Monday, January 2, 2012

Make-Up Nikah & Sanding NurAzwa & Kamrul

Pada 20 November 2011 yang lalu telah berlangsung upacara akad nikah dan persandingan antara pasangan mempelai Nur Azwa binti Othman & Kamrul di rumah pengantin perempuan di Setapak. Nur Azwa telah memberi kepercayaan kepada Asnita Beauty Creation untuk menguruskan persediaan perkahwinan beliau dengan mengambil Pakej Perkahwinan termasuk make-up, busana pengantin, pelamin, kanopi dan setting meja makan beradap dan setting meja VIP.

Make-Up Nikah makeover by Asnita Manshor
 Azwa telah memilih busana dari koleksi baju pengantin Asnita Beauty creation berwarna off white untuk majlis pernikahannya dan baju berwarna biru turqoise untuk majlis persandingannya pula.

Make-Up Nikah makeover by Asnita Manshor

Perkahwinan Azwa diserikan dengan kehadiran Penerbit Filem Raja Azmi


Make-Up Perkahwinan Abby Amran & Amir Aizat

Terlebih dahulu kami di Asnita Beauty Creation mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012.. Sudah agak lama tidak berkesempatan untuk update blog ini kerana sibuk dengan tugas-tugas seharian dan sementelah lagi pada musim-musim cuti sekolah yang baru berakhir ini kami menerima banyak tempahan sama direct atau indirect.

Make-Up Pernikahan Abby Amran & Amir Aizat
Justeru sebelum kami membuka tirai 2012 dengan perkembangan-perkembangan yang terbaru.. kami terlebih dahulu akan update dengan beberapa posting yang sebenarnya sudah agak basi.. hehehe.. tidak mengapalah ya.. layankan dulu.. Kami mulakan dengan posting mengenai Make-Up Pernikahan dan Persandingan Amir Aizat & Abby Amran yang berlangsung di Sentul dan Dewan Komuniti Gombak pada 7 November 2011 yang lalu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...