Thursday, February 17, 2011

Tips Jimatkan Belanja (Bajet) Perkahwinan Anda


Hari ni terasa ringan lak tangan nak mengarang dan sharing serba-sikit pengalaman yang dok ada ni.. Dapat idea nak mengarang ni bila terbaca blog Abang Naz Terjah.. tapi kita takdelah cilok bulat-bulat.. ianya lebih kepada pengalaman kita sendiri sebenarnya. Layan jer lah...Terlebih dahulu mohon maaf, jika ada ayat-ayat yang boleh melukakan perasaan anda.. Yang buruk datang dari saya, yang baik semuanya dari Allah SWT.

MAKANAN / HIDANGAN TETAMU
Anda perlu meneliti siapa dan berapa ramai tetamu yang hendak diundang. Tentukan samada anda perlukan khidmat katering atau anda berkeupayaan untuk menyediakan makanan secara bergotong-royong. Menggunakan khidmat katering bermakna anda menyerahkan segala urusan makanan kepada syarikat atau individu terbabit dari A-Z. Senaraikan menu dan dapatkan sebutharga dari beberapa penyedia khidmat katering. Pilihlah tawaran sebutharga yang ‘munasabah’ dan bersesuaian dengan keperluan anda. Dalam hal pemakanan seharian pun kita sudah sedia maklum makanan yang murah ialah dari sumber yang murah. Brand Panasonic atau Sony sememangnya tidak setaraf dengan brand cap ayam.. Sayur segar gred A jangan dibandingkan dengan sayur yang dijual warga Kampuchea di tepi pasar borong yang bergred C. 

Sila teliti sebutharga, ada penyedia katering yang memberi pakej makanan beserta kanopi yang siap berhias, hidangan lauk pengantin serta hiasan meja pengantin. Berhati-hati dengan tawaran harga yang murah kerana ada juga pihak katering yang menawarkan pakej makanan untuk 1,000 pax tetapi khemah yang diberikan hanya 4 biji, Tea Corner atau Bubur untuk 200 pax.. Ni org kampung saya panggil “Main Wayang”… hehe takpelah, ada bagusnya juga. Tu semua marketing strategy.. kekadang tuan rumah pun nak ‘main wayang’ gak.. Tetamu kita pun bukan tau banyak mana bubur atau teahtarik tu disediakan, yang mereka tahu benda tu ada dan kalau habis cepatpun, paling-paling tidakpun diorang kata.. “Dasyatlah Mat majlis ko, abis licin Teh Tarik.. laku sungguh”.  Dan yang paling penting kalau menggunakan khidmat katering, buatlah checklist senarai tetamu yang nak dijemput. Tak perlu menjemput semua kenalan dari Perlis sampai Sabah.

Jika bergotong-royong, sudah pasti agihan tugas perlu dibincangkan dengan teliti. Semua faktor perlu diambil kira. Keperluan infrastruktur baik sebelum, semasa dan selepas majlis dijalankan seperti bahan mentah, tenaga kerja, tukang masak, pengangkutan, khemah, kerusi-meja, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya. Faktor luar jangkaan juga amat perlu diambil kira. Sudah banyak kali kita terdengar cerita-cerita bekalan air atau elektrik terputus semasa hari majlis perkahwinan dilangsungkan. Seringkali juga berlaku ‘kehilangan’ tenaga kerja ketika dipertengahan majlis dan sebagainya. Pastikan anda mendapat pandangan dan nasihat dari sahabat atau kaum keluarga yang lebih berpengalaman.

Jika di kampung, aktiviti bergotong-royong menjalankan majlis perkahwinan memang sesuatu yang berbaloi dan menyeronokkan. Jiran tetangga ringan tangan datang menolong, ada yang sponsor lagi.. sponsor beras lah, telur lah, gula lah… kan jimat! Jadi, anda kenalah checklist barang-barang yang tak perlu dibeli lagi.

