Sunday, March 6, 2011

(Gambar) Perkahwinan Anak Perempuan Datuk Jalaludin Hassan

Gambar-gambar ini diperolehi dari 'thread' sebuah forum yang terkenal iaitu CARIGOLD. Namun tak banyak info yang diperolehi dari saudara KOZU yang juga merupakan kenalan kepada bapa pengantin lelaki (besan Datuk Jalaludin Hassan). Menurut saudara Kozu, beliau dan bapa pengantin lelaki mengajar di sekolah yang sama. Kita layan sahajalah gambar-gambar sekitar perkahwinan anak selebriti atau pelakon yang hebat ini..

Pasangan pengantin dengan langkah bergaya
Tahniah buat kedua-dua mempelai
Awat Datuk Jalal serius sangat tu...
Pelamin 1 panel yang simple tetapi menarik
Baju Pengantin berwarna Silver Grey yang semakin mendapat sambutan

Asnita Manshor - MUA Ke CHEF?

Oklah entry kali ini biar kami bercerita perihal masak-memasak lak.. hahaha..asyik cerita pesal make-up jer..bosan gak kan... Di kalangan saudara mara dan kenalan rapat dah ramai yang tahu kami pernah melibatkan diri dengan perniagaan katering sebelum ini.. Yang dah tahu dan pernah merasa masakan Pn. Asnita sahajalah yang tahu sedap tak sedapnya... Ok lah kat sini takyah masuk bakul angkat sendirilah ya..

Entry kali ini kami ingin berkongsikan kegembiraan kami dapat menyempurnakan majlis sambutan ulangtahun ke-7 anak ke-2 kami - Hariz Danish yang sepatutnya disambut pada 27 Februari yang lalu. Tapi atas desakan tugas dan faktor kekangan masa membuatkan kami hanya dapat meraikannya pada hari Sabtu yang lalu (6 Mac 2011). Itupun keputusan terpaksa dibuat secara 'adhock'. Tak ramai tetamu dapat kami undang memeriahkannya... Undangan pun dibuat last2 minute.. Hanya dapat mengundang jiran tetangga dan kenalan pejabat sahaja. Nak tahu apa menu & persediaan kami untuk menjayakan Birthday Danish... layan gambar2 berikut:

Agak-agak apa yer? Capati? Bukan... Roti Canai? pun bukan...
Mungkin dah ada yang dapat meneka agaknya...
Ya.. Tepat sekali... Inilah proses atau cara-cara membuat karipap
Karipap yang sudah siap untuk digoreng
Menu berikutnya - LAKSA PENANG
Menu Wajib - Nasi Lemak Kukus Daun Pisang..
Seronok sungguh Danish hari tu..
Antara tetamu yang hadir
Tak menang tangan kami nak melayan semua tetamu
Kaum wanita memenuhi ruang dalaman rumah
Kesian kat kaum bapa.. kena makan kat luar lah nampak gayannya
Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut dan ribuan maaf terhadap sebarang kekurangan yang ada.. kami tidak dapat melayan semua tetamu... mana yang sempat-sempat jer.. Ada yang dengar khabarnya terkilan tak dapat merasa Nasi Lemak (sold out gitu)... Hehehe.. laku sungguh nasi lemak Pn Asnita... dan untuk tidak menghampakan, kami sekali lagi masak nasi lemak 2nd round. Kali ini bagi tujuan meraikan Majlis Ulangtahun Pertama Beroperasinya Surau di kariah kami (Surau Serindit) yang akan diadakan keesokan harinya (Ahad, 7 Mac 2011).

Esoknya... gotong-royong masak untuk aktiviti Surau pulak..
Kat sini.. Kak As masak yang simple2 jer.. main rebus2 sayur.. hehehe
PECAL.... My favourites
Buat apalah agaknya tu yer?
Kaum2 bapa begitu serius memperkatakan perkembangan PRK Merlimau & Kerdau.. hahaha
Sempat gak 'snap' buah hati pengarang jantung Pak Mat & Abg Bob.. hehehe
Selesai sudah minggu yang serba memenatkan buat kami.. Hari untuk Keluarga & Hari untuk Masyarakat... Apa yang penting?. Kerrrjaasamaa! Apa yang penting? Kerrjasaaamaa! Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...