Tuesday, March 15, 2011

Make-Up Pertunangan Azian (Pandan Jaya)

Setelah menyiapkan Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Azian, kini sampailah masanya untuk memulakan kerja-kerja make-up pulak. Azian dan ibunya request supaya make-up pertunangannya ini tidak mahu kelihatan over.. just nak nampak natural2 jer.. Kita layan gambar2 ni ok!

Berseri-seri nampak? Dapat orang jauh ler katakan..
Azian bergambar bersama ibu bapanya
Majlis Pertunangan Azian berlangsung pada hari Ahad, 13 Mac 2011. Semoga ikatan pertunangan ini akan membawa berkat dan dirahmati Allah SWT sekaligus membawa kepada ikatan perkahwinan yang sah dan kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah diucapkan!

Mini Pelamin yang simple-simple

Hehehe.. dialog "Saya nak mini pelamin atau pelamin yang simple-simple je" ni dah biasa sangat dengar dah... Untuk entry kali ni.. nak cerita pesal proses memasang mini pelamin untuk Majlis Pertunangan Azian di Pandan Jaya yang berlangsung pada hari Ahad, 13 Mac 2011 yang lalu.

Sebaik selesai majlis perkahwinan Eza & Rizal di Monterez Club, kami bergegas pula menuju ke Pandan Jaya bagi menyelesaikan satu lagi tugasan pada hari itu iaitu memasang Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Azian. Rumah Azian yang terletak di tingkat 4.. amat-amat mencabar kewibaan kami mendaki tangga.. hehe

Beginilah lebih kurang rupanya Mini Pelamin yang disiapkan pada malam tersebut.. Tetapi oleh kerana tuan penasihat dan koordinator Asnita Beauty Creation (My Hubby lerr tu) belum berpuas hati dengan hasilnya.. Maka keesokannya sebelum memulakan kerja-kerja make-up.. sekali lagi kami modified Mini Pelamin ini hinggalah jadi begini :


Sekitar Perkahwinan Eza & Rizal @ Monterez Club

Ini entry yang ke-3 buat hari ni... sememangnya schedule kami amat padat pada hari-hari pertama cuti persekolahan bermula. Sebaik selesai tugasan make-up yang diberikan oleh De NShima Make-Up Team untuk rancangan Hip TV Episod ke-11 dan ke-12 di Sri Pentas.. kami diberikan 'green light' oleh Hafidz untuk pulang.. So, tak payahlah tunggu diorang shoot sampai abis.. Apalagi, kami terus bergegas menuju ke Majlis Persandingan Eza & Rizal yang sedang berlangsung di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.

Sesampai kami di sana, pasangan mempelai sedang 'Makan Beradap'.. Alhamdulillah menurut teamwork kami (Delima Catering & Wanted Photography) yang sudah sampai dari awal pagi, majlis berjalan dengan teratur dan lancar. Tahniah buat semua yang menjayakannya!

Untung Pengantin.. Boss katering sendiri yang 'serve'
"Awat ramai sangat photographer wedding kita ni darling?"
Azam Yahya from Mr Photographer sedang 'beraksi'
Pada majlis tersebut, pasangan mempelai menggunakan khidmat Azam Yahya dari Mr Photographer yang bertindak sebagai official photographer majlis perkahwinan mereka. Sementara Delima Catering & Wedding Planner turut menggunakan official photographer (Wanted Photography) untuk shoot gambar-gambar portfolio syarikat. Sebenarnya kedua-dua photographer saling kenal mengenali antara satu sama lain.. so, tak jadi masalah untuk mereka berkerjasama dalam satu majlis. Kijer kawe pulok ari tu..shoot gambo2 photographer buat kijer.. hahaha

Boss Delima Catering & Wedding Planner dan Wanted Photography
Kids dari Wanted Photography
mak aii.. boss pun nak jadik photographer gak
Udah macam press conference
Chef pun nak glamer jugaaa
Topi cheff yang mahal tuu..
"Mana angle lagi kita nak shoot ni yer?"
Nasib baik jugalah Official Photographer yang dipilih pihak Pengantin sama handal dan sama kacak dengan Official Photographer Wedding Planner.. hehehe..

Pengantin pun x sangka begini punya ramai photographer datang shoot
Inilah barisan staff Delima Catering & Event yang diimport dari INTEKMA
"Abang ni dok shoot gambar pengantin ke shoot gambar aku?"
Pengantin bergambar bersama barisan Perancang Majlis
Seronok kemain korang yerr.. dah2 gi basuk periuk belanga..
Kids dengan peralatan 'perang' nya
Majlis selesai sudaaa.. ujan pun dah turun... jom borak2 for our next event
Gambar-gambar yang diambil oleh Kids dari Wanted Photography akan disiarkan dalam website dan FB fanpage Delima Catering & Wedding Planner.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...