Thursday, December 6, 2012

Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan A-Z untuk Tahun 2013

Tahun 2012 sudah kian hampir melabuhkan tirainya dan untuk persediaan menghadapi tahun 2013 ini, kami di Asnita Beauty Creations dan Izreka Wedding Planner sudahpun bersedia untuk menawarkan Pakej-Pakej yang boleh dikriteriakan sebagai Pakej Bajet Harga Terendah Majlis Perkahwinan untuk tahun 2013.

Pakej Lengkap Majlis Perkahwinan untuk Lokasi Majlis di kediaman (rumah) anda
Anda adalah dinasihatkan supaya membuat tempahan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh majlis berlangsung bagi memastikan majlis perkahwinan anda nanti dapat kami uruskan dengan lebih licin dan teratur. Untuk Pakej Majlis Perkahwinan yang berlokasikan di kediaman anda, kami turut menawarkan sesuatu yang lebih istimewa iaitu anda boleh memilih untuk Team Dapur (Chef-chef) kami beroperasi di lokasi majlis anda berlangsung sekiranya ruang kawasan kediaman anda mampu menyediakan 2 kanopi untuk tujuan memasak.

Ini juga bermaksud, team tukang-tukang masak kami akan 'berkampung' di lokasi majlis untuk menyediakan semua hidangan baik hidangan tetamu dan juga hidangan lauk pengantin. Ini akan memberikan kelebihan kepada pihak tuan rumah untuk memastikan hidangan yang disediakan sentiasa dalam keadaan segar dan panas. Malahan, tuan rumah juga tidak perlu risau atas faktor-faktor di luar jangka seperti ketibaan lewat hidangan atau makanan tidak mencukupi.

Pakej ini pula lebih sesuai untuk Majlis Perkahwinan yang dijalankan di dalam Dewan
Kami di Izreka Wedding Planner juga turut bersedia menerima tempahan 'last-last minute' seperti 1 bulan sebelum majlis berlangsung. Ini adalah kerana selain memiliki Team Wedding Planner kami sendiri yang rata-ratanya adalah terdiri dari golongan professional freelance yang seringkali tenaga kerja mereka ditagih oleh syarikat-syarikat katering lain yang telah lama bertapak seperti Kuzie Katering, Kampung Pengantin, Delima Catering & Event dll..kami juga sering berkolaborasi dengan rakan-rakan niaga kami seperti D'Gemilang Catering (Ukay Perdana) dan Angsana Caterer & Canopy.

Oleh yang demikian, sekiranya berlaku tarikh majlis anda bertindih dengan satu lagi event yang telahpun kami terima terlebih dahulu, maka kami akan sub kan tugasan katering tersebut kepada rakan-rakan niaga kami tadi tanpa sebarang tambahan harga. Walaubagaimanapun ianya tetap memerlukan persetujuan dari pihak anda terlebih dahulu.

Anda hanya perlu membuat bayaran deposit (LOCK-DATE) sebanyak RM2,000.00 untuk tujuan booking (tempahan). Baki 50% dari jumlah keseluruhan boleh dibuat 1 bulan sebelum majlis berlangsung. Dan seterusnya, baki lagi 50% dari jumlah keseluruhan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis berlangsung. Hubungi kami di talian 014-263 8781 (Zul) atau 019-339 4227 (Asnita) untuk temujanji atau maklumat yang lebih lengkap.

1 comment:

  1. untuk 2014 masih sama harga atau lain? mar 01131701778

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...