Monday, June 13, 2011

Usop Wilcha Bakal Kendalikan Segmen Hot FM AM Crew

Nampak gayanya Usop Wilcha yang namanya terkenal dengan 'tagline' KITA BAKO.. KITA BAKO.. menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang sahih akan mengendalikan segmen pagi di Hot FM AM Krew seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa blog tanahair termasuk website GUA.


Secara kebetulan, kami yang berada di kafetaria Sri Pentas pada malam 13 June 2011 yang lalu kerana urusan dengan rakaman HipTV, telah terserempak dengan abang Usop Wilcha serta beberapa krew Hot FM sedang menikmati juadah makan malam. Ketika kami secara spontan bertanyakan kesahihan berita ini kepadanya, abang Usop secara berseloroh menjawab "Awok bukannya jadi deejay di Hot FM ini.. Awok buat marketing ajer". Hehehe.. boleh percayake? 

Namun menurut sumber yang boleh dipercayai di Primeworks Studios, Usop Wilcha akan mula bertugas di konti Hot FM Am Krew pada hari Rabu/Khamis ini bergandingan dengan 3 orang lagi deejay Hot FM iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana & AG. Cuba bayangkan gandingan empat orang deejay ini, adakah mereka benar-benar mampu menggamatkan suasana atau hanya akan mewujudkan suasana carca-marba. Sama-sama kita nantikannya.

4 comments:

  1. us0p wilcha nih ex-RMM.. huhu
    muke die time sekolah dulu2 memang hensem..
    huhuhu~

    http://eclipseorange.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kami ingin meminta jasa baik pihak anda untuk menolong kami mempromosikan blog kami ini... kami memerlukan lebih 200 org follower untuk komersialkan blog ini. kami juga dalam pembikinan program masakan dan kami akan muatkan juga dalam blog ini. jadi kami ingin sekali berkongsi bersama kawan2 bloger yang lain.. jasa anda amat kami hargai. dan insyaallah kami juga akan membantu mempromosikan blog anda juga... terima kasih....
    http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. OK Aboy & Nick.. kami dah jenjalan ke blog u'olls dan dah follow pun.. mmg blog yg menarik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...