Hurmmm... syok juga yer bergossip ni... Malam ni kita bergossip sakan lah nampak gayanya.. Terbaca dalam blog Cerita Syok yang memaparkan berita tentang pelakon Dira Abu Zahar yang bakal menggantikan Fara Fauzana sebagai pengacara Melodi. Ishh! Dira mana ni? ala pelakon yang selalu berlakon seksi-seksi tu.. Tapi betul ke? Sama-samalah kita tunggukan jawapannya dari pihak penerbit Melodi nanti ya... Tungguuu..
Friday, February 18, 2011
Gambar Pernikahan Farish Aziz & Zahrah Fowzi
Semalam ketika memandu terdengar celoteh deejay radio Era mengumumkan tentang pernikahan pelakon Farish Aziz (pelakon 'Ponti Anak Remaja') dengan tunangannya Zahrah Fowzi (peguam). Dari ikatan cinta yang bertaut sejak zaman persekolahan 14 tahun yang lalu hinggalah kepada tersimpulnya ikatan pertunangan pada September 2010 dan semalam (18 Februari 2011) termetrilah ikatan suami-isteri buat kedua-dua pasangan yang sama cantik dan sama padan ini. Gambar-gambar pernikahan mereka ini diambil dari web zon artis. Tahniah buat mereka.
cantik kan? dekorasi pelamin ini...
Pasangan pengantin memakai pakaian yang kelihatan simple tapi menawan. Siapa tailornya ya? Mungkin Mat Kepoh ada jawapannya (lihat pic bawah)
Sedikit petikan dari blog cerita syok.. Layaannn.. (hehehe.. udah macam wartawan Melodi lak)
“Alhamdulillahlah segala persiapan dibuat seperti yang dirancang dan kami akan mengadakan majlis resepsi pada 19 Februari depan berkonsepkan dalam taman,”
“Bagaimanapun, selepas kahwin, kami terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu kerana Zahrah masih bekerja di sebuah syarikat guaman di Sabah. Saya harap kami boleh menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri,”
Subscribe to:
Posts (Atom)