Kali ini nak bercerita perihal pengalaman kami mengikuti Outing Photography anjuran saudara Adhadi Mohd bersama rakan-rakan photographernya. Nama Adhadi Mohd rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, beliau memang antara nama yang begitu menonjol dalam industri fotografi tanahair. Memiliki sebuah pusat latihan fotografi yang di kenali sebagai MyFotoZone atau AdhadiMohd Training Centre di Putra Heights, Subang Jaya.
Photo Shoot telah dibuat di sekitar Taman Tasik Perdana dan disertai oleh 3 orang model wanita yang jelita dan 2 orang model lelaki yang tampan. Sementara Make-Up Artist (MUA) yang terlibat ialah seramai 3 orang iaitu Salina Salehan, Nur Ina Yatt dan Asnita Manshor (awok lerr tu.. hehe).
|
NOR ANA before make-up (MUA: Asnita Manshor) |
|
Zuraida Raffles before make-up (MUA: Nur Ina Yatt) |
|
Bella BeLara Khan (MUA: Salina Salehan) |
|
Talent Lelaki: Fikri Affendy & Eddie Rosdi |
Boleh dikatakan ini antara outing photography terbaik yang kami di Asnita Beauty Creation pernah sertai. Walaupun ianya merupakan 'free outing' atau maksud yang lebih tepat 'win-win situation' untuk menambahkan portfolio masing-masing baik untuk MUA, Talents mahupun fotografer itu sendiri. Tetapi saudara Adhadi amat prihatin dengan kos yang perlu ditanggung oleh MUA terutamanya yang membabitkan alat solek berjenama dan aksessori lain. Oleh yang demikian untuk outing ini beliau sendiri telah mengeluarkan belanja untuk membeli 'contact lense' bagi kegunaan talent semata-mata untuk mendapatkan hasil yang dikehendakinya.
|
OK Guys! Are U Ready? hehehe |
|
Talent: Eddie |
|
Talent: Nor Anna | MUA: Asnita Manshor |
|
Rilekss.... |
|
Talent: Zuraida Raffles | MUA: Nur Ina Yat |
|
Nor Anna after Make-Up | MUA: Asnita Manshor |
Adhadi Mohd juga ada mengeluarkan
produk-produk pembelajaran fotografi dalam bentuk DVD dan dijual secara online. Antara yang mendapat sambutan yang menggalakkan ialah
DVD Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan dan
DVD Photoshop Tones Pack.
No comments:
Post a Comment