FATWA yang menggemparkan! Selepas isu Fatwa Pengharaman Tarian Poco-Poco oleh Jabatan Mufti Negeri Perak digembar-gemburkan baru-baru ini, kini timbul pula isu yang tidak kurang menggemparkan. Diharap anda semua dapat bertenang dan dapat menerima hakikat ini dengan tenang dan sabar.
'Haram Menikahi Gadis Satu Kampung' - inilah intipati topik perbincangan dan perdebatan yang seharusnya juga diambil perhatian serius oleh ahli ulamak dan pemimpin-pemimpin Jabatan Agama Islam negara kita. Adakah wajar bagi pihak Jabatan Agama Islam seperti JAKIM, JAIS dan sebagainya mengeluarkan fatwa pengharaman terhadap isu yang dibangkitkan iaitu "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG LELAKI MUSLIM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG".
Isu ini sudah semestinya bakal menjadi Perdebatan Hangat dan bakal menerima Bantahan Keras dari ramai pihak. Persoalannya mengapa baru sekarang mahu diperdebatkan isu ini, walhal perkara hukum-hakam nikah ini sudah terang lagi bersuluh dan amat nyata lagi penerangannya di dalam Al-Quran mahupun Hadis.
Menurut satu sumber dari seorang kakitangan Jabatan Agama yang tidak mahu identitinya dikenali, beliau telah secara berseloroh mengemukakan persoalan itu kepada Ketua Jabatannya sebaik sahaja selesai mesyuarat isu pengharaman Tarian Poco Poco di ibu negara baru-baru ini. Kita ikuti perbualan beliau:
"Tuan! Selepas ini ada baiknya kita mengeluarkan satu Fatwa yang baru" berkata sumber tersebut kepada ketuanya.
"Fatwa apa pula yang awak nak haramkan ni?" tanya ketuanya.
"Fatwa mengharamkan Lelaki Muslim Menikahi Gadis Satu Kampung, tuan!" jawab sumber tersebut.
"Awak ni dah hilang akal apa? Mengarut betul.. Isu Poco2 pun tak reda lagi..awak nak buat kejutan yang ini pulak?" balas ketuanya
"Betullah tuan cakap saya, Sebagai lelaki Muslim, kita hanya dibenarkan memperisterikan 4 orang wanita dalam waktu yang sama.. bukannya sampai satu kampung".... muahahaha... Sorry yer tuan.. ni lawak APRIL FOOL nih..."
SABAUUU... SABAUUUU...
- kredit to: MEDIAJER.COM
April fool!! terkejut td..:-)
ReplyDelete