ATURCARA MAJLIS:
Rancanglah aturcara majlis anda dengan teliti. Untuk langkah menjimatkan kos, buat upacara akad nikad dan bersanding pada hari yang sama iaitu akad nikah pada sebelah pagi dan besanding pada waktu tengahari. Ingat! Untuk menjayakan satu majlis anda perlu berurusan dengan ramai pihak. Anda perlu berurusan dengan pihak katering, juruandam, jurugambar dan sebagainya. Anda bayar mereka untuk perkhidmatan yang dibuat. 2 majlis berasingan bemaksud 2 bayaran perkhidmatan yang berasingan atau 2 kos yang berlainan. Tetapi jika 2 majlis yang berasingan dilakukan dalam masa yang rapat, sudah tentulah mereka boleh bertolak ansur dengan anda dengan memberikan harga yang istimewa atas faktor penjimatan masa dan kos.

TEMPAHAN PERKHIDMATAN:
Buat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis berlangsung dan survey harga perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majlis berlangsung. Buat tinjauan menerusi internet dan mengunjungi pameran-pameran pengantin yang semakin kerap diadakan. Dengan cara ini anda tidak perlu pergi mengunjungi dari satu butik ke satu butik yang lain. Semuanya berada dalam satu tempat. Jimat masa dan jimat belanja. Kebiasaannya, penganjur Pameran Perkahwinan ada memiliki website atau facebook masing-masing sebagai tool pemasaran mereka seperti SetelKahwin.com. Dan di dalam laman web mereka terdapat senarai penyedia khidmat perkahwinan (vendor) baik yang mengambil bahagian semasa pameran ataupun yang tidak mengambil bahagian. Click link website vendor-vendor ini untuk meninjau pakej yang ditawarkan.

Tidak semestinya harga Pakej yang ditawarkan oleh vendor semasa Pameran tersebut dijalankan adalah promosi harga yang terendah. Harus ingat! Sewa sebuah booth pameran berharga paling murah RM4-RM5 ribu ringgit dengan beratus vendor yang mengambil bahagian. Dan dengan keadaan ekonomi semasa yang merudum, jika sales yang mereka perolehi tidak mampu menampung sewa booth sudah pasti kerugiaan tersebut menyebabkan mereka tidak mampu menawarkan anda ‘pakej istimewa dengan kadar yang lebih istimewa’. Pameran tersebut hanya menjanjikan nama perniagaan mereka dikenali dan peluang untuk mendapatkan sales dengan lebih baik.

Jangan pula anda memandai-mandai kononnya nak save bajet kahwin, anda sewa Baju kat kedai A yg yang bajunya kena pada taste anda, anda tempah make-up artist kat kedai B yang lebih murah dan anda sewa pelamin kat kedai C yang lebih cantik. Anda memang punya hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda kehendaki tetapi jika kecerewetan sebegini terlalu ditonjolkan ianya akan mengundang musibah yang anda tidak sedari. Percayalah, dalam bidang jualan, seorang customer yang cerewet dan banyak songeh akan mendapat harga yang lebih tinggi dari seorang customer yang tak banyak karenah dan senang berurusan. Tanyalah mana-mana salesman pun.. pergilah tanya mana-mana tauke perniagaan pun.. tapi kalau nak tanya saya, sila tanya belakang2..klo tanya depan2 saya jawap tak ikhlas nanti.. hehehe

Satu lagi situasi yang sering saya temui, sudah ramai bakal pengantin yang kononnya beranggapan adalah lebih berbaloi menempah sendiri baju kahwin dengan design yang dikehendaki dari menyewa beratus-ribu ringgit semata-mata untuk dipakai 2-3 jam. Memang berbaloi jika diusahakan jika anda benar-benar tahu di mana hendak ditempah, dimana nak mendapatkan kain dengan kadar yang murah dan di mana pula nak dapatkan tukang sulam atau pembuat manik untuk aksessori pakaian anda. Tetapi jika anda main redah sahaja… pasti anda kecewa dengan hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan.

Cukuplah dulu tips yang dikongsikan ini, di lain masa kalau saya ada mood nak mengarang lagi saya sharekan tips-tips yang lain pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...