Monday, September 8, 2014

Testimoni Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas berlangsung pada 6 September 2014 di dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam. Kesemua urusan majlis perkahwinan mereka ini telah diserahkan bulat-bulat oleh ibubapa mereka iaitu En. Nasruddin & Pn. Saadiah kepada kami 3 bulan sebelum majlis berlangsung. Ini adalah pertama kali pasangan En. Nasruddin & Pn. Saadiah mengadakan majlis kenduri perkahwinan walaupun Shabil adalah merupakan anak ke-4 mereka. Kiranya langkah bendul lah ni.

Tema Warna Majlis menggabungkan 2 warna iaitu Peach & Pink
Kami menerima kerjasama yang baik dari penyelia dewan iaitu En. Zul yang memberi kami kelonggaran seawal pagi Jumaat 5 September untuk memulakan kerja-kerja setup kerusi meja, dekorasi dewan dan dekorasi pelamin. Dewan MBSA Glenmarie ini mempunyai keluasan sebesar 3 gelanggang badminton. Kadar sewanya juga agak berpatutan iaitu di bawah RM500 untuk majlis perkahwinan. Namun begitu dewan ini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin mahupun kipas dinding. Pentas untuk pelamin memiliki kelebaran yang standard dengan mana-mana dewan yang lain tetapi ruang dari dinding ke hujung tebing pentas agak sempit. Ini akan memberikan sedikit cabaran kepada tugasan fotografer untuk mendapatkan angle-angle yang menarik.

Setting Meja VIP, Meja Kek & Meja Makan Beradab
Justeru kami menghadkan penggunaan props pada dekorasi pelamin dan lebih banyak menumpukan pada penggunaan kain & bunga bagi memberikan impak yang menarik pada pelamin selain untuk mengelakkan ruang pentas menjadi terlalu sesak.

Setiap meja kami lengkapkan dengan deco bunga dalam balang kaca kecil
Sepertimana pada setiap Pakej Lengkap Perkahwinan yang kami tawarkan kepada pelanggan, dekorasi dewan amat kami titikberatkan. Ia mampu menaikkan seri majlis dan membuatkan tetamu berasa selesa dan merasakan seolah-olah mereka sedang berada di dalam sebuah grand ballroom hotel. Inilah yang dikatakan Pakej Lengkap yang sederhana bajetnya tetapi diberikan sentuhan gaya ekslusif.

Dewan yang kusam berubah wajah dengan warna-warna ceria
Tuan rumah En. Nasruddin & Pn. Saadiah turut membuat tempahan 3 ekor kambing golek dari kami bagi menjamu tetamu-tetamu mereka seramai kurang lebih 1,000 jemputan.

Dekorasi Meja Buffet
Sentuhan kreatif pada hidangan lauk pengantin
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran selebriti kenalan tuan rumah iaitu MIOR bintang realiti TV Kilauan Emas. Mior dengan sukarela menghiburkan para jemputan dengan mendendangkan beberapa buah lagu bagi menyerikan suasana majlis.

Mior berpadu suara dengan deejay bertugas
Selain Mior, turut kelihatan seorang lagi bintang realiti TV terkenal yang hadir iaitu Fify Azmi (Gadis Melayu2) yang merupakan jiran dan kawan sepermainan kepada anak-anak tuan rumah.

Fify Azmi hadir bersama ibunya
Alhamdulillah, majlis yang kami rancang dan aturkan dari awal hingga akhir ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala penat lelah hilang begitu sahaja apabila menerima penghargaan dari tuan rumah dan tetamu-tetamu yang hadir.

4 VIP Table disediakan untuk meraikan pihak keluarga pengantin perempuan
Sehari selepas majlis En. Nasruddin & Pn Saadiah telah datang ke kediaman kami untuk menyampaikan sendiri penghargaan terima kasih mereka. Malah kami sendiri rasa amat bersyukur ke hadrat Allah malah sangat berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kepercayaan untuk menguruskan majlis ini. En. nasruddin merupakan antara pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kami yang mengenali kami hanya menerusi google search dan internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...