Sunday, July 31, 2011

Sekitar Pelancaran Singgah Sahur 2011 (Sesuci Fitrah) TV3


Bersesuaian dengan tagline atau tema 'Sesuci Fitrah' untuk program-program terbitan stesen tv popular TV3 dan TV9 sepanjang Ramadhan 2011 ini, rakan kolaborasi Wedding Planner kami "Delima Catering & Wedding Planner" menyahut 'seruan' tersebut dengan menjadi  penaja utama program Singgah Sahur 2011. 



Menurut Pengarah Urusan Delima Catering, Puan Che' Rohani Haji Yusof dengan menaja program sebegini, maka tercapai hasratnya untuk menyumbang sesuatu kepada golongan-golongan kurang berkeupayaan pada sepanjang Ramadhan 1432H ini. 

Bergambar bersama Pn Rohani & Dato' Sri Farid Ridzuan
Kami di Asnita Beauty Creation berkesempatan 'turun padang' membantu mereka menjayakan hasrat yang suci murni ini. Bertempat di hospital Sungai Buloh pada pagi Isnin 1 Ogos 2011 telah berlangsung Pelancaran Singgah Sahur 2011 yang di siar secara langsung di kaca TV.

Setting di Aras 2, Hospital Sg. Buloh
Ini akan diikuti dengan episod-episod seterusnya yang telah dirakam terlebih dahulu akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 12.30 malam di TV3.


Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, program ini adalah bersesuaian dengan kedatangan bulan yang mulia, dan untuk menyucikan hati setiap yang menontonnya.


"Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk mensucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa memusahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.

Para Pesakit dan kakitangan hospital Sg. Buloh turut diraikan dalam majlis tersebut
Tetamu Kenamaan
Antara Selebriti yang hadir


Dikesempatan ini, kami di Asnita Beauty Creation mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala yang melimpah-ruah pada sepanjang Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...