Sebaik selesai kerja-kerja setting di Dewan FRU, Cheras.. kami bergegas ke Ara Damansara untuk memasang Pelamin Backdrop Majlis Persandingan Asri & Syakira yang juga bakal berlangsung keesokan harinya (1 Mei 2011).
Ini merupakan
'first job' yang kami perolehi dari website
SetelKahwin (dot) com menerusi kategori
Kahwin Ikut Bajet Aku (KIBA). Asri (Pengantin Lelaki) yang diwakili oleh anak-anak saudaranya meletakkan harga
RM700 untuk mendapatkan khidmat Sewa baju Pengantin, 1x sessi mekap dan Backdrop Pelamin yang simple. Job ini telah di confirmkan sejak bulan Mac lagi. Ketika itu, dengan kadar harga yang diminta, pihak kami hanya bersetuju menawarkan perkhidmatan 1x sessi Mekap, Sepasang Baju Bersanding (L & P) serta Backdrop Pelamin tanpa 'kerusi dan pentas'.
Namun dari masa ke semasa, kami di Asnita Beauty Creation sentiasa 'keep in touch' dengan Asri untuk memberikan hasil yang terbaik untuk Majlis Persandingannya nanti. Setelah dinasihati, Asri akhirnya bersetuju untuk 'top up' sedikit lagi wang untuk mendapatkan Pelamin yang lebih sempurna sifatnya.
Bagi kami biarlah detik-detik indah perkahwinan Asri dapat dirakamkan dalam keadaan yang lebih sempurna. Biarlah ianya tampak kelihatan simple tetapi dengan sedikit sentuhan kreativiti kurniaan Illahi, Insya'Allah ianya mampu kelihatan ekslusif pada pandangan umum.
Perkara sebegini sering kami tekankan pada pelanggan, Walau bagaimana simple pun Pelamin atau majlis yang mereka inginkan... Hakikatnya mata yang memandang tidak mampu menilai jumlah yang anda bayar untuk perkhidmatan kami. Mereka hanya pandai menilai kecacatan yang ada... mereka rajin menjadi juri pertandingan. Akhirnya servis kami bakal diperlekehkan.
Teima kasih buat Asri dan keluarganya yang begitu memahami hakikat ini.. Yang paling penting kepada kami ialah kepuasan dapat diberikan kepada mereka dan kami ikhlas dengan perkhidmatan yang diberikan.