Wednesday, November 28, 2012

Make-Up for Dinner "Majlis Makan Malam 2012 Kumpulan TH Properties

Pada 27 November 2012 yang lalu telah berlangsung "Majlis Makan Malam 2012 Kumpulan TH Properties" bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bertemakan Gold dan Malam Gemilang, saya diberikan kesempatan untuk menatarias 5 wajah kakitangan TH Properties.

Inilah 5 wajah jelitawan TH Properties yang mendapat sentuhan dari Asnita Manshor
Kami di Asnita Beauty Creation mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menatarias wajah mereka.



Malah, kami juga merasa begitu berbangga kerana pada Majlis Makan Malam tersebut salah seorang pelanggan yang mendapat sentuhan tatarias wajah dari kami malah telah mengenakan busana dari butik kami telah memenangi tempat pertama RATU GEMILANG Majlis Makan Malam 2012 Kumpulan TH Properties. Tahniah diucapkan kepada saudari Marlina Mawasi yang juga merupakan kenalan kami.

Marlina Mawasi - Pemenang Tempat Pertama "Ratu Gemilang"

Majlis Perkahwinan Azizoor Rahman & Meherunisha



Pada 23 & 25 November 2012 yang baru berlalu, kami di Asnita Beauty Creation telah berpeluang mengendalikan Majlis Pertunangan & Persandingan Azizoor Rahman dari Pandan Jaya dengan pasangannya Meherunisha Sheikh Dawood dari Chennai India. Ini merupakan pengalaman pertama kami menguruskan majlis perkahwinan yang membabitkan pasangan dari kaum India Muslim (Mamak).

Sentuhan make-up untuk majlis Malam Berinai

Perasaan yang amat teruja untuk menatarias wajah pengantin perempuan yang original datang dari Chennai, India ini. Subhanallah! Memang sungguh indah ciptaan Allah ke atas makhluk ini.Dah biasa mentarias kulit yang berwarna sawo matang, kali ini cabaran untuk menatarias kulit wajah yang agak sedikit kegelapan.


Keterujaan yang begitu membara juga buat kami untuk mendekorasi Mini Pelamin Pertunangan dan Pelamin Persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Perkasa, Masjid Imam As-Shafie, Taman Maluri. Ianya lebih kepada cabaran untuk memperhias dekorasi pelamin perkahwinan mereka dalam jangkamasa yang begitu singkat memandangkan pada hari tersebut terdapat 2 majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan masjid tersebut.

Mini Pelamin yang dipasang di dalam rumah pengantin di Pandan Jaya


Kami turut membuat dekorasi hiasan tangga untuk Majlis Pertunangan mereka

Majlis Perkahwinan pelanggan kami, Meherunisha & Azizoor Rahman berlangsung pada sebelah malam. Justeru, kami hanya memiliki jangkawaktu kurang dari 2 jam sahaja untuk melakukan tugas-tugas memasang dan mendekorasi pelamin di dalam dewan tersebut. Alhamdulillah! Dengan pengalaman yang ada kami akhirnya berjaya menyiapkannya dalam waktu yang ditetapkan.

Ketinggian Pentas dalam Dewan Perkasa ini tidak sampai pun 8 kaki
Pengapit Pengantin Perempuan turut mendapat sentuhan make-up dari kami
Makeup Pertunangan untuk Meherunisha
Semua ahli keluarga (perempuan) turut menerima sentuhan dari Asnita Beauty Creation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...