Wednesday, January 4, 2012

Adhadi Mohd Photography Outing at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Saudara Adhadi Mohd bersama dewa fotografer En. Sallehudin Ahmad
Memang mengujakan.. Memang menyeronokkan.. fotografi outing yang dianjurkan oleh saudara Adhadi Mohd yang terkenal dengan program Bengkel DSLR Percuma. Kali ini Japanese Garden di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang menjadi lokasi photo shoot. Tuhan sahaja yang tahu betapa 'adventerousnya' kami semua fotografer, talents dan MUA.. Sebenarnya hanya saya seorang sahaja MUA (Make-Up Artist) yang terlibat. Untuk sampai ke Japanese Garden, kami perlu mendaki Bukit yang boleh tahan juga tingginya.. Boleh hilang jugalah lemak-lemak di badan ni.. hehehe

Antara photographer2 yang terlibat dalam Outing Photography ini
Ramai juga rakan-rakan photographer yang hadir.. kebanyakannya datang dengan membawa bersama family. Kami berkumpul dan memulakan perjalanan dengan berkonvoi bermula dari kawasan rehat Genting Sempah.

Qys Iryn, Dyba Salwana & Anne Ayu - 3 Talents yang mengambil bahagian
Dalam Outing Photography anjuran Adhadi Mohd ini terdapat 3 orang talents yang berbakat dan memiliki paras rupa yang comel molek yang mengambil bahagian. Mereka adalah Qys Iryn, Dyba Salwana (Natasha Adriana) dan Anne Ayu. Ketiga-tiganya dimekapkan oleh saya sendiri. Namun atas faktor masa yang suntuk, hanya seorang talent (Anne Ayu) yang benar-benar saya berikan sentuhan secara teliti. Dua orang lagi talents terpaksa disiapkan 'asal siap'.. hehehe.. maklumlah photog2 tu semua bukan larat dan sabar nak tunggu seorang MUA nak menyiapkan 3 orang talents.. Dahlah kena daki bukit tinggi2..pas tu nak kena tunggu sessi mekap lak berjam2... 









Kami di Asnita Beauty Creations mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan terutamanya kepada saudara Adhadi Mohd sendiri, juga kepada rakan-rakan photographer yang sangat memberikan kerjasama dan tak lupa kepada talents yang berbakat. Kepada peminat-peminat dunia fotografi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk Adhadi Mohd ini bolehlah mendapatkannya di kedai online Adhadi Mohd.

Credit to: RekaPICTURES

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...