Thursday, April 14, 2011

Gambar Sambutan Majlis Harijadi Zizan (Raja Lawak)

HAPPY BIRTHDAY ZIZAN!
Hari ini 15 April 2011 merupakan harijadi Zizan (Raja Lawak) yang ke-27 dan semalam  (14 April 2011) bertempat di Red Box Garden, Midvalley telah berlangsung majlis sambutan yang dianjurkan oleh Zizan Fan Club & Jozan Fan Club.

Dengo citer ramai gak rakan-rakan artis yang hadir meraikan ulangtahun kelahiran Zizan. Malah Zizan juga telah memberi peluang kepada 20 orang peminatnya yang bertuah untuk turut serta meraikan birthdaynya itu. Peminat-peminat tersebut merupakan antara mereka yang telah berjaya menyahut cabaran JOMCHAT bersama Zizan dan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.

Linda Onn antara rakan artis yang hadir
Malam ini juga akan berlangsung Konsert Minggu Ke-3 Maharaja Lawak yang akan disiarkan secara langsung dari FINAS  di Astro WARNA. Seperti biasa De NShima Make-Up Team merupakan salah satu kumpulan Make-Up Artis yang terlibat dalam menaja make-up untuk rancangan Mahara Lawak ini. Tetapi malam ini Kak As tidak dapat turut serta dengan member-member yang lain kerana Kak As perlu cover satu lagi program TV yang mendapat tajaan make-up dari group De NShima Make-Up Team iaitu Hip TV - (TV9).

Natasya yang meletops!
Lebih banyak gambar-gambar sekitar sambutan harijadi Zizan ini dapat anda lihat di facebook PARADIGMASTUDIO. Sila 'LIKE' fanpage Paradigmastudio. Terima kasih kerana memberikan kami kebenaran untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut.


Zizan Fan Club

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...