Oklah entry kali ini biar kami bercerita perihal masak-memasak lak.. hahaha..asyik cerita pesal make-up jer..bosan gak kan... Di kalangan saudara mara dan kenalan rapat dah ramai yang tahu kami pernah melibatkan diri dengan perniagaan katering sebelum ini.. Yang dah tahu dan pernah merasa masakan Pn. Asnita sahajalah yang tahu sedap tak sedapnya... Ok lah kat sini takyah masuk bakul angkat sendirilah ya..
Entry kali ini kami ingin berkongsikan kegembiraan kami dapat menyempurnakan majlis sambutan ulangtahun ke-7 anak ke-2 kami - Hariz Danish yang sepatutnya disambut pada 27 Februari yang lalu. Tapi atas desakan tugas dan faktor kekangan masa membuatkan kami hanya dapat meraikannya pada hari Sabtu yang lalu (6 Mac 2011). Itupun keputusan terpaksa dibuat secara 'adhock'. Tak ramai tetamu dapat kami undang memeriahkannya... Undangan pun dibuat last2 minute.. Hanya dapat mengundang jiran tetangga dan kenalan pejabat sahaja. Nak tahu apa menu & persediaan kami untuk menjayakan Birthday Danish... layan gambar2 berikut:
Agak-agak apa yer? Capati? Bukan... Roti Canai? pun bukan... |
Mungkin dah ada yang dapat meneka agaknya... |
Ya.. Tepat sekali... Inilah proses atau cara-cara membuat karipap |
Karipap yang sudah siap untuk digoreng |
Menu berikutnya - LAKSA PENANG |
Menu Wajib - Nasi Lemak Kukus Daun Pisang.. |
Seronok sungguh Danish hari tu.. |
Antara tetamu yang hadir |
Tak menang tangan kami nak melayan semua tetamu |
Kaum wanita memenuhi ruang dalaman rumah |
Kesian kat kaum bapa.. kena makan kat luar lah nampak gayannya |
Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut dan ribuan maaf terhadap sebarang kekurangan yang ada.. kami tidak dapat melayan semua tetamu... mana yang sempat-sempat jer.. Ada yang dengar khabarnya terkilan tak dapat merasa Nasi Lemak (sold out gitu)... Hehehe.. laku sungguh nasi lemak Pn Asnita... dan untuk tidak menghampakan, kami sekali lagi masak nasi lemak 2nd round. Kali ini bagi tujuan meraikan Majlis Ulangtahun Pertama Beroperasinya Surau di kariah kami (Surau Serindit) yang akan diadakan keesokan harinya (Ahad, 7 Mac 2011).
Esoknya... gotong-royong masak untuk aktiviti Surau pulak.. |
Kat sini.. Kak As masak yang simple2 jer.. main rebus2 sayur.. hehehe |
PECAL.... My favourites |
Buat apalah agaknya tu yer? |
Kaum2 bapa begitu serius memperkatakan perkembangan PRK Merlimau & Kerdau.. hahaha |
Sempat gak 'snap' buah hati pengarang jantung Pak Mat & Abg Bob.. hehehe |
Selesai sudah minggu yang serba memenatkan buat kami.. Hari untuk Keluarga & Hari untuk Masyarakat... Apa yang penting?. Kerrrjaasamaa! Apa yang penting? Kerrjasaaamaa! Hehehe
No comments:
Post a Comment