Ini entry yang ke-3 buat hari ni... sememangnya schedule kami amat padat pada hari-hari pertama cuti persekolahan bermula. Sebaik selesai tugasan make-up yang diberikan oleh De NShima Make-Up Team untuk rancangan Hip TV Episod ke-11 dan ke-12 di Sri Pentas.. kami diberikan 'green light' oleh Hafidz untuk pulang.. So, tak payahlah tunggu diorang shoot sampai abis.. Apalagi, kami terus bergegas menuju ke Majlis Persandingan Eza & Rizal yang sedang berlangsung di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.
Sesampai kami di sana, pasangan mempelai sedang
'Makan Beradap'.. Alhamdulillah menurut teamwork kami (
Delima Catering &
Wanted Photography) yang sudah sampai dari awal pagi, majlis berjalan dengan teratur dan lancar. Tahniah buat semua yang menjayakannya!
|
Untung Pengantin.. Boss katering sendiri yang 'serve' |
|
"Awat ramai sangat photographer wedding kita ni darling?" |
|
Azam Yahya from Mr Photographer sedang 'beraksi' |
Pada majlis tersebut, pasangan mempelai menggunakan khidmat Azam Yahya dari Mr Photographer yang bertindak sebagai official photographer majlis perkahwinan mereka. Sementara Delima Catering & Wedding Planner turut menggunakan official photographer (Wanted Photography) untuk shoot gambar-gambar portfolio syarikat. Sebenarnya kedua-dua photographer saling kenal mengenali antara satu sama lain.. so, tak jadi masalah untuk mereka berkerjasama dalam satu majlis. Kijer kawe pulok ari tu..shoot gambo2 photographer buat kijer.. hahaha
|
Boss Delima Catering & Wedding Planner dan Wanted Photography |
|
Kids dari Wanted Photography |
|
mak aii.. boss pun nak jadik photographer gak |
|
Udah macam press conference |
|
Chef pun nak glamer jugaaa |
|
Topi cheff yang mahal tuu.. |
|
"Mana angle lagi kita nak shoot ni yer?" |
Nasib baik jugalah Official Photographer yang dipilih pihak Pengantin sama handal dan sama kacak dengan Official Photographer Wedding Planner.. hehehe..
|
Pengantin pun x sangka begini punya ramai photographer datang shoot |
|
Inilah barisan staff Delima Catering & Event yang diimport dari INTEKMA |
|
"Abang ni dok shoot gambar pengantin ke shoot gambar aku?" |
|
Pengantin bergambar bersama barisan Perancang Majlis |
|
Seronok kemain korang yerr.. dah2 gi basuk periuk belanga.. |
|
Kids dengan peralatan 'perang' nya |
|
Majlis selesai sudaaa.. ujan pun dah turun... jom borak2 for our next event |
Gambar-gambar yang diambil oleh Kids dari Wanted Photography akan disiarkan dalam website dan FB fanpage Delima Catering & Wedding Planner.
No comments:
Post a Comment