PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan ditahan di hospital Ampang Puteri, dekat sini, Selasa kerana dipercayai mengalami jangkitan kuman pada kedua belah matanya.
Amyza memberitahu kedua belah matanya bengkak selepas dia menggunakan bulu mata palsu ketika penggambaran drama berjudul Ahmad Albab Yang Punya.
“Sebelum ini mata saya pernah bengkak selepas guna bulu mata palsu tetapi kesannya tak lama. Beberapa hari selepas itu sudah baik, tapi kali ini lebih teruk dan sakit.
“Sejak Jumaat lalu mata saya berair, membengkak dan terlalu sakit sehingga tidak boleh tidur,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Bagaimanapun, katanya, doktor masih menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap jangkitan tersebut.
“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini.
“Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” ujarnya yang mengangkakan akan ditahan selama tujuh hari untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambah Amyza dia terpaksa berehat daripada penggambaran drama tersebut sehingga kedua belah matanya pulih sepenuhnya.
Selain itu, Amyza turut kesal apabila terpaksa menolak sebuah tawaran telefilem yang bakal memulakan penggambaran beberapa hari ini akibat masalah berkenaan.
SUMBER: mStarOnline
No comments:
Post a Comment