Tuesday, October 23, 2012

Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan Izreka Wedding Planner

Seperti yang pernah kami uar-uarkan di dalam facebook Izreka Wedding Planner atau facebook Asnita Beauty Creation, PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN adalah salah satu fokus utama kami dalam memberikan perkhidmatan dengan harga yang lebih berdaya saing dan menjimatkan.


Menerusi syarikat induk kami Izreka Wedding Planner, kami menawarkan keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan iaitu dari perkhidmatan solekan, busana pengantin, pelamin, fotografi, videografi, kanopi, katering, p.a. sistem, deejay dan sebagainya.

Samada Majlis Perkahwinan anda dibuat di rumah (kanopi) atau di dalam Dewan, pihak kami tidak bermasalah untuk memastikan keseluruhan perjalanan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar dan tersusun.

Izreka Wedding Planner memiliki team wedding planner kami sendiri yang masing-masing merupakan freelance dalam bidang masing-masing seperti Chef (tukang masak), Make-up artist, Fotografer, Pramusaji dan sebagainya.

Kesemua anggota team wedding planner kami masing-masing memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang masing-masing dan khidmat tenaga kami sering digunakan oleh syarikat-syarikat katering lain.

Dengan lain perkataan, kami sering menjadi tenaga belakang tabir di sebalik event yang syarikat-syarikat katering lain uruskan.

 Justeru, tidak hairanlah jika kami juga mampu menyediakan Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan dengan harga yang berdaya saing malahan antara yang terendah dalam pasaran.

Pakej-Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan kami bermula dengan harga serendah RM15k ++ dan kami juga boleh berikan sebutharga mengikut keupayaan dan bajet anda.

Untuk maklumat lanjut atau urusan mendapatkan sebutharga Pakej-Pakej Lengkap Perkahwinan dari kami, anda boleh berhubung terus dengan Pengurus Izreka Wedding Planner iaitu En. Zulfikar di talian 014-263 8781 atau Pn. Asnita di talian 019-339 4227. Atau hantarkan pertanyaan anda menerusi borang tempahan sebuthargaga yang berada di ruang bahagian atas blog ini. E-mail kami di: izreka@ymail.com atau asnitamy@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...