Majlis Perkahwinan Nizam & Nisah berlangsung pada 13 Oktober 2013 di kediaman mereka di Taman Bukit Teratai, Cheras, Kuala Lumpur. Nizam merupakan adik lelaki kepada ex-officemate Pn. Asnita Manshor semasa beliau bertugas di firma guaman Iqbal Hakim, Sia & Voo di Pandan Indah.
Apa yang lebih menarik tentang majlis perkahwinan ini kepada kami ialah kira-kira seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung, barulah kami dapat menghidu maklumat terbaru bahawa pengantin perempuan rupa-rupanya ada hubungan persaudaraan (sepupu) dengan Pengurus Bahagian Pengaturcaraan Majlis kami iaitu En Zulfikar di mana arwah bapa pengantin perempuan merupakan abang ipar kepada ibu saudara En. Zul yang menetap di Kg. Cheras Baru. Kecilnya dunia kan, janggal pun ada rasanya.
Majlis Perkahwinan yang memperuntukkan jamuan makanan untuk 1,000 orang tetamu ini alhamdulillah berjalan lancar dari awal hingga ke akhir majlis. Setiap apa yang kami rancangkan untuk majlis ini Alhamdulillah berjalan seperti yang dikehendaki.
Dekorasi Meja Makan Beradab |
Kedua mempelai memilih Warna Tema Perkahwinan Biru & Pink bagi menaikkan seri suasana Majlis Perkahwinan mereka. Warna Tema ini sungguhpun agak sudah menjadi kebiasaan untuk dijadikan pilihan di majlis-majlis perkahwinan tetapi pihak kami perlu teliti dalam pemilihan warna dan gaya dekorasi dengan pilihan dan susunatur yang mampu membuatkan suasana majlis tidak seperti yang biasa-biasa dilihat.
Justeru kami tidak perlu terkongkong dengan pemilihan warna tema tersebut bagi membangkitkan mood yang lebih ceria. Seperti kebiasaan, kami memilih gaya berkarya yang bebas dalam kerja-kerja mendekorasi meja makan beradab dan meja vip asalkan tidak terlalu jauh menyimpang dari tema yang telah ditentukan.
Pihak kami telah menyediakan sebanyak 7 buah kanopi untuk menampung jumlah tetamu mereka. Sebuah Kanopi penyediaan makanan juga turut disediakan kerana seperti biasa pihak kami lebih selesa memasak di lokasi majlis bagi memastikan kualiti masakan kami sentiasa segar dan panas ketika dihidangkan.
Penggunaan Napkin yang garang warnanya bagi membangkitkan mood atau selera di meja VIP |
Gaya Lipatan Kain Napkin juga diberikan sentuhan yang mampu membangkitkan citarasa |
Dekorasi Pelamin di bawah Kanopi yang dikhususkan untuk pelamin |
Pelamin yang bergaya romantik dan santai |
Hidangan Lauk Pengantin juga menitik beratkan pemilihan warna yang ceria |
Udang sebagai salah satu hidangan lauk pengantin yang wajib dalam pakej kami |
Pemilihan warna Busana Pengantin yang tepat mampu memberi impak yang maksima |
Underlayer yang di pasang di lelangit Kanopi turut membawa peranan menceriakan majlis |
Kek Pengantin 2 tingkat (custom made) diberikan Percuma dalam pakej ini |
Benda yang percuma akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran tetamu jelita |
Pengantin pun berjalan penuh semangat menuju ke singgahsana persandingan |
Eh2! Dah melompat naik...sabau dik... sabau... |
Aaaa..makan sampai tak pandang belakang korang ya |
Petugas Pramusaji yang sedia melayani tetamu majlis dengan senyuman yang tak lekang dari pipi... Cuba soh basuh pinggan mangkuk....arram x moh senyum agaknya |