Saturday, April 16, 2011

Gambar Mini Pelamin dan Pertunangan Nurul AF2


Bagi anda yang menjadi pengikut setia progam terbitan ASTRO, Akademi Fantasia mungkin masih ingat dengan Nurul AF2 penyanyi yang dimaksudkan ini. Nurul merupakan peserta AF musim ke-2 atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29 bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching. Mereka telahpun selamat ditunangkan pada 4 Februari 2011 yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Nurul (AF2) kerana bertemu jodoh dengan pasangan yang sepadan  kerana Nurul sendiri pun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah. Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.


Nurul akan mengenakan pakaian rekaan Fitri AF2 untuk upacara akad nikah dengan tema warna krim dan pada sebelah malamnya pula akan mengenakan pakaian tradisional Sarawak untuk acara ‘belulut’ (berinai). Bagi majlis resepsi kedua-dua belah pihak, mereka akan menggayakan sepasang baju pengantin moden.

Menurut Nurul, setakat ini mereka belum memikirkan tentang percutian bulan madu tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dia dan suaminya akan bertolak ke New Zealand untuk menemani suaminya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.

sumber: mStarOnline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...