Monday, April 18, 2011

Rakaman Hip TV Musim Terbaru (Episod 3 & 4)

Pada Jumaat 15 April 2011 yang lalu sekali lagi Kak As berkesempatan untuk cover job make-up Program Hip TV (TV9) yang menampilkan Karl Shafek sebagai pengacaranya. Sekali lagi rakaman dijalankan tanpa kehadiran penerbitnya Engku Azmin yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah. Sudah jadi Haji Kecil gitu nampaknya.. Alhamdulillah telah selamat pulang ke tanahair.

Skrip Hip TV - Episod 4 (Tayangan 28 April)
Pada masa yang sama juga member-member MUA dalam De NShima Make-Up Team sedang sibuk mekap para peserta Maharaja Lawak di Finas.. Takpelah next week insya'Allah kita layan Maharaja Lawak punya story lak ok! Huhuhu.. Nampak gaya tak dapat la awok nak bergambor dgn orang kampung awok..abg Usop Wilcha tu...

Aida & Baiti sabar menunggu ketibaan Karl Shafek
Malam tu Karl sampai agak lewat sedikit.. Masing-masing tak tahu ke mana perginya Karl.. Kalau check kat status Twitter nya macam dok ada kat Singapore.. Amboi.. pegi shopping ke?

Sorry Kak As... Lewat Sket!
Akhirnya persoalan kami terjawab juga.. rupa-rupanya Karl balik ke kampung halaman bagi menghadiri majlis perkahwinan abangnya. Tahniah Karl! Dah dapat kakak ipar yang baru! Jom kita layan gambar-gambar yang nampak jer macam candid nih.. ekeke..

Standby Camera...
Pepehal nak kena baca skrip dulu...
Korang buat kijer korang ye.. Kak As nak salin resepi jap..
Macho dah tu...
Oppss Sat..Sat.. Nak Amek Gambaq sat.. nak tweet!
Aida Tweet Baiti - Baiti Tweet Sisipot Sedot - Sisipot Sedot Tweet Hafidz
Lupa skrip aa tuu
Bila aa nak abis ni.. asyik tersasul je hos kita ni.. 'Ayam Mak Lodeh' pun ada

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...