi dah inform kepada kami bahawa hari tersebut adalah hari ulangtahunnya ke-31 dan beliau turut memaklumkan shooting progam 3 Hari 2 Malam, satu lagi program TV9 yg dihoskannya baru sahaja selesai menjalani rakaman episod akhir yang ke-13.
Takde hadiah ke untuk birthday saya kak As?
Dan rakaman Hip TV yang dijalankan pada malam tersebut juga merupakan episode ke-13.. Hurmm secara kebetulan angka 1 dan 3 bermain-main di kepalanya.. mungkin petanda untuknya menamatkan zaman bujang.. hahaha.. Engku Azmin (Penerbit Hip TV) pula berseloroh kepadanya bahawa rakaman pada malam itu juga merupakan episod terakhir Hip TV. Betul ke? Hehehe udah macam skrip Hip TV pulak yer..

Hensem tak saya kak?
Tunggu jap Derr.. cameraman nak berasap dulu
Mr. Producer mai dah..
Pemandangan yang takkan kelihatan di kaca TV..
Kami mula menyedari krew-krew penerbitan Hip TV seperti sedang merancang satu kejutan buat Karl Shafek ketika rakaman hampir selesai. Memang kami juga tidak diberitahu tentang kejutan yang bakal dilakukan itu. Seorang demi seorang selebriti muncul ketika rakaman sedang dijalankan. Bermula dengan Hafidz dan Moon Hot FM.

Hafidz dan Moon Hot FM 'cover' bahagian depan
 Tok Dalangnya ialah Nita (Malaysian Idol) dan Moon (Hot FM) yang juga merupakan kenalan rapat Karl Shafek. Errr ke ada apa-apa di antara mereka? Tuuttt.. haha tu gossip lain lah kot.. Turut terlibat menjadi dalangnya ialah Hafidz dan Azmin sendiri..

Karl diserbu dari arah belakang sebaik rakaman selesai dijalankan
 Sebaik selesai rakaman dijalankan, mereka terus menyerbu mendapatkan Karl dan  yup SURRPRISSEDD! Happy 31st Birthday to Karl Shafek. Sungguh terharu Karl pada malam itu menerima kejutan yang di luar jangkaannya. Riak wajahnya jelas menunjukkan kegembiraan.. Apapun kami di Asnita Beauty Creation mendoakan agar kerjaya Karl di bidang seni ini mampu bertahan dan terus sukses..





'Gadis Pulau' - panggilan Karl Shafek untuk Nita






Asnita bergambar dengan Nita.. Sorry Nita! Akak & abang mmg x cam muka u.. hehehe
Moon pun kami x kenal pada mulanya.. yerlah selalu dengar suara jer..
 Ribuan terima kasih kepada Engku Azmin yang memberikan ‘priority’ kepada kami untuk berkongsi  detik-detik kegembiraan tersebut.. juga tidak lupa buat team leader De NShima Make-Up Team - Nazhatul Shima yang memberi lampu hijau untuk kami meneruskan tugasan mekap program Hip TV yang sudah berlanjutan sejak episod ke 4 hinggalah sekarang.

2 comments:

  1. nita mmg gelap ke? ingtkan cerah..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. selalu berjemur kat Pulau.. tu yg gelap sket skin dia tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...