Wednesday, November 28, 2012

Majlis Perkahwinan Azizoor Rahman & Meherunisha



Pada 23 & 25 November 2012 yang baru berlalu, kami di Asnita Beauty Creation telah berpeluang mengendalikan Majlis Pertunangan & Persandingan Azizoor Rahman dari Pandan Jaya dengan pasangannya Meherunisha Sheikh Dawood dari Chennai India. Ini merupakan pengalaman pertama kami menguruskan majlis perkahwinan yang membabitkan pasangan dari kaum India Muslim (Mamak).

Sentuhan make-up untuk majlis Malam Berinai

Perasaan yang amat teruja untuk menatarias wajah pengantin perempuan yang original datang dari Chennai, India ini. Subhanallah! Memang sungguh indah ciptaan Allah ke atas makhluk ini.Dah biasa mentarias kulit yang berwarna sawo matang, kali ini cabaran untuk menatarias kulit wajah yang agak sedikit kegelapan.


Keterujaan yang begitu membara juga buat kami untuk mendekorasi Mini Pelamin Pertunangan dan Pelamin Persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Perkasa, Masjid Imam As-Shafie, Taman Maluri. Ianya lebih kepada cabaran untuk memperhias dekorasi pelamin perkahwinan mereka dalam jangkamasa yang begitu singkat memandangkan pada hari tersebut terdapat 2 majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan masjid tersebut.

Mini Pelamin yang dipasang di dalam rumah pengantin di Pandan Jaya


Kami turut membuat dekorasi hiasan tangga untuk Majlis Pertunangan mereka

Majlis Perkahwinan pelanggan kami, Meherunisha & Azizoor Rahman berlangsung pada sebelah malam. Justeru, kami hanya memiliki jangkawaktu kurang dari 2 jam sahaja untuk melakukan tugas-tugas memasang dan mendekorasi pelamin di dalam dewan tersebut. Alhamdulillah! Dengan pengalaman yang ada kami akhirnya berjaya menyiapkannya dalam waktu yang ditetapkan.

Ketinggian Pentas dalam Dewan Perkasa ini tidak sampai pun 8 kaki
Pengapit Pengantin Perempuan turut mendapat sentuhan make-up dari kami
Makeup Pertunangan untuk Meherunisha
Semua ahli keluarga (perempuan) turut menerima sentuhan dari Asnita Beauty Creation

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...