Monday, April 11, 2011

Pengalaman Baru - Mengendalikan Jenazah



Pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lepas telah pun berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Jenazah yang dikelolakan oleh Surau Apartment Serindit dan dikendalikan oleh Ustazah Kamaduyah Binti Mohd. Sari (Ustazah Bersara KAGAT). Kursus tersebut telah dihadiri seramai 36 orang peserta  termasuk Kak As sendiri. Tujuan kursus diadakan bukan sekadar ingin mendedahkan kepada muslimin dan muslimat tentang cara-cara menguruskan jenazah dengan sempurna tetapi ianya juga diadakan sebagai salah satu usaha untuk mengisi Dana Surau yang  boleh disifatkan sebagai daif jugalah. Tahniah diucapkan kepada AJK Surau yang bertungkus-lumus menjayakannya. 

Peserta Kursus tekun mendengar penerangan yang disampaikan oeh Ustazah Kamaduyah
Antara Peserta yang sempat bergambar
Takat ada Sijil jer lah.. Klo soh pegang mayat betul.. mintak maap bebanyak ye! hehehe
Pada entry kali ini, kami sekadar membuka ruang dan peluang kepada para pembaca budiman di blog kami ini, terutamanya yang berkemampuan dan sedang berniat untuk membuat kebajikan tentang salah satu 'saluran' yang kami difahamkan sedang memerlukan bantuan. Semoga bantuan dan sumbangan anda dapat membantu pihak AJK Surau Apartment Serindit ini menyusun program–program mereka dalam usaha memaju dan mengimarahkan lagi surau tersebut.  Kami difahamkan, buat masa sekarang, antara keperluan yang mendesak ialah bantuan kewangan untuk menyiapkan Projek Membina Stor Surau yang dibina sendiri secara gotong-royong oleh ahli qariah. 

Kerja-kerja pembinaan Stor Surau dibuat secara berperingkat2 bergantung kepada bajet yang ada
En. Hambali (Bendahari Surau) sedang membancuh simen
Dana kutipan Kursus Jenazah ini dapatlah menampung pembelian zink terpakai
Stor ini dibina khusus untuk menyimpan barang2 kelengkapan Surau seperti Kanopi, Pinggan Mangkuk, Kerusi Meja yang kebelakangan ini terlalu kerap hilang atau dicuri. Entahlah ya.. zaman sekarang pencuri tidak mengenal mangsa.. Harta surau pun nak di curi. Hatta besi tiang nak bina Stor Surau ni pun kena curi juga…Oklah.. kepada anda yang ikhlas ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah berurusan terus dengan:

 En. Hambali (013-391 3474)
Bendahari 
 atau
 En. Komori (019-277 4347)
Setiausaha

Sumbangan anda juga boleh dibuat menerusi Cheque  ke akaun bank atas nama:
"SURAU APARTMENT SERINDIT"

No Akaun RHB BANK: 
262287100002700 
 
 Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menilai dan membalas segala jasa baik sumbangan dan amal jariah Tuan/Puan. Kami bagi pihak Surau Apartment Serindit mengucapkan berbanyak Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...