Sunday, November 30, 2014

Katerer untuk program realiti baru TV3 "AKU IP"



AKU IP atau "Aku Ikon Patriotik" merupakan sebuah rancangan semi-realiti TV terbaru terbitan TV3 yang bersiaran pada setiap hari Jumaat & Sabtu, jam 6 petang bermula 7 November 2014. 



Program yang mendapat kerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) ini memaparkan aktiviti-aktiviti peserta yang diuji dengan aktiviti lasak dan kebudayaan disamping dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.



Menerusi salah satu episod yang diadakan di Plaza Tugu Negara sekitar bulan Ogos 2014 yang lalu, kami di Izreka Caterer & Wedding Planner telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan katerer & perkhidmatan kanopi untuk semua krew penerbitan dan peserta yang terlibat. 



Malah kami juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan untuk tetamu-tetamu VVIP yang terdiri antaranya En. Azhar Borhan, General Manager, Business Development Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan Farisha Pawanteh, Chief Operating Officer di Primeworks Studios Sdn Bhd.



Kami memilih warna-warna bendera kebangsaan iaitu Biru, Merah, Kuning & Putih sebagai dekorasi pada kanopi bagi menyesuaikan dengan konsep atau tema program TV ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...