Cuti Penggal Pertama Persekolahan sudah bermula dan seperti kebiasaannya pada waktu sebeginilah juga ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga. Maka akan sibuklah jadinya pengusaha-pengusaha yang menawarkan khidmat perkahwinan seperti pihak katering, butik pengantin, photographer, deejay, kanopy dan sebagainya. Sudah tentu kami di Delima Catering & Wedding Planner turut menerima tempiasnya.
|
Selamat Pengantin Baru Diucapkan Buat Kedua Mempelai |
Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 yang lalu kami di Asnita Beauty Creation telah turun padang bersama-sama krew-krew Delima Catering & Wedding Planner membuat persiapan-persiapan terakhir untuk menjayakan Majlis Perkahwinan Eza & Rizal yang bakal berlangsung keesokan harinya di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam.
|
Pemandangan Indah di Malam Hari - Sangat Sesuai Untuk Outdoor Shooting |
Inilah kali pertama kami sampai ke Monterez Golf & Country Club... dan sememangnya tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi Majlis Perkahwinan dengan latar belakang pemandangannya yang cantik dan mempesonakan, kemudahan 'parking' yang banyak.. selain kerjasama padu dan akrab yang diberikan oleh pihak pengurusan dan petugas-petugas di Monterez Club. Terima kasih buat semua yang terlibat.
|
Sentuhan Pelamin oleh Rin's Suzana. Red Carpet Sponsored by Delima Catering |
Eza & Rizal sebenarnya melangsungkan perkahwinan mereka 3 bulan selepas Majlis Merisik disempurnakan oleh pihak lelaki di mana pada majlis tersebut kedua-duanya terus diikat dengan ikatan pertunangan. Sebaik selesai majlis pertunangan mereka, kedua-dua pasangan ini terus mengambil keputusan untuk melangsungkan Perkahwinan dalam jangka masa terdekat dan bulan Mac dipilih sebagai tarikh rasmi Perkahwinan mereka. Dan dalam jangkamasa yang singkat mereka berdua telah membuat pelbagai persiapan untuk menjayakan majlis ini.. Menurut mereka, perkara pertama yang mereka uruskan ialah Baju & Pelamin yang mana mereka telah memilih Butik Pengantin Rins Suzana.
|
Pasangan Pengantin tak sabar-sabar mahu merakamkan gambar2 mereka |
|
Kami menerima kerjasama sepenuhnya dari staff2 Monterez Club |
Hinggalah di saat-saat akhir mereka bagaikan hilang arah untuk mencari pengusaha katering yang boleh meyempurnakan tugas tersebut. Pada masa majlis yang sudah hampir berlangsung, tidak ramai pihak katerer yang dapat membantu mereka.. Masing-masing dah 'fully booked'.. Akhinya mereka diperkenalkan kepada kami oleh pihak pengurusan Monterez Club. Selepas pertemuan diatur, rupa-rupanya kami saling kenal mengenali antara satu sama lain. Rizal pernah berurusan dengan kami dalam urusan perniagaan yang lain dan dia sendiri tidak menjangkakan yang kami juga memiliki perniagaan katering & wedding planner. Ah! tak mengapalah Rizal, tak payah tepuk2 dahi tu nak compare2 harga lagi.. Yang penting kita sama-sama usahakan agar Majlis ini berlangsung dengan teratur dan sempurna..
|
Main Table Setting |
|
Buffet Table Setting |
|
Rizal berbincang sesuatu dengan Che' Rohani & Asnita Manshor |
|
VIP Table Setting |
|
Gift Table ni kami bagi free.. |
Kami bukan setakat setting Meja dan kerusi sahaja, malah apa sahaja ruang dan tempat yang kami rasa perlu dihias akan kami hias pada hari tersebut.. Pengantin tak minta pun kami bagi.. Add-Onn Value Added Service ler tuu.. Hehehe.. pas ni Rizal kena belanja kami karaoke lak lah yer... Nak Bunga Tangan Fresh Flower pun kami bagi.. Nak Red Carpet pun kami bagi.. Benda-benda tu semua memang kami ada.. kekadang kalau kami rasa perlu buat amal jariah.. kami bagilah apa yang kami mampu.. Tapi nak tengok orang gak.. Klo dapat customer yang cerewet gilerr..berlagak ngalahkan menteri... hang mintak red carpet pun kami bagi tapi ada extra chargelah.. hehehe biasalah adat orang berniaga... Kalau orang tak berkira dengan kita, kita pun tak berkira dengan orang...
No comments:
Post a Comment