|
Design Kad Perkahwinan Shahril & Rabilyatul Salwa yang kami reka khas untuk mereka. |
Kami di
Asnita Beauty Creations &
Izreka Wedding Planner terpanggil untuk berkongsi rasa keterujaan kami apabila diberikan kepercayaan untuk menguruskan Majlis Perkahwinan pemilik empayar perniagaan
Herba Cinta Sdn Bhd iaitu
En. Shahril dengan isterinya
Pn. Rabilyatul Salwa (Abby). Kami hanya dipanggil untuk bertemu dan berunding tentang semua hal yang berkaitan dengan pakej perkahwinan mereka ketika
sepuluh hari sebelum majlis berlangsung.
Memikirkan bahawa
En. Shahril merupakan kenalan dan pelanggan tetap kami dan sering membuat tempahan rekabentuk kotak dan mencetak kotak2
packaging produk keluaran syarikat mereka dengan syarikat kami di
Izreka Resources, maka kami bersedia untuk menyahut dan menggalas tanggungjawab tersebut. Dengan masa yang diberikan hanya tinggal 10 hari sebelum majlis berlangsung kami bertungkus-lumus menyediakan persediaan awal seperti
merekabentuk kad perkahwinan, merekabentuk kotak door gift (custom made) dan seterusnya mencetaknya sehingga siap.
|
Kotak Door Gift juga kami design kan khas |
En. Shahril menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menguruskan majlis perkahwinannya kepada kami dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Mereka memilih tema warna majlis berwarna
Pink & Purple dan dengan bajet majlis perkahwinan sekitar
RM18,000 kami cuba melakukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan beliau.
|
Lokasi Majlis Perkahwinan ialah di Dewan Serbaguna Flat Sri Sabah, Cheras |
Majlis Perkahwinan mereka berlangsung di Dewan Serbaguna Blok 66 Flat Sri Sabah, Cheras Kuala Lumpur pada hari Ahad, 30 September 2012 yang lalu. Kerja-kerja memasang kanopi di luar dewan kami mulakan 2 hari lebih awal.
|
Setting di bawah kanopi yang terletak di luar dewan |
Sementara setting & dekorasi meja di dalam dewan dan di bawah kanopi kami lakukan seawal jam 9 pagi pada hari majlis.
|
4 Setting & Dekorasi Meja VIP menggunakan Dome |
Di dalam Pakej Perkahwinan mereka ini, kami sediakan
2 Buffet Station di bawah kanopi dan 1 Teh Tarik Station. Sementara di dalam dewan pula kami setting kan
Meja Makan Beradap di hadapan Pelamin dan
4 setting Meja VIP yang menggunakan Dome.
|
Dekorasi Walkway laluan Pengantin |
|
Hiasan bunga segar menghiasai Meja Utama (Meja Makan Beradap) |
|
Pasangan pengantin mengenakan busana dari koleksi peribadi mereka sendiri |
|
Pelamin Frame Trend Terkini kami pilih untuk persandingan mempelai |
|
Fondant Cake juga kami ilhamkan khas untuk Majlis Perkahwinan Mereka |
|
Kemudahan PA Sistem dan Perkhidmatan Deejay yang kami sediakan |
|
Abby mendapat sentuhan make-up dari Asnita Manshor untuk majlis akad nikah & sanding |