Thursday, March 17, 2011

Tom Tom Bak Musim Terbaru (2011)

Bermula Ahad, 13 Mac yang lalu telah bermula kerja-kerja rakaman TOM TOM BAK bagi musim terbaru. Rakaman 13 episod Musim Terbaru Tom Tom Bak ini berlangsung di Filem Negara Malaysia, PJ. Ianya dibuat sepanjang hari cuti persekolahan penggal pertama sehinggalah ke rakaman episod akhir pada Jumaat, 18 Mac 2011. Oleh kerana cheq ni bekerja.. so, cheq hanya dapat join member2 di De NShima Make-Up Team pada hari pertama dan kedua sahaja... Terima kasih kepada pengasas De NShima Make-Up Team,  Pn. Nazhatul Shima yang memberi kepercayaan kepada cheq untuk turut sama dalam kerja-kerja make-up untuk produksi Astro Ceria ini.

Keadaan di luar studio sesak dengan kehadiran penonton
Di hari pertama rakaman dijalankan Cheq datang sebelah petang coz pada sebelah paginya kan Cheq ada jobs make-up Pertunangan Azian di Pandan Jaya. Pada hari tersebut sebanyak 3 episod telah berjaya diselesaikan kerja-kerja rakamannya. Hebat sungguh Pak Nil, kan semua dah sedia maklum pada hari sebelumnya (Sabtu, 12 Mac 2011) Pak Nil ada buat Konsert Hore Hore Aznil di Tasik Titiwangsa..

Artis pertama yang Cheq dok make-up ari tu - Zul Huzaimi
Artis Jemputan untuk segmen 'Ada Bakat Ke?' Adik ni dok dekat2 rumah Cheq jer
Membantu 'Sifu' - Nazhatul Shima mendandan Linda Jasmine

Haa.. sapa boleh teka siapakah gerangan si kecil molek ini? Ya inilah Ratu anak Linda Jasmine hasil perkahwinan dengan aktor Que Haidar.. Tapi dalam episod Tom Tom Bak ini, Ratu tidak beraksi di depan kamera.. hanya abangnya Qalif dan Linda Jasmine sahaja yang masuk TV..



Susah2 sangat.. amek jer gambar dgn emaknya
Gambar-gambar berikut pula diambil pada hari kedua sessi rakaman dibuat iaitu untuk rakaman Episod ke 4 & ke 5..
Anak Dara ND Lala - Shila Amir
Sorang lagi anak dara ND Lala.. sorry.. cheq lupa nama dia.. hehehe
Yang ni x kan hangpa x kenai kot....
Bleh.. bleh.. nanti Cheq lumoq muka hang dengan tepung.. mau ka?
Hahaha.. jangan marah.. gurau2 je yerr
Penari2 Cilik untuk segmen 'Ada Bakat Ke'
Anne Ngasri dan anaknya
Akhirnya dpt gak bergambar dgn Pak Nil tu pun during break hour


Hahaha.. last picture untuk entry ni.. suka sgt dgn gambar ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...