Saturday, February 26, 2011

Rekaan Busana Pengantin Sarrah Raissuddin oleh Hatta Dolmat

Mata ini tepesona seketika melihat gambar-gambar baju yang dipakai oleh penyanyi kecil molek Siti Sarrah Raissuddin di hari pernikahannya dengan Shuib (Sepah). Persalinan Siti Sarah pada majlis cukup bermakna itu telah direka oleh pereka tersohor, Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture. Untuk persalinan pertama, Hatta Dolmat telah memilih warna ‘salmon peach,’ sebagai warna asas dengan dempakan perincian jalinan jemeki Kristal dan butiran mutiara untuk busana pernikahan yang masih mengekalkan elemen tradisional kurung dengan garapan kontemporari bagi menyerlahkan lagi seri pasangan mempelai ini. Busana ini dilengkapi dengan ‘veil’ panjang dan sepasang sepatu dari rona yang sama, karya Hatta Dolmat.

Gambar-gambar diambil dari Blog Hatta Dolmat Couture
Ini pula antara gambar-gambar dari Blog Budiey.com
Pada majlis tersebut Sarrah telah mengenakan dua persalinan rekaan Hatta Dolmat. Bagi persalinan kedua pula, Hatta Dolmat telah menyediakan sepasang lagi busana bertemakan Inggeris berwarna pastel perang muda juga dan sentuhan kemewahan batu jemeki dan mutiara yang melatari setiap bahagian busana itu. 

Petikan artikel & gambar dari blog Budiey.com
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan artis ini yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Februari 2011 dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

Kerajaan PAS Kelantan Lancar "Gerbang Az-Ziwaaj"

Wah beruntungnya rakyat jelata negeri Kelantan apabila Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan pelancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

 Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